Sunday 16 June 2013

SAMBUTAN HARI GURU DAN PERPISAHAN PN. ROHAIDAH MASLAN ( 14 JUN 2013 )


Kenangan indah bersama teman seperjuangan.....
Kenanga, Siti Basroh, Anidah, Cikgu Hasnah, Hani, Kak Jasimah,
Kak Salwati dan Misnah
Alhamdulillah...akhirnya Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dan Majlis Perpisahan Pn. Rohaidah Maslan bersama murid-murid dapat dilaksanakan akhirnya pada hari Jumaat bersamaan 14 Jun 2013. Walaupun banyak dugaan dan cabaran dalam menjayakan majlis ini...akhirnya ia dapat dilaksanakan berkat berjasama dan pengorbanan semua pihak yang telah dipertanggungjawabkan dalam menjayakan majlis ini.. Selama seminggu ini...kami pihak AJK telah bertungkus lumus berganding bahu bagi memastikan perjalanan majlis yang dirancang akan berjalan lancar.

Menerima hadiah beg tangan Bonia dari murid-murid SMKTJ
Tahniah pada Pn. Rohaidah Maslan yang telah dilantik menjadi pengetua di SMK Seri Desa. Walau perpisahan  selalunya mengundang kesedihan namun demi masa depan, perjalanan harus diteruskan. Doa kami semua agar Pn. Rohaidah akan meneruskan kecemerlangan di sekolah yang baru......

Terima kasih yang tidak terhingga buat teman-teman seperjuangan yang telah membantu tanpa jemu...walau keletihan...walau kepayahan..walau dalam kelesuan. Maafkan diri ini yang sering meminta pertolongan atau dengan kata lain memaksa dalam kelembutan  kepada kalian. Tidak berniat untuk melakukan sedemikian tetapi sebenarnya aku amat percaya dengan kebolehan dan dedikasi kalian.

Terima kasih Kak Jat...sebab sanggup bersusah payah merancang dari awal dan mengumpul hadiah-hadiah istimewa dari semua kelas untuk diserahkan kepada guru dan pembantu guru kelas masing-masing. Walaupun dalam paksa rela..akhirnya semua kelas telah dapat menghantarnya walaupun di saat-saat akhir. Apa yang kita mahu sebenarnya adalah untuk mendidik murid-murid kita untuk menghargai guru masing-masing. Sama ada ikhlas atau tidak...biarlah Allah yang menilainya...

Buat Ridzuan...berjuta kemaafan akak pohon sebab telah memaksa dirimu untuk menjadi penyelaras bagi majlis ini. Walau dalam ketidaksukaan kau sanggup menerimanya juga sehingga demam-demam dibuatnya. Akak tau memang akak salah sebab merancang di saat-saat akhir. Tapi akak sebenarnya percaya , kau boleh melaksanakannya....Alhamdulillah.. semua yang dirancang dipermudahkan oleh Allah dan akak sangat bersyukur. Terima kasih Ridzuan. Hanya Allah yang dapat membalas segala pengorbananmu itu...

Terima kasih kepada Cikgu Hasnah Husin dan pengawas PSS yang telah bertungkus lumus menyediakan pentas yang indah dan ceria. Juga buat Pn. Norina Misbah dan Pembimbing Rakan Sebaya yang telah menguruskan persiapan pentas. Jasa kalian amat dihargai...Tanpa kalian,  pastianya majlis ini tidak dapat dijayakan dengan sepenuhnya.

Ustaz Yusri dan  Tuan Pengetua bergaya di atas kuda....
Terima kasih Ustaz Yusri dan rakan-rakan yang sanggup bersusah payah menunggang kuda ke sekolah demi untuk membuat gimik seperti yang dikehendaki oleh pihak kami. Segala kerjasama kalian amat kami hargai. Tahniah kepada pengetua yang telah memberanikan diri untuk mencuba menunggang kuda...

Buat semua AJK pengawas, setinggi-tinggi terima kasih cikgu ucapkan di atas usaha dan kerjasama kalian. Walaupun acapkali dibebel....tapi kalian masih tetap senyum sokmo...Semangat kerjasama yang kalian tunjukkan amat cikgu kagumi. Semoga kalian akan terus bekerjasama dan berusaha untuk menaik tarafkan lagi perkhidmatan pengawas di sekolah kita...

Terima kasih juga kepada Cikgu Ishak Haini selaku Pengerusi Kelab Guru yang sanggup menaja sarapan di kantin...Alhamdulillah semua guru dapat menikmati roti canai yang lazat yang dijodohkan dengan air Teh 'O' yang sedap. Bila perut dah kenyang barulah rasa seronok nak menyambut hari guru...

Terima kasih juga kepada kumpulan 'Pot Luck' untuk bulan Mei/ Jun ( Kak Anidah, Kak Jasimah, Kak Zawiyah, Umi Rasidah, Zaini, Husna, Kalai, Cikgu Rosli, Ainil, Diri sendiri) kerana telah menaja jamuan makan tengahari pada hari ini. Menunya juga sungguh lazat...apalagi bila dimakan waktu perut lapar.... Awesome sangat...Nasi hujan panas+ Ayam masak kurma + sambal udang + daging masak hitam + sayur acar mentah + sayur campur + jeli kelapa + kek lobak (telah di sponsor oleh Kak Halimah ) -Terima kasih banyak ya Kak. Moga lebih murah rezeki dan diberi kejayaan, kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup. In sya Allah.

Seusai majlis berakhir...kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana memberi kelancaran pada perjalanan majlis ini. Semoga semua warga SMK Tiram Jaya  berpuashati dengan apa yang telah dipersembahkan dan mohon maaf di atas segala kekurangan. Yang baik hanyalah dari Allah dan yang buruk itu adalah datangnya dari kelemahan diri sendiri...Wassalam

Rasanya tidak sah sesuatu majlis kalau tidak ada sesi bergambar... Taraaa...

Aksi gwiyomi paling comel....

Kenangan bersama Kak Rohaidah

Lagi aksi gwiyomi ...

1 comment:

  1. Assalamualaikum.. akk, bole x sy nak mintak softcopy latihan topikal tingkatan 5...email sy, imazana77@yahoo.com

    ReplyDelete