Tuesday 18 June 2013

PERTANDINGAN KAWAD KAKI SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH KUALA SELANGOR 2013

Assalamualaikum...

Alhamdulillah...buat pertama kalinya aku diberi tanggungjawab untuk mengetuai bahagian hadiah dan cenderahati setelah sekian lama berkhidmat. Rasa kecut perut...seram sejuk pun ada dibuatnya. Maklumlah aku tidak biasa berdepan dengan orang ramai. Selalunya aku menjadi tokey bahagian dapur sahaja. pendek kata duduk di belakang tabir je. Rasanya sudah puas aku mengadap periuk belanga, sudu garfu juga pinggan mangkuk... kini sudah tiba masanya aku bertukar angin. Ingin gak aku rasa macam mana berdiri atas pentas..
Rasakan...menggigil kepala lututku dibuatnya.

Syukran suamiku... kerana meminjamkan aku dulang berhias untuk kegunaanku menyampaikan hadiah. Jimatlah sikit duitku ini..Baru je rancang-rancang nak beli dulang yang baru...alhamdulillah Allah bagi jalannya. Pagi-pagi lagi terpaksalah aku menyinggah ke SAAS untuk mengambil dulang tersebut... Ada 3 dulang barulah mudah kerja-kerja penyampaian hadiah itu nanti.. In sya Allah lepas acara ini aku bercadang akan membeli dulang dang menghiasnya secantik mungkin untuk kegunaan di masa hadapan.

Terima kasih buat rakan sepasukan lain yang banyak membantu iaitu Zaini dan Ainil. Aku sebenarnya banyak belajar perkara baru dari kalian. Tanpa bantuan kalian, tentunya acara penyampaian hadiah tadi tidak akan berjalan lancar. Aku juga tidak mampu untuk berdiri sambil tersenyem disamping penyampai-penyampai hadiah.

Sejak beberapa hari yang lepas aku tidak senang duduk dibuatnya mengenangkan pelbagai kemungkinan yang akan berlaku...Fuhhhh...lega rasanya hatiku sebaik sahaja majlis ini selesai. Serasa sudah hilang bebanan yang berada dipundakku beberapa hari ni. Alhamdulillah...Allah permudahkan segala urusanku dan rakan-rakanku yang lain. Selesai majlis...aku terus memecut kereta balik ke rumah. Aku rasakan kepenatan yang teramat sangat. Tidak kuhiraukan hal yang lain-lain.Yang ada dalam fikiranku adalah untuk sampai ke rumah secepat mungkin dan berehat secukupnya. 

Sesungguhya pengalaman pertama ini sungguh berharga bagiku. In sya Allah di lain kali, aku akan dapat melaksanakannya dengan lebih baik lagi...

No comments:

Post a Comment