Saturday 16 February 2013

JIKA KAU BERTANYA...

Jika kau bertanya....
Sudah hilangkah kesedihanku,
Yang sering datang bertamu,
Tanpa mengira waktu....

Jika kau bertanya....
Masih adakah sisa air mataku,
Yang sering menitis laju,
Di atas pipiku yang gebu....

Jika kau bertanya....
Masihkah ada senduku,
Yang selalu berlagu pilu
Di dalam hatiku...

Tak perlu kau tanya lagi...
Tentang semua ini....

InsyaAllah...
Semuanya kan sembuh sendiri...
Semuanya kan berlalu pergi...
Seiring waktu yang terus berlari...
Seiring tahun yang terus berganti...

Namun yang pasti...
Kenangan itu kan tetap terpahat di hati....
Kenangan itu kan subur dalam memori...
Kenangan itu kan terus harum mewangi...
Hingga akhir hayatku nanti....


- DISTI -



RINDU BONDAKU...

ASSALAMUALAIKUM.... Pagi Rabu (13 Feb 13) yang lalu aku dikejutkan dengan berita kematian makcikku yang ku panggil Bik Mi...Alfatehah untuk beliau. Pemergiannya menjadikan anak2nya yatim piatu kerana Paman Muhammad telah kembali ke rahmatullah lebih kurang 10 tahun yang lalu. Walaupun yatim piatu di usia yang dewasa namun kesannya amat mendalam. Aku amat memahami perasaan mereka kerana aku telah melalui saat-saat itu. Kehilangan insan tersayang lebih-lebih lagi bonda yang tercinta rasanya merenggut sebahagian dari kebahagiaan hidup ini. Kesedihannya amat dalam. Walau telah hampir 3 tahun berlalu bondaku pergi...namun rindu ini tidak pernah surut... Namun walau bagaimana pun kesedihan ini, kehidupan mesti diteruskan dengan penuh ketabahan....

SAAT MANIS BERSAMA BONDAKU
 

 Sejak bondaku pergi...rasanya telah kering airmataku...dek kerana kesedihan yang berpanjangan. Hingga kini aku tidak mampu mengalirkan air mata walau siapa pun ahli keluargaku yang pergi dijemput Illahi. Sedangkan dulu air mataku begitu murah apabila dikhabarkan tentang kematian... Segala-galanya berubah sejak bondaku pergi... Serasa kesedihanku ini semuanya telah dibawa pergi oleh bondaku... Semoga aku kau berikan kekuatan ya Allah untuk menangani rasa kesedihan ini dan seterusnya mampu mengharungi hari-hari mendatang dengan penuh rasa kebahagiaan dan ketabahan...

BONDAKU TERCINTA..
   

Petang selasa yang lalu, kami adik beradik telah berkumpul untuk mengadakan majlis tahlil khusus untuk kedua ayahanda dan bonda tercinta...Sudah hampir 5 bulan sebenarnya kami tidak dapat berkumpul bersama-sama di TERATAK BONDA oleh kerana kekangan masa dan urusan dunia yang tiada hentinya...Maafkan kami bonda...bukan niat kami untuk melupakan daerah kelahiran dan kecintaan itu...tapi aku sebenarnya masih tidak mampu untuk hadir ke sana sendirian tanpa adik beradik yang lain kerana ianya hanya akan mengundang kesedihan yang berpanjangan....Andainya kerinduan melanda, aku hanya bisa melewati TERATAK BONDA yang kelihatan sepi dan sunyi..,


TERATAK BONDAKU..
SAWAH PADI YANG SUBUR MENGHIJAU
ANAK-ANAK ADALAH INSAN YANG PALING GEMBIRA BERMAIN DI SAWAH...
MEMANCING ADALAH HOBI YANG AMAT MENGASYIKKAN.....
BERLARIAN DI SAWAH  ADALAH SAAT YANG SUNGGUH INDAH...  
IKAN PUYU...SATU-SATUNYA YANG BERJAYA DITANGKAP....
Sawah itu...daerah kelahiran yang amat kucintai...Tempat aku dilahirkan dan dibesarkan....Tempat ayah dan bondaku menumpahkan berjuta keringat membanting tulang tanpa rasa lelah apalagi keluh kesah demi untuk membesarkan kami 9 beradik. Sesungguhnya jasa kalian takkan mampu kami membalasnya...Ya Allah ampunilah dosa kedua orang tua kami dan kasihanilah keduanya sebagaimana mereka mengasihani kami semenjak kami kecil hinggalah kini...Amin ya Rabbal Alamin..

Friday 1 February 2013

JALAN-JALAN KE CAMERON HIGHLAND ( 16-18 DIS 2012 )

Kenangan indah kami sekeluarga ketika cuti-cuti Malaysia pada cuti akhir tahun lepas. Keseronokannya masih aku terasa hingga kini. Percutian tahunan keluarga suamiku yang merangkumi 4 keluarga dan mak mertuaku. Terima kasih Kak Yah kerana bersusah payah mencari penempatan yang sesuai untuk kita semua. PENHOUSE VILLA DAHLIA menjadi pilihan kerana mempunyai 5 bilik dan ruang dalamannya yang selesa. Walaupun pada awalnya ada sedikit masalah tetapi akhirnya ia dapat diselesaikan secara baik. Bagi aku, penthouse ini memang cukup selesa.
Antara pemandangan indah disekitar tempat penginapan kami iaitu PENTHOUSE VILLA DAHLIA.Seronok rasanya sebab baru pertama kali dapat rasa tinggal di penthouse yang sungguh besar dan selesa. Paling penting, pemandangannya memang sungguh indah sekali.
Kami sekeluarga sampai di VILLA DAHLIA lebih kurang pukul 2.30 petang setelah melalui perjalanan mencabar dan penuh kepeningan sejauh kira-kira 49 km.Pada mulanya kami bercadang melalui jalan Simpang Pulai tetapi disaat akhir mengubah fikiran untuk melalui jalan Tapah sahaja. Hakikatnya jalan ini memang penuh liku yang tajam. Aku yang memang alahan dengan jalan berliku hanya mampu berdiam diri sahaja sambil mengunyah gula-gula masam. Tak lupa plastik sentiasa aku pegang. Aku hanya mampu berdoa bilalah keadaan ini akan berakhir...Mujur anak-anak semuanya tidur kecuali Hilman. Dialah yang termuntah akhirnya...sampai 2 kali pulak tu. Kesiannya anak ibu..
Keluarga kami paling awal sampai diikuti oleh keluarga Fahimah yang membawa mak mertuaku sekali. Kelaparan menguasai diriku dan keluargaku yang lain. Mujur aku telah siap sedia dengan bekalan bihun goreng. Sambal nasi lemak juga telah aku siapkan malam tadinya. Kacang dan bilis juga telah siap digoreng. Telur telah direbus. Supaya senang esok pagi untuk kami bersarapan nasi lemak... Keluarga Kak Yah paling lewat tiba bersama Kak Izah dan anak-anaknya. Makanya sepetang ini kami hanya bersantai-santai sahaja tambahan pula hujan renyai-renyai
Sungguh gembira sekali anak-anakku dapat bersama-sama dengan sepupu mereka...
Kenangan anak-anak bersama sepupu, suami dan mak mertuaku...bersntai di ruang tamu yang luas sambil menonton tv.
Bersiap-siap untuk acara malam ini iaitu BBQ...Sebelum tu kenalah sediakan menu sampingannya iaitu nasi putih dan tomyam sayur kaw punya..
Cik abangku sibuk menyediakan dawai untuk tempat membakar...
Akhirnya api ni mau juga hidup setelah bersusah payah untuk menghidupkannya.. Cuaca memang sejuk ditambah hujan renyai-renyai yang turun..
Menikmati udang, sotong, ikan pari dan kambing bakar bersama-sama...memang sungguh seronok...
Saja-saja menyibuk....tak sabar nak tunggu sotong bakar sebenarnya...
Sedap sungguh sotong..udang...ikan pari dan kambing bakar.... Sampai kekenyangan dibuatnya.Acara pada malam ini berakhir sekitar jam 11.00 malam. Perut dah kekenyangan...badan pulak dah kepenatan...apalagi...mata pun dah tak larat dibuatnya..... Walaupun penat sebenarnya dah tak sabar untuk menanti kedatangan esok hari....
HARI KEDUA Menu sarapan hari ini ialah nasi lemak....Bab makan ni tak perlu risau sebab bekalan makanan memang mencukupi untuk smua orang...Dalam peti sejuk tu macam-macam ada...Acara pertama hari kedua ini adalah lawatan ke Ladang teh BOH Sungai Palas di Berincang... Lumayan jiga tempatnya. Tak sah kalau jalannya tidak berliku...
Bersama Kak Yah saat memanjat tangga menuju ke tempat operasi Ladang teh BOH... Penat juga dibuatnya...
Sekeluarga di hadapan papan tanda BOH...
Kak Yah sekeluarga bersama anak-anak Kak Izah...Iffah, Affaf dan Naufal..
Sempat menikmati teh tarik BOH...Harga satu mug RM 4.50...
Di dalam kedai menjual pelbagai jenis teh boh....happy sangat aku dan suamiku membeli pelbagai jenis teh boh untuk dibuat oleh-oleh kepada rakan dan jiran tetangga..
Seronok sangat sebab berpeluang melihat ladang teh dan mendengar taklimat tentang proses membuat teh..
Acara seterusnya ialah makan tengahari sambil piknik di kawasan perkhemahan di Kampung Sedia...
Seronok sungguh anak-anakku dan sepupu-sepupunya yang lain kerana dapat bermandi manda dengan sepuas hati
Acara seterusnya ialah lawatan ke ladang strawberi berdekatan...
Happy sungguh sebab dapat menikmati strawberi coklat yang sungguh sedap...
RM 5.00 untuk 3 cucuk...
Selesai acara makan straberi coklat...mari makan aiskrim strawberi pulak....
Rasa aiskrim strawberi ni agak pejal sikit tapi memang sedap..
Acara terakhir untuk hari ini adalah ke Pasar Malam Berincang...Seronoknya rasa sebab macam-macam ada. Dapatlah beli satu Selendang baru... Puas rasanya..
HARI KETIGA (TERAKHIR)
Sempat posing sebelum check out untuk menuju destinasi seterusnya sebelum berangkat balik petang nanti...
Lawatan seterusnya ialah ke Pusat Penyelidikan Mardi di Tanah Rata
Happy sungguh rasanya dapat menjelajah hampir keseluruhan kawasan ini. Banyak pengalaman diperolehi. Banyak juga coklat dan aneka jajan lain yang dapat dibeli di sini dengan harga yang lebih rendah dari tempat lain... Kami sekeluarga sememangnya seronok sangat kerana berpeluang ke Cameron Highland pada cuti kali ini...Terima kasih Ya Allah kerana memberikan kami ruang dan peluang untuk menikmati keindahan dan kebesaranmu...Amin