Monday 16 December 2013

CUCU SAUDARA BARU...ZAFREEN SHAFIN

Zafreen Shafin.... cucu saudara ke 10-
Alhamdulillah... masa seakan berlalu begitu pantas. Pejam celik...pejam celik, tak sangka aku telah dikurniakan seramai 10 orang cucu saudara setakat ini... 4 orang cucu perempuan (Khalisa, Haifa dan Hafia) dan 6 orang cucu lelaki .( Ilham, Imran, Darwisy, Shahim, Adeeb dan yang terbaru..Zafreen) Hahaha... adakalanya geli jugak rasanya bila ada kalangan mereka yang memanggilku nenek..Faham-faham ajalah. Penanda aras ini menunjukkan bahawa umurku ini sebenarnya sudah agak banyak rupanya. Semakin lama nanti pastinya semakin bertambah banyak cucuku ini. Maklum saja, setiap tahun ada sahaja anak saudaraku yang akan berkahwin. Baguslah tu...dalam Islam pun kita digalakkan meramaikan umat Nabi Muhammad SAW.

Kesempatan melihat majlis keduri aqiqah cucu saudaraku yang ke 10 iaitu Zafreen Shafin ( anak kepada Norindah Hayati dan Syafik )yang telah diadakan tanggal 14 Disember 2013 bersamaan hari Sabtu yang lepas memang menyeronokkan. Comel sungguh cucu nenek ni ya.. Kelakar juga sebab baby ni kuat tidur disiang hari.. Walaupun aku golek sana, golek sini...sikit pun tidak mengganggu mimpi-mimpi indahnya. Sedap je dia tidur. Tapi, tunggulah malam nanti...jadi pak jagalah dia.Paling gembira tentunya anak-anakku...Maklumlah...kat rumah sendiri dah lama tak ada baby... bila tengok baby ni memang teruja betul diorang.

Rasa kekok sikit sebab dah lama tak ada baby...
Anak-anak happy sungguh tengok baby Zafreen..

Best sangat sebab Zafreen tak nangis walaupun nenek golek sana sini...

Bersama sorang lagi cucu...HAFIA yang sporting sangat..
Cucu nenek...HAIFA malu nak gambar sama...
Doaku ...moga cucu-cucu nenek akan membesar menjadi anak yang soleh dan solehah. Berjaya di dunia juga di akhirat. Aamiin...

Wednesday 11 December 2013

KENANGAN MENGUSIK JIWA - KEMBARA SANDAKAN 1991

Alhamdulillah...cuti ini telah menghadiahkanku rasa kelapangan dan ketenangan yang cukup mendamaikan jiwa dan ragaku... Aku rasa sungguh bebas .... bebas dari segala beban tugasan harian yang ada kalanya amat menekan perasaan. Jadinya masa cuti ini aku perlu betul-betul merehatkan diri sambil bersenang-senang dengan segala aktiviti yang aku sukai...
Kenangan bersama keluarga Kak Amah dan Abang Hassan
Paling best bila menyelak kembali memori lama bilamana ku belek-belek deretan album kesayangan yang menyimpan seribu memori... Berbaur segala rasa...adakalanya gembira, adakalanya terharu, adakalanya terpaku... memang hobi membelek album lama adalah antara yang paling aku sukai....Tetiba je mataku terpaku pada deretan gambar lama sewaktu aku melawat keluarga kakakku di Sandakan, Sabah. Entah kenapa...aku merasakan kenangan itu baru je berlaku walaupun sebenarnya ia telah 22 tahun berlalu...

Dalam penerbangan menuju ke Sandakan
Sebenarnya kedatanganku ke Sandakan memang tidak dirancang. Benarlah kata orang, kalau dah rezeki kita...akan dapat juga akhirnya. Pada mulanya Bang Bawi yang dipelawa oleh Kak Amah untuk ke rumahnya di Sandakan. Tapi malangnya di saat-saat akhir, Bang Bawi tidak dapat pergi atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Makanya , untuk mengelakkan kerugian kerana tiket telah ditempah, maka aku pun dipelawa untuk menggantikannya...kata orang kecil tapak tangan...satu sawah hamba tadahkan... hahaha... Sementelah pula waktu itu aku masih dalam cuti kerana menungggu keputusan SPM... Apalagi inilah masanya untuk aku keluar dari kepompongku selama ini... Sandakan...tunggulah kedatanganku ya...

Dalam hidupku...inilah pertama kali aku bakal menaiki kapal terbang... lagi hebat secara bersendirian dan tiada pengalaman... Yang pasti, aku sebenarnya amat berterima kasih kepada arwah emak dan bapak yang mengizinkan aku ke Sandakan bersendirian. Kepercayaan dan keterbukaan mereka memang amat aku hargai.

Sebenarnya banyak pengalaman lucu+kelakar disepanjang perjalananku ke sana. Masa check in lagi aku dah menggelabah habis. Bila petugas kaunter nak semak tiket..aku beri dia bungkusan rempeyek yang mak nak bagi kat anak cucunya kat Sandakan... Nasih baik petugas tu senyum je. Mungkin memahami situasiku agaknya... Lagi haru bila aku perlu memilih pintu untuk menaiki bas menuju ke kapal terbang... Macamana aku nak baca papan kenyataan ni.. lintang pukang aku cuba memahami tiket yang aku pegang. Alhamdulillah...berkat muka tak malu akhirnya aku selamat berdiri di dalam shuttle bus menuju ke kapal terbangyang akan berangkat ke Kota Kinabalu...Kat situ transit sekejap dan seterusnya akan berangkat ke Sandakan.. Tak putus-putus aku panjatkan kesyukuran... Maklum masa tu musim cuti tahun baru cina...Ramai penumpang berbangsa cina...Sampai takut aku dibuatnya...kalau-kalau aku tersalah naik kapal terbang yang menuju ke China atau Hong Kong...

Alhamdulillah... setelah lebih kurang 2 jam setengah dalam penerbangan...akhirnya aku mendarat di Lapangan Terbang Sandakan. Keluarga kakakku telah siap sedia menunggu...gembira sungguh rasanya kerana dapat menjejakkan kaki ke daerah ini akhirnya... Aku terus di bawa ke rumah mertuanya yang terletak berdekatan dengan LTS. Tidak silap aku nama kampungnya ialah Kampung Sungai kayu... Sepanjang perjalanan aku lihat rumah-rumah di sini mempunya tiang-tiang yang agak tinggi.. Tidak tahu untuk tujuan apa sebenarnya...

Saat paling menggembirakan adalah ketika aku dibawa ke rumah kakakku yang terletak di Pulau Timbang. Sebenarnya kakakku ini bertugas sebagai seorang guru di Pulau Timbang manakala abang iparku yang bernama Abang Hassan adalah guru besar di pulau tersebut. Untuk ke sana kami perlu menaiki bot laju yang bertolak dari Batu Sapi. Memang sangat mengujakan, kerana aku sememangnya agak obses dengan lautan. Walaupun obses tapi aku sebenarnya amat gementar bilamana  kami terpaksa menempuh perjalanan yang agak jauh dengan alunan ombak yang agak kuat yang kadangkala menyebabkan botku ini  tegak berdiri... Subhanallah... Ya Allah... selamatkanlah dan lindungilah kami semua...Sedang kami semua tiada kelengkapan jaket keselamatan...Mulutku ini tidak hentinya komat kamit membaca ayat-ayat Quran yang dapat kuingati. Debaran dalam hati...usah ditanya. Tapi aku lihat keluarga kakakku cool je semuanya. Padahal keempat-empat orang anak saudaraku itu semuanya kecil-kecil lagi... Mungkin mereka sudah terbiasa melalui pengalaman yang sebegini...Aku tapi memang tabik spring pada pemandu bot yang sememangnya cekap mengawal bot yang kami naiki... memang betul-betul berpengalaman. Akhirnya setelah menempuh perjalanan lebih kurang setengah jam, akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu jeti Pulau Timbang...

Pengalaman di pulau ini memang sungguh indah dan hebat sekali. Maklumlah...selalunya aku berkubang dan bermain selut di sawah padi sahaja. Tapi di sini aku dapat bermesra dengan pantai hampir setiap hari. Ini yang membuatkan aku sungguh gembira + teruja...
Menjala udang...
Adakalanya kakakku akan mengajak aku untuk menjala dan memukat ikan dan udang. Seronok tidak terhingga bilamana pukat yang dipasang dan jala yang ditebar menghadiahkan udang dan ikan yang segar. Sebenarnya aktiviti utama penduduk pulau ini ialah menangkap ikan dan udang. Majoriti penduduknya yang tidak seberapa ramai ini ialah menjadi nelayan. Hampir setiap hari rezeki kakakku tak pernah surut. Ada sahaja jiran tetangga yang baik hati menghadiahkan ikan dan udang yang segar.. memang seronok sangat. Aku pun tumpang sekakilah nampaknya...

Bersantai-santai di jeti..
Ada kalanya pada sebelah malam kami pergi memancing ikan ... Walaupun hanya seekor dua yang mengena tapi ianya cukup menggembirakan aku. Mamancing ...di tepian pantai sambil ditemani oleh sang rembulan yang sesekali menyorok dibalik awan. Sang unggas pula ada kalanya begitu rancang bersaut - bersautan. Sang bintang pula berkelip-kelipan tidak jemu-jemu memancar cahaya yang bergemerlapan... Sesungguhnya pengalaman ini memang sungguh indah sekali... Hingga saat ini aku masih mengingatinya lagi...

Setelah puas bergelumbang di pantai... kini tibalah masanya untuk berjalan-jalan di sekitar tempat-tempat menarik sekitar bandar Sandakan... kali ini kami pergi ke Tanah besar dengan menumpang bot nelayan pula...  Slow and steady je bot ni bergerak... Seolah-olah ia tahu aku sangat teruja menaikinya dan ingin menikmati saat-saat ini sepuas-puas hatiku... Berbalam-balam Pulau Timbang ku tinggalkan. Sayonara ... bisikku di dalam hati...In sya Allah kalau ada rezeki aku akan kembali lagi ke sini...

Paling best kat sini adalah tentang basnya... kalau di semenanjung biasanya penumpang akan menunggu bas, tetapi di sini agak berlainan sedikit kerana pemandu bas sanggup menunggu penumpang.... Pernah suatu hari aku dan keluarga kakakku sedang berjalan menuju ke jalan besar untuk menaiki bas ke bandar Sandakan. Pelik sungguh aku rasakan bilamana pemandu bas dan penumpang lain begitu sabar menunggu kami.... Memang aku betul-betul pelik. Sabarnya dikau sang pemandu..



Kakakku tidak melepaskan peluang untuk membawaku ke Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok yang terletak di Hutan Simpan Kabili Sepilok. Betul-betul teruja melihat Orangutan yang bebas bergayut-gayutan menunjukkan aksi masing-masing kepada para pelancong yang datang.

SK. Ladang Sandak

Berlatar belakangkan Bandar Sandakan
 Akhirnya... aku terpaksa jua balik ke semenanjung setelah berada di Sandakan lebih kurang sebulan lamanya. Banyak kenangan manis yang tercipta di sini. Memang sedih sekali untuk aku berpisah dengan keluarga kakakku dan saudara maranya yang peramah serta baik hati... Apakan daya ...keputusan SPM telah diumumkan. Aku perlu balik untuk melihat keputusanku dan seterusnya memohon ke mana-mana pusat pengajian tinggi yang sesuai dengan keputusan peperiksaanku dan juga cita-citaku...

Perjalanan ini sesungguhnya menghadiahkanku sebuah pengalaman yang sungguh berharga... Kata orang jauh berjalan luas pandangan...luas juga pengalaman...bertambah luas juga pengetahuan. Wassalam

Wednesday 4 December 2013

PAPER SPM ERT ( 04122013 )

Hari yang ditunggu-tunggu akhirnya telah tiba... Hari di mana anak-anak didikku akan menduduki peperiksan ERT Kertas 1 dan Kertas 2... Bukan mereka sahaja yang berdebar-debar tetapi debaran hatiku ini lagi kuat rasanya...Manakan tidak..aku lihat mereka semua tu cool je... Relek semacam...

....03122013...Selasa....
Pagi yang agak cerah ku tunggu anak-anak didikku semenjak  jam 9.00 pagi lagi... Hai manalah diorang ni... Setelah agak penat menunggu akhirnya....ada gak 4 orang buah hatiku yang hadir... Tahniah Akma, Sawalina, Nadia dan Minah kerana bersemangat untuk menimba ilmu dan berkongsi ilmu... yang penting kalian sudi hadir ke kelas cikgu...

Harini merupakan hari yang agak penting sebenarnya sebab cikgu nak bagi skema untuk soalan-soalan yang cikgu rasa mungkin akan keluar pada esok hari... Pada yang tidak hadir tu ...aku hanya mampu berserah dan berdoa agar mereka semua terang hatinya dan dapat menjawab semua soalan dengan mudah...Aamiin...

Tarikh : 04122013
Hari : Rabu
Masa : 8.00 - 9.00 pagi
Kertas : ERT 1

Sebenarnya aku tidak bertugas untuk sesi pagi ini...Tapi aku datang juga untuk memberikan sokongan kepada anak-anak didikku yang seramai 16 orang yang terdiri daripada 2 orang jejaka hencem dan 14 orang sicantik manis. Diorang ni aku tengok cool memanjang...Tak de langsung ciri-ciri kerisauan di wajah mereka... Gementar sungguh rasa hatiku...Hanya aku mampu berdoa agar mereka akan bersungguh-sungguh menjawab soalan hingga tamat masa yang diperuntukkan... Tidak lupa aku ajarkan mereka dengan doa agar mereka diberikan kemudahan dan petunjuk disaat mereka dalam kebuntuan atau kesamaran...


Aku patah balik semula ke rumah setelah anak didikku masuk ke dewan peperiksaan...Aku perlu balik untuk membuat donat yang belum sempat aku sempurnakan tadi... Bolehlah nanti aku bawa ke ke sekolah buat anak didikku merasa waktu senggang antara kertas 1 dan kertas 2 yang lebih kurang ada 40 minit... Alhamdulillah.... akhirnya dengan sepenuh kelajuan yang boleh aku lakukan donat-donatku yang gebu dapat aku siapkan... Apalagi patah balik lagi semula aku ke sekolah.... Haahaha..anak-anak didikku rupa-rupanya sedang tekun mengulangkaji di bilik masakan...Stop dulu sayang... makanlah dulu donut cikgu yang gebu ni... kalau tak, nanti kempunanlah pulak...

Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Kertas : ERT 2

Masa untuk meneruskan lagi perjuangan seterusnya... Moga-moga apa yang selalu kita bincangkan akan keluar... Buatlah sehabis baik...Jangan sekali-kali keluar dari dewan peperiksaan hingga habis masa... Tunggulah...Inilah kertas peperiksaan kalian yang terakhir, jadi berjuanglah habis-habisan agar kalian tidak akan menyesal dikemudian hari...

Bertuah punya budak.... rupa-rupanya dua orang pelajar lelakiku telah keluar awal...Bila aku tanya katanya soalannya senang...woww...hebatlah diorang ni...Moga-moga betullah apa yang mereka katakan tu...Harap-harap dapatlah mereka menjawabnya sehabis baik...

Alhamdulillah...ada beberapa soalan yang keluar memang telah dibincangkan selalu... Tiada lain yang kuharapkan selain dari semua anak didikku dapat menjawab dengan sebaik-baiknya semua soalan dan seterusnya lulus dengan cemerlang...Ya Allah tolonglah....janganlah ada yang gagal...

Paling best...saat aku dan anak-anak didikku bergambar sakan di sekitar sekolah... Aku juga terikut-ikut sama kalau tang bergambar ni... Macam-macam gaya ada...Inilah kenangan terakhir kami..In sya Allah di lain kali kita akan ketemu lagi ya...Hanya kejayaan kalian yang cikgu harapkan..