Thursday 15 September 2011

SAMBUTAN RAYA SMKTJ 2011

Berlalulah sudah Ramadhan yang mulia. Kini Syawal kita lalui dengan penuh kesyukuran. Banyak acara rumah terbuka yang perlu dipenuhi. Maaf andai aku tidak dapat memenuhi undangan kalian. Bukannya sombong tetapi aku kini sedang dalam misi untuk menghabiskan puasa sunat Syawalku.



Hidangan untuk pelajar
Hidangan untuk guru


Sambutan Hari Raya di sekolahku hari ini disambut secara muhibbah dan sederhana tetapi meriah. Selaku guru tingkatan 3, aku bersama geng-gengku yang lain iaitu Kak Salamah, Kak Faridah, Seri Kenanga, Ainil Mardiyah, Norhani, Ustaz Saifullah dan Cikgu muslimin cuba sebaik mungkin menjamu anak-anak murid kami dengan hidangan yang sedap dan menyelerakan serta mengenyangkan. Apalagi kalau bukan Nasi Ayam Special.


Geng guru tingkatan 3 - Ainil, Kak Faridah,Sei Kenanga, Kak Salamah dan Siti Basroh
Terima kasih kepada Hani yang menguruskan bahagian tempahan Nasi Ayam. Seri...thanks sedapnya jeli. Kak  Faridah .....terima kasih sebab susah payah mengangkat  tong air dan air batu. Ainil....Semua alatan beres. Kak Salamah ... tq bebanyak sebab dapat buatkan dadih yang colourful dan sedap untuk murid-murid kita. Ustaz Saifullah...terima kasih sbb rajin menolong kami menyusun makanan dan minuman. Pokoknya kita sama-sama berusaha menjayakan sambutan hari raya tahun ini dengan penuh semangat kekeluargaan.

Ainil...sedang melayan tetamu yang datang.
Buat guru-guru yang sudi bertandang ke jamuan kami...terima kasih bebanyak. Diharapkan semuanya berpuas hati dengan hidangan kami yang tidak sepertinya. Terima kasih Cikgu Toha sebab sudi datang walaupun sedang bercuti.
Kak Salamah dan murid 3 Intan
Bab makan ni....kami memang suka sangatlah...
Buat anak-anak murid yang membantu mengemas selepas jamuan, cikgu amat menghargainya. Anis, Zahin, Hafifa dan Fatin.... jangan lupa basuh bersih-bersih ya lapik meja cikgu. Lepas tu jangan lupa bawa ke sekolah lagi ya. Buat Sarina, Madihah, Umi, Aina dan lain-lain yang tolong mencuci dulang tu...terima kasih sbb masih sudi berbasah-basah walaupun sedang berbaju cantik. Buat yang lain-lain yang telah membantu menjayakan jamuan raya tingkatan 3 ini terima kasih bebanyak cikgu ucapkan.


Bersama Izzati, Madihah, Salina dan Mimi
Bersama Izlynn, Sarina dan Umi