Wednesday 5 December 2012

KEMBARA LANGKAWI ( 27-28 NOV )

Tepat jam 11.00 pm 26 Nov yang lepas aku dan anakku, Aisyah telah mengikuti rombongan SRA Sg Tengi Kanan ke LANGKAWI dan PADANG BESAR. Tak kusangka aku berpeluang ke sana lagi tapi itulah yang dinamakan rezeki. Terima kasih Aisyah..berkat kau mendapat MUMTAZ kau telah memperolehi hadiah menglancong ke Langkawi. Secara tidak langsung ibu pun dapat tempiasnya...Syukur...syukur... Maafkan ibu ya Anak-anakku yang lain kerana tidak dapat membawa kalian brsama kerana tidak ada tempat duduk lagi buat kita sekeluarga... InsyaAllah dilain kali andai ada rezeki kita akan pergi bersama-sama ya...
Di hadapan bangunan kereta kabel...Tempat pertama yang dilawati selepas acara sarapan
Bergambar sambil menunggu untuk naik kereta kabel... Cuaca memang agak terik ditambah pula dengan bilangan pelawat agak ramai. Oh...lamanyalah nak tunggu turn baik kereta kabel...sabor jelah
Pemandangan indah dari dalam kereta kabel....Asyik rasanya menyaksikan pemandangan laut yang indah dari dalam kereta kabel..
Di dalam kereta kabel.... Alhamdulillah bila dh kali kedua ni dh tak rasa gayat sangat yang ada cuma rasa seronok dan gembila ...
Kenangan bersama rakan-rakan di atas menara... Saja bergaya santai-santai sambil duduk-duduk menikmati panorama yang mengasyikkan...
Di atas menara, bergambar berdua dengan Aisyah...
Rasa gayat juga bila tengok kereta kabel lain... Rasa takjub pun ada bila memikirkan macamana mereka menyambung kabel-kabel ni dari satu gunung ke satu gunung...
Pemandangan air terjun yang indah..... Boleh dilihat sahaja dari kejauhan...
Aisyah dan rakan-rakannya yang mendapat keputusan MUMTAZ bergambar kenang-kenangan bersama di atas menara...
Tempat kedua yang dilawati ialah BERAS TERBAKAR...ingatkan kawasan bersejarah...rupa-rupanya tempat membeli belah pakaian dan perhiasan yang menawarkan harga berpatutan..
Bergambar kenangan dengan Ustazah Hasnah dan Ustazah Sumiah. Lega rasanya kerana aku telah mendapatkan ole-ole untuk cik abg dan anak-anak lelakiku...Tak lupa buat diriku sendiri..Rugi kalau tak membeli...
Destinasi seterusnya ialah KILIM GEOFOREST PARK....Tempat yang sungguh istimewa..
Kelihatan deretan bot-bot yang bersiap sedia untuk membawa pelancong yang datang. Anggaran harga untuk sebuah bot ialah RM 250. Namun kalau dikira berdasarkan individu lagi untung. Bayaran untuk org dewasa ialah RM 20 dan untuk kanak-kanak hanya RM 10 sahaja.
Bersiap sedia menaiki bot untuk meneroka kindahan dan keunikan KILIM GEOFOREST PARK
Papan tanda keselamatan KILIM GEOFOREST PARK untuk peringatan semua pengunjung yang datang ke sini...
Aisyah...Hani dan Tasha di bahagian paling hadapan bot....
Duduk di baris kedua paling tepi...bersama Ainur Izzati dan ibunya... Leka menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan...
Antara pemandangan indah sepanjang perjalanan...
Melawat kolam ternakan ikan...sedang menunggu seekor ikan pari betina yang di panggil FATIMAH timbul dipermukaan...nampaknya ikan tersebut masih malu-malu untuk muncul di hadapan kami..
Kenangan berdua dengan Aisyaj di kawasan kolam ternakan ikan..macam-macam ikan ada.. Belangkas pun ada...
Dalam perjalanan balik...sungguh gembira rasanya dapat melalui pengalaman ini...Laut adalah kesukaanku yang amat sangat... Sungguh sayang kerana aku tidak dapat mengabadikan kenangan ketika melawat ke Gua Kelawar kerana bateri kamera dan telefonku telah habis...sedih betul rasanya... Acara seterusnya ialah shopping di IDAMAN SURI DAN HJ ISMAIL GROUP..Sempatlah aku menyambar VISION dan COMFORTER impianku... Aduyai....Kena jimat-jimatlah juga ni...Nanti nak beli coklat lagi... Duit..duit..senangnya habis ya...
Masih sempat window shopping di Kedai Hj Ismail Group di Jeti Kuah sewaktu menunggu untuk menaiki feri pada pagi 28 Nov...
Aduh...cantik-cantiknya set vantage yang aku impikan...apa nak buat..duit pun tak berapa ada...Insya Allah lain kali ada rezeki bolehlah ku bawa balik...
Set NORITAKE yang hebat...Melihat harganya je aku dah berundur...Maunya tidak..Harganya satu set lebih kurang dengan sama jumlah gajiku sebulan...Takpelah dapat tengok je pun jadilah...
Aisyah sempat bergambar sebelum menaiki feri...
Pemandangan lautnya memang sungguh mempesonakan...
Timbunan beg di belakang feri..
Di dalam feri untuk kembali ke Kuala Perlis..Bye-bye Langkawi...
Kenangan di LANGKAWI mmg sungguh indah..walau sekejap cuma tapi banyak tempat-tempat menarik telah dilawati...InsyaAllah ada rezeki pasti aku akan kembali lagi ke sana bersama keluargaku...

KENANGAN AISYAH HUMAIRA DI SRA SG TENGI KANAN

Anakku, Aisyah Humaira'...maafkan ayah dan ibu kerana terpaksa mengambil keputusan untuk memindahkanmu dari SRAI BB Kuala Selangor ke sekolah baru yang berhampiran dengan rumah kita iaitu SK Dato' Manan dan SRA Sungai Tengi Kanan. Ibu tau..perpisahan dengan teman-teman amatlah memilukan. In sya Allah ..lama kelamaan kau akan biasa dan akan temui penganti rakan yang baru.

Tahniah anakku walaupun terpaksa berpisah dengan kawan-kawan di sekolah lama namun kau masih mampu bertahan dan seterusnya mengukir kejayaan mendapat MUMTAZ ( 91.8% )pada peperiksaan PSRA yang lalu...
Muka Aisyah ada pada banner yang memperolehi keputusan MUMTAZ..Tahniah anakku
Aisyah adalah antara 11 orang pelajar yang mendapat keputusan MUMTAZ.
Aisyah sedang beratur untuk menerima hadiah.
Aisyah sedang menerima hadiah daripada Penyelia Dun SG Burong iaitu Ustaz Judi
Aisyah selepas menerima hadiah...
Bergambar kenangan bersama rakan-rakan selepas acara penyampaian hadiah.
Bergambar kenangan berdua selepas acara penyampaian hadiah. Terima kasih anakku...berkat kejayaanmu, kita berdua berpeluang mengikuti rombongan ke LANGKAWI dan PADANG BESAR pada 27-28 Nov yang lepas....

SAYONARA SRAI BANDAR BARU KUALA SELANGOR

Akhirnya keputusan ini terpaksa aku ambil juga setelah lama memikir-mikir baik buruknya. Lalu tarikh 9 November 2012 merupakan tarikh akhir untuk kedua-dua org anakku iaitu Hannan dan Hilman untuk bersekolah di SRAI BB KUALA SELANGOR.... Selama 8 tahun ini aku dan suamiku bergilir-gilir mengambil anak-anakku yang seramai 5 org. Namun tahun ini hanya tinggal 2 org shj lantaran 3 org lagi telah bersekolah lain. Terima kasih tak terhingga kepada semua guru-guru yang telah membimbing dan mendidik anak-anakku selama ini. Jasa kalian akan kami kenang selama-lamanya dan hanya Allah yang dpt membalasnya.. Sebagai kenang-kenangan terakhir aku mengabadikan gambar dua orang anakku ini di sekolah mereka agar boleh dijadikan kenangan di masa hadapan...
Hilman sedang beratur untuk mengambil hadiah matapelajaran terbaik.
Hilman bergambar dengan hadiahnya...
Hilman dan rakan-rakan sekelasnya bersama hadiah masing-masing.
Hilman dan rakannya yang bernama Lokman Hakim
. Hannan sedang beratur untuk mengambil hadiah mata pelajaran terbaik
Hanan bergambar bersama Hilman selepas menerima hadiahnya...
Mengabadikan kenangan bersama Hannan dan Hilman..
Kebetulan bertemu rakan lama ..Rosidah Hassan. Anaknya pun sama bersekolah di sini.
Terima kasih SRAI BB KUALA SELANGOR kerana telah mendidik dan mengajar kami..
Di hadapan papan tanda sekolah...
Di hadapan sekolah...tempat selalu main-main...selamat tinggal semua... CATATAN DISTI : 8 NOVEMBER 2012/ KHAMIS

Tuesday 29 May 2012

SAMBUTAN HARI GURU 2012

Tahun ini sambutan Hari Guru di sekolahku disambut pada hari terakhir persekolahan penggal pertama iaitu pada 25 Mei 2012 bersamaan dengan hari Jumaat. Walaupun agak lambat menyambutnya tetapi seluruh warga sekolah telah meraikannya dengan penuh meriah. Aku terutamanya...walaupun telah 16 kali kusambut bermakna telah 16 tahun kerjaya guru ini kusandang, namun keterujaan aku tetap sama...Hari Guru memang ada makna yang amat mendalam bagiku...
Pagi -pagi lagi kami dah tayang baju batik masing-masing. Seperti biasa...gayaku sempoi je berjubah.Paling kelakar..aku terpaksa pakai kasut lama yang agak lusuh sebab pagi tu baru aku sedar kasut baru yang aku beli sehari sebelum tu sebenarnya tersalah saiz...Alamak macamana boleh terbesar sikit ni. Masa aku pakai baru aku sedar .....nak tercabut rasanya kalau aku menapak. Apa nak buat, tak ada rezeki kakilah nampaknya... Pagi itu, tepat jam 8.00 pagi paluan kompang pun bergema dan kami pun berarak ala-ala karpet merah gitu sambil pengawas menyematkan roset ditudung.
Kemudian , kami dipersembahkan dengan pertunjukan silat yang cukup hebat kerana mereka berlawan menggunakan senjata betul...Takut pun ada dibuatnya. Saat paling best tentulah ketika menyanyikan lagu "Kami Guru Malaysia" dan bacaan ikrar. Walaupun suaraku ala-ala sumbang tapi aku tetap bersemangat untuk menyanyi di hadapan anak-anak muridku....
Saat paling syahdu adalah apabila kumpulan koir anak-anak murid dari SK Seri Tiram yang diundang khas untuk menyanyikan 2 buah lagu sempena hari guru... Mereka menyanyi dengan begitu polos dan jujur...Aku benar-benar tersentuh dengan gaya mereka yang sungguh comel.... Tak sah rasanya hari guru jika tak dapat hadiah....Terima kasih kepada anak-anak didikku yang ikhlas mengingatiku...Kalian merupakan sumber inspirasiku....Paling tak disangka-sangka bila penganjur memberikan anugerah kepadaku iaitu "GURU PENYAYANG".... biar betul...Apapun terima kasih kepada penganjur di atas keperihatinan mereka itu...
Bersama Hani...sempat gak ya sambut hari guru...Tahniah sebab dapat baby boy keesokan harinya.
Seri Kenanga....sentiasa maintain jelita....
Sempat lagi bergambar dengan Roslini saat nak baca ikrar... Acara tamat jam 12.00 tengahari dan disambung dengan acara jamuan. Istimewa menu pada kali ini yang disumbang oleh geng-geng pot luck bulan Mei - Jun...Terima kasih kepada Kak Zawiyah, Kak Salwati, Kak Jaleha, Kak Jasimah, Kak Faridah, Kak Anidah, Ainil, Ustaz Saifullah, Cikgu Amir dan Cikgu Tan Che Beng. Puas hati betul rasanya sebab menu geng kita kira sedaplah...(puji sendiri nampak) Nasi beriyani, ayam masak merah, dalca special, acar, daging goreng hitam....apalagi ya....rojak buah, jeli kelapa serta air kelapa dan air laicikang yang ditempah khas memang betul-betul kaw...Harap-harap semua yang menikmati berpuas hatilah hendaknya....