Sunday 25 December 2011

PERKAHWINAN NORA & LOKMAN (SEPUPU)

Hari ini bersamaan 25 Disember, adalah hari perkahwinan sepupuku iaitu Nora dan pasangannya Lokman.Nora merupakan anak Paman Masngot dan Bibik Salmiah yang ketiga daripada 5 orang adik beradik. Nora melangkah bendul dua orang kakak kembarnya iaitu Faridah dan Faizah. Tidak mengapalah. Jodoh, ajal maut semuanya ketentuan yang maha Esa. Maka andainya jodoh kita telah tiba, bersyukurlah. Andainya jodoh masih belum ada maka berusahalah sambil berdoa agar Allah ketemukan kita dengan pasangan yang sesuai dan sekufu.

Sebelum itu, seawal jam 10.00 pagi aku dan anak perempuanku Aisyah, menghadiri jemputan Kak Azmi yang mebuat majlis bersunat untuk anaknya yang kedua. Selepas itu aku pun beregegas ke rumah Pamanku ini yang terletak di Blok D, Sawah Sempadan. Di sana sudah ramai saudara maraku yang yang telah tiba.

Riuh rendah kami dibuatnya. Gembira sungguh rasanya kalau dapat berkumpul bersama sambil bertukar-tukar cerita. Nuning dan anak-anaknya maintain macam selalu. Sekarang ini sedang menyambung pelajaran. Syabas Nuning, teruskan usahamu sehingga berjaya.

Bibik Kamariah...rindu sungguh aku padanya. Walaupun dia makcikku, tapi dia sebaya denganku. Kiranya geng baik punya. Seperti aku, bibik juga seperti apam yang naik cukup sewaktu musim cuti sekolah ini. Bibik berhajat sekali menunaikan umrah pada tahun ini dengan Paman Khafi setelah permohonan untuk menunaikan haji pada tahun ini ditolak di saat-saat akhir. Aku sesungguhnya sangat memahami keinginan dan kerinduan Bibik kepada Bumi Mekah dan Medina.

Eli dan Jamil sekeeluarga tiba selepas kami. Dia akan mengikuti suaminya yang akan bekerja di Calgary, Kanada pada bulan dua nanti. Mungkin ini pertemuan terakhir kami sebelum dia dan keluarganya berhijrah ke sana. Sekurang-kurangnya mereka sekeluarga akan tinggal di sana untuk tempoh 2 tahun. Eli sanggup berhenti kerja semata-mata untuk mengikut suaminya berhijrah.

Lela, suami dan anak kecilnya Fazli datang tidak lama kemudian. Tidak banyak yang kami ceritakan kerana anaknya merengek kerana mengantuk. Umi isterinya Madi datang dengan ramah tamahnya seperti selalu. Lama sungguh tidak berjumpa kerana mereka sekeluarga tinggal jauh di Kota Tinggi. Hanya musim cuti sekolah mereka akan balik ke sini.

Pengantin tiba tika jam menghampiri jam 1.00 petang. Pasangan pengatin dampak sepadan dan secocok dengan persalinan rona peach. Tidak lama setelah pengantin tiba, akupun balik ke rumah sambil menumpangkan Kang Alin, Kak Su dan Farah balik ke rumah sawah.

Apapun aku gembira kerana dapat berkumpul bersama-sama keluarga seebelah bondaku. Alhamdulillah Mbah Paijam iaitu Mak Tiri bondaku telah sihat semula setelah diserang penyakit strok pada awal tahun lepas.Aku lihat dia sudah boleh berjalan dan bercakap dengan elok semula seperti dahulu. Daripada 7 orang adik beradik, hanya tinggal 3 orang sahaja yang masih hidup. Paling awal Bibik Ibah, meninggal tahun 2000 ketika aku dalam pantang Aisyah. Paman Muhammad meninggal tahun 2004, Paman Haiti tahun 2008 dan arwah bondaku pada tahun lalu. Kini hanya tinggal Bibik Asiah, Paman Masngot dan Bibik Misnah yang tinggal.

Kepada merekalah aku mencurahkan kasih sekarang. Melihat mereka bagaikan aku melihat bondaku sendiri. Kalau boleh aku ingin melayan orang-orang yang disayangi oleh bondaku dengan sebaik-baiknya. Hanya ini yang dapat aku lakukan tanda kasih dan sayangku pada bondaku...

KE MAKAM BONDA, AYAHANDA DAN KEKANDAKU.....

Rintik-rintik hujan seakan mengerti kehibaan hatiku. Daerah sepi ini adalah tempat bersemadi beberapa insan kesayanganku yang telah meninggalkan dunia yang fana ini. Aku kini bergelar anak yatim piatu setelah bondaku pergi tahun lalu pada tanggal 25 Ogos 2010 bersamaan 13 Ramadhan 1432 Hijrah. Kedatangan aku dan keluargaku ke kawasan ini adalah untuk memasanh tiga pasang batu nesan untuk tiga orang ahli keluargaku yang telah pergi menyahut panggilan Illahi.


Ayahandaku, Khayan bin Mohd Yusuf telah meninggalkan kami sewaktu usianya 88 tahun pada tanggal 28 Jun 1997. Tarikh itu merupakan tarikh keramat bagiku kerana ayahandaku pergi pada hari lahirku yang ke 24 tahun. Kesedihanku hanya Allah yang tahu. Ayahanda pergi tanpa sempat melihat majlis pertunanganku yang akan berlangsung pada tanggal 31 Ogos tahun tersebut. Namun aku bersyukur, ayahanda telah berkenalah dan memberi restu akan hubunganku dan bakal suamiku. alhamdulillah.


Semenjak ayahanda pergi, aku, bondaku dan kekandaku yang OKU tinggal bertiga. Susah senang kami harungi bersama. Dalam masa yang sama kami dikhabarkan tentang penyakit leukimia yang dihidapi oleh kekanda keduaku iaitu Mahfoz. Kiranya penyakitnya itu agak kronik dan kesihatan beliau semakin merosot semenjak itu. Pusat Perubatan Univeresiti Malaya (PPUM) bagaikan rumah keduanya. Takdir mengatasi segala-galanya. Selang 49 hari pemergian ayahndaku,Kekandaku pergi jua mengadap Illahi pada tanggal 13 Ogos 1997. Kekandaku disemadikan di tanah prkhuburan yang sama dengan ayahandaku iaitu di Kampung Parit Serong. Tahun itu merupakan tahun kesedihan bagi sekeluarga eelebih-lebih lagi pada bondeaku. Lebih setahun dia berkabung dan mengurung diri di rumah kerana bersedih hati di atas kehilangan insang-insang tersayang. Hanya AlQuran yang menjadi teman setia. Tahun berganti dan kesedihan semakin berkurangan seiring waktu yang pantas berlari....


Namun tiada siapa menduga, tanggal 13 Ramadhan 1432 H menjadi saksi bahawa bondaku pergi dan tak akan keembali lagi. Tiada kata mampu ku gambarkan saat aku menerima perkhabaran pilu ini. Separuh jiwaku juga kurasakan telah dibawa bersama-sama bondaku. Kesedihan dan kepiluan bertebaran di mana-mana. Sungguh aku tidak menyangka
aku akan kehilangan bondaku sewaktu usiaku 37 tahun dan ketika bondaku berumur 67 tahun. Bermakna hanya ada 37 tahun yang Allah pinjamkan masa untuk kami berdua dapat nikmati bersama-sama.... Bagaimana aku meratapi atau keluar air mata darah sekalipun, bondaku tetap tak kan mungkin kan kembali lagi. Kenyataan itu harus ku terima walau hakikatnya amat payah sekali...

Syawal yang tiba seakan tidak bererti lagi. Kurasakan tiada harta yang berharga di dunia ini melainkan ayah dan ibu. Kerana bila keduanya tiada, kita tidak kan mampu membelinya lagi di mana-mana atau dapat mencarinya lagi. Yang ku tahu, di pagi syawal yang syahdu, tiada tempat lain yang ingin ku tujui melainkan menziarahi mereka bertiga bersama wangian doa penuh kasih abadi. Walaupun mereka telah tiada namun kasihku pada mereka akan tetap tepu dan abadi selama-lamanya....

Pada hari Sabtu (24 Disember), aku dan beberapa orang ahli keluargaku telah memasang batu nesan agar memudahkan kami mengenalpasti tempat persemadian mereka kerana saban tahun semakin meningkat ahlinya. Kami juga menanam rumput karpet dan menabur batuan sungai agar ianya akan mendoakan mereka setiap masa. Puas rasa hatiku kerana dapat melaksanakan amanah itu akhirnya.

Doaku setiap waktu agar ketiga-tiga insan kesayanganku ini akan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman, di ampunkan segala dosa-dosa kalian dan dijadikan kuburan kalian seumpama taman-taman syurga. Amin....

PMR 2011

Keputusan PMR 2010 telah diumumkan pada hari Khamis bersamaan 22 Disember yang lepas. Seminggu sebelum itu Pn. Rohaidah selaku Guru Penolong Kanan telah menelefon aku agar datang ke sekolah pada hari tersebut untuk menguruskan slip peperiksaan untuk kelasku yang tersayang iaitu kelas 3 Nilam (kelas paling hujung).

Seawal jam 10.00 pagi aku telah bersedia untuk melihat keputusan keseluruhan PMr dan tentulah yang lebih utama aku ingin sekali melihat keputusan mata pelajaranku iaitu KHB ERT. Dub dap dup dap juga ku dibuatnya. Sebaik aku melangkah ke bilik mesyuarat, rasa kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Illahi kerana memberikan aku hadiah keputusan yang cemerlang untuk mata pelajaranku. Alhamdulillah seperti tahun lepas, aku masih dapat mengekalkan keputusan 100%. Lebih membanggakan, terdapat peningkatan jumlah muridku yang mendapat A iaitu seramai 26 orang berbanding 20 orang tahun lepas dan 25 orang pada tahun 2009. Namun begitu terdapat penurunan dari segi gred puratanya iaitu 2.27 berbanding tahun lepas 2.16 dan tahun 2009 sebanyak 2.00. Apapun aku sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan kejayaan buat anak-anak didikku. Kejayaan mereka merupakan kebahagian buatku.

Sekalung tahniah cikgu berikan buat 26 orang murid yang mendapat A untuk mata pelajaran KHB. Mereka adalah:

1) Anis Farhanaquyah Bt Anuar
2) Norshahidah bt Mohd Salleh
3) Nur Ainaa bt Abdul Rashid
4) Nur Hafifa Hazza
5) Nur Hakimah bt Saidi
6) Nur Safiqa bt Zaini
7) Nurazuwa bt Hussin
8) Nurul Shafika bt Nasir
9) Siti Maizatul Akmal bt Tamanuri
10) Siti Nurfallah bt Norzin
11) Zahin Annura bt Mohamad Komarun
12) Zakiah Safitri
13) Ainur Fitria bt Mohd Nazrum
14) Anis Syamimi
15) Masrul Ain
16) Nadiera bt Mahfuz
17) Nur Farah Izzati bt Samsul Kamal
18) Nur Liyana bt Rusli
19) Pua Ke Yong
20) Siti Amynina Najihah bt Mohd Rosty
21) Siti Kholisma bt Ali Fadilah
22) Siti Minah bt Halip
23) Siti Nor Mawardah
24) Siti Sarina bt Jalal
25) Tan Chiu Woon
26) Umi Amira bt Wagiman


Pelajar terbaik sekolah ialah Pua Ke Yong yang memperolehi 7A 1B dan Nur Ainaa bt Rashid yang memperolehi 7A 1B 1C. Secara keseluruhannya keputusan sekolahku ada sedikit peningkatan. Beberapa mata pelajaran mengekalkan keputusan 100% iaitu KHB ERT, KHB PERTANIAN dan BAHASA ARAB.Beberapa mata pelajaran meningkat naik antaranya BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, PENDIDIKAN ISLAM, MATEMATIK, SAINS dan KHB TEKNIKAL. Manakala beberapa mata pelajaran menurun keputusannya iaitu mata pelajaran GEOGRAFI, SEJARAH dan BAHASA CINA. Yang pasti barisan para guru telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak didik yang dikasihi. Kita hanya mampu berusaha, yang selebihnya Allah yang berkuasa.

Sesi persekolahan 2012 bakal bermula tidak lama lagi. Moga aku akan sentiasa istiqamah untuk mendidik anak didikku dengan penuh keikhlasan, ketekunan dan memberikan mereka yang terbaik agar mereka akan memperolehi kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah.

Friday 23 December 2011

ABANG RAZAK DAN KANSER LIMFOMA

Pada hari Jumaat minggu lepas ( 16 Disember ) tepat jam 4.41 petang birasku yang sulong pergi mengadap Illahi selepas koma beberapa hari akibat serangan penyakit kanser limfoma. Seluruh keluarga mertuaku berduka atas musibah yang datang tanpa di sangka-sangka. Lebih-lebih lagi arwah meninggalkan seorang isteri,Kak Izah dan 3 orang anak yatim (Iffah, 11 tahun, Affaf, 9 tahun dan Naufal, 6 tahun) yang masih dahagakan kasih sayang seorang ayah. Apakan daya Allah lebih menyayangi beliau.

Abang Razak disahkan mengidap penyakit kanser limfoma tahap 4 pada awal bulan Ramadan yang lalu. Itupun setelah ujian darah yang dilakukan diklinik pakar dapat mengesannya. Masa kali pertama keluarga kami menziarahi beliau sewaktu dirawat di Hospital UKM, beliau masih boleh bercerita dan memberikan nasihat agar sentiasa memantau kesihatan diri. Aku kagum dengan semangat yang ditunjukkannya.

Kali kedua kami bertemunya sewaktu hari raya. Kesihatannya semakin merosot. Selepas itu kami bertemunya pada awal cuti yang lepas. Ketika itu aku tidak sampai hati untuk melihatnya kerana keadaanya yang lemakin kurus dan lemah. Tekanan darahnya semakin lemah dan belum stabil. Waktu itu Abang Razak sedang menjalani kimoterapi. Aku hanya dapat membayangkan kesakitan yang ditanggung olehnya. Kak Izah, isteri beliau sungguh sabar dan tabah menjaganya siang dan malam. Mujur juga cuti sekolah sudah bermula. Ringan sikit tanggungan Kak Izah. Anak-anaknya juga kami jaga bersama-sama di kampung.

Kali terakhir kami menziarahi Abang Razak adalah 3 hari sebelum beliau meninggal dunia iaitu pada tanggal 14 Disember bersamaan hari Selasa. Sebelum itu Abang Razak sudah meracau-racau memanggil-manggil nama anak-anaknya. Atas rasa belas ihsan kami pun menghantarkan anak-anak beliau yang sudah lama tidak berjumpa. Memang pun mereka amat merindui antara satu sama lain. Hanya pertolongan kecil ini yang mampu kami lakukan.

Kama sampai di HUKM lebih kurang pukul 4.00 petang. Selepas solat Asar kami terus bergegas ke Wad 6G Katil No 11 yang menempatkan Abang Razak. Hancur luluh hatiku bila melihatnya. Dia sudah tidak berapa mengendahkan orang lain hatta anaknya sendiri. Dia seolah-olah tertidur dengan sungguh nyenyak dan tidak sedar dengan apa yang terjadi di sekelilingnya. Tubuhnya pula semakin melidi dan sudah tidak berdaya untuk berjalan sendiri. Rawatan kimoterapi juga terpaksa ditangguhkan kerana keadaannya yang tidak stabil. Kak Izah juga mengkhabarkan bahawa virus kanser telah sampai ke otak yang menyebabkannya sentiasa sakit kepala dan mendapat sawan.

Lebih kurang pukul 8.00 malam kami bertolak pulang. Sampai di rumah lebih kurang pukul 10.00 malam. KAmi dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Kak Izah yang menyatakan Abang Razak telah koma kerana serangan sawan semasa kami dalam perjalanan balik ke rumah. Ya, Allah hanya kepadaMu hambaMU berserah. Aku terpaku dibuatnya. Kami terus membacakan surah Yasin bersama-sama.

Apakan daya, setelah bergelut selama 3 hari akhirnya Abang Razak pergi mengadap Illahi dengan dikelilingi oleh isteri dan saudara mara yang lain. Jenazahnya dikebumikan malam itu juga di Bangi.

Selama tiga malam berturut-turut diadakan majlis tahlil. Kami hanya pulang semula ke Tanjong Karang selepas majlis selesai. AlFatehah buat arwah Abang Razak. Semoga roh beliau diletakkan di kalangan orang-orang yang beriman.Amin.

Berikut adalah sedikit informasi mengenai kanser limfoma yang saya perolehi daripada rakan blogger yang lain. Moga kita sama-sama mendapat manafaat apabila membacanya. InsyaAllah.

LimfOma merupakan kanser SEL DARAH PUTIH yg disebut sbg limfosit-B atau sel-B dan sejenis kanser yg melibatkan kelenjar. Sel tersebut cepat menggandakan diri dan membentuk tumOr manakala sistem kelenjar berperanan untuk membawa cecair dan darah putih melalui tubuh. LimfOma pada Otak atau urat saraf tulang belakang disebut sbg limfOma susunan pusat (SSP). Seperti kebanyakkan kanser yang lain, kanser ini terjadi apabila sel kelenjar berkembang tanpa kawalan dan keadaan ini akan menyebabkan tumOr tumbuh dgn lebih banyak. Sekiranya keadaan ini tidak dapat dikawal pesakit akan merasa sedih atau membengkak pada seluruh tubuh.

TANDA-TANDA ANDA DISERANG LIMFOMA..

Tanda serangan pertama limfOma sangat mudah dikenalpasti iaitu:

• merasa ketulan atau gumpalan pada leher, perut, bawah lengan atau
pangkal paha
• sukar bernafas
• kerap demam
• kesan merah pada kulit
• pening2 dan muntah
• sakit perut
• hilang berat badan
• batuk

p/s: sekiranya terdapat tanda-tanda seperti di atas segera berjumpa dengan dOktOr kerana penyakit ini kebiasaanya menyerang gOlOngan remaja+lelaki...ujian fizikal, ujian darah + ujian imbasan bOleh dilakukan bagi mengenalpasti penyakit ini...rawatan kimOterapi akan dijalankan bagi mengelakkan kanser semakin merebak..SAYANGI DIRI ANDA..CEGAH SEBELUM MEREBAK.. =)

Wednesday 14 December 2011

KESYUKURAN......

Dalam setiap dugaan yang datang
Pasti akan ada ganjaran
yang Allah janjikan
Dalam setiap kesedihan
Pasti ada kegembiraan
yang Allah hadiahkan
Dalam setiap kelukaan
Pasti ada ubat yang menyembuhkan

Sesungguhnya setiap dari kita
Yang sentiasa di duga
Dari yang Maha Esa
Kan merasa cukup terseksa
Bila ujian atau cubaan menimpa
sehingga terkadang terlupa
Sehingga selalunya lalai dan alpa
Atas semua nikmat dariNya
Lantas kita menjadi manusia
Yang kurang kesukuranyya...
Sentiasa meminta-minta
Sentiasa rasa kekurangan semata
Atas segala nikmat dari yang Maha Esa....

Ya Rabb...
Jadikan aku hambamu
Yang sabar...
Mampu bertahan atas segala dugaan
Di waktu susah mahupun senang.....
Masih mampu tersenyum walau dalam kesakitan...
Masih mengingatimu walau
Dihimpit kesusahan atau kepayahan
Jadikan aku hambamu...
yang bersyukur....
Dengan segala nikmaMu yang tak terperi
Dengan segala rezeki yang kau beri
Semoga aku tidak lupa memberi
Tidak bongkak apalagi
Membangga diri...
Sesama insan yang bergelar khalifah
Di atas muka bumi ini...

Jadikanlah aku..
Hambamu yang merendah diri..
Hiasilah aku...
Dengan sifat-sifat mahmudah..
Jauhkan aku dari sifat mazmumah...
Kenal akan DiriMu..
Mengikuti segala suruhanMu..
Menyintai Kekasihmu...
Mengikuti segala sunnah-sunahnya..
Jadilah aku hari ini...
Lebih baik dari semalam
Dan jadikanlah aku yang akan datang...
Lebih baik dari hari-hari yang terkebelakang..

Sunday 11 December 2011

CUTI-CUTI DI PANTAI REMIS, JERAM



Setiap kali cuti sekolah, aku dan keluarga memang suka nak bercuti-cuti menenangkan fikiran lebih-lebih lagi di hujung tahun begini. Maklumlah sepanjang tahun mecam-macam peristiwa dan asam garam kehidupan yang telah dilalui kekadang membuat hatiku berduka ada masanya pula kelam kelibut dibuatnya. Cuti sekolah yang panjang ini sebenarnya anugerah yang sangat bernilai kepadaku, suami dan anak-anak. Pada masa ini kami dapat berkumpul bersama dan bebas melakukan aktiviti yang disukai tanpa perlu kelam kelibut mengikut jadual persekolahan seperti selalunya. Oh... bahagianya hidupku rasakan.

Hujung tahun ini, memandangkan perbelanjaan kami agak terhad kerana sedang mengubahsuai rumah kami, maka kami hanya berjalan dan bercuti-cuti sekitar daerah kami sahaja. Walaupun dekat, tapi rasanya amat berbaloi kerana kami happy sangat.
Pada hari Rabu yang lepas (7 Dis ), Keluarga kami, keluarga Fahimah, mak mertua serta keluarga kak Fathiah telah berjanji untuk berkelah di Pantai Remis. Agenda utama adalah untuk bermain layang-layang. Sepagi itu aku punyalah kelam kelibut menyediakan kelengkapan untuk pergi berkelah. Nasih anak-anakku sudah agak besar, jadi mereka bolehlah menyediakan keperluan diri masing-masing. Mak Mertuaku telah mengagihkan tugasan memasak kepadaku untuk membawa ayam goreng rangup sebanyak 2 ekor. Semasa memasak lagi anak-anakku dan anak-anak buahku telah meratahnya dengan begitu lahap sekali. Biarlah, nanti diorang juga yang akan memakannya pun.

Paling kelakar, sewaktu aku ingin mengambil anakku Aisyah yang aku titipkan di rumah Kak Adah selepas balik dari tiusyen sekolahnya, tanpa disangka-sangka bateri kereta suamiku konglah pulak. Cuba start dua tiga kali pun tak berjaya. Akhirnya kami meminta pertolongan dari anak saudaraku Afif untuk mengecas baterinya. Siap pukul lima katanya. Terpaksalah kami menunggu dua jam setengah lagi. Anak-anakku kesedihan kerana sudah tidak sabar untuk bermain layang-layang dan bermandi manda. Hidangan untuk berkelah juga kami keluarkan dan makan di rumah kak Adah sebab perut pun dah mula berkeroncong. Sambil-sambil tu aku layan cerita Bella Calamidades. Redho ajelah....

Pukul 5.30 petang kami sampai ke Pantai Remis, Jeram. Anak-anak keriangan dan terus bermain air dan ada yang bermain layang-layang. Aku dan suami hanya duduk memerhati. Namun hatiku begitu berbunga melihat laut luas dan desiran ombak juga pemandangan laut diwaktu petang. Walaupun pantainya tidak begitu indah tetapi bagiku, waktu yang kulalui bersama suami dan anak-anak begitu bermakna. Tidak lama kemudian Fahimah, Kak Yah dan anak-anak mereka turut serta. Makin meriahlah jadinya.

Hampir pukul 7.00 malam kami pulang ke tempat penginapan iaitu di Pantai Indah Bayview Resort yang letaknya berdekatan untuk bersiap-siap solat Maghrib dan selepas itu ada acara BBQ. Kami menginap di bilik No 1, Tingkat 9, Blok 1 (menghadap laut). Selepas Isyak kami pun bertolak ke tepi pantai untuk acara BBQ. Ada grup lain yang telah memulakan acara ini lebih awal.


Jenuh juga kami nak menghidupkan bara untuk memanggang ikan, sotong dan udang yang telah diperap oleh Fahimah. Habislah segala daun-daun kering dan surat khabar yang dibakar namun hasilnya tidak memberangsangkan. Akhirnya dengan muka berani, Kak Yah meminta jasa baik grup sebelah untuk memberi sedikit minyak diesel mereka. Selepas menggunakan minyak tersebut barulah kami berhasil menghidupkan bara. Kalau tak, alamat satu malam kami mengipas-ngipas tanpa hasil. Tanpa melengahkan masa kami pun terus memanggang semuaikan, sotong dan udang. Harumnya bau. Masing-masing bekerjasama untuk mengipas. Punyalah lama persediaan untuk menyediakan bara, namun bila bab makannya sekejap je. Rasa macam tak berapa berbaloi tapi yang pentingnya kami semua sangat enjoy.

Esok paginya pagi-pagi lagi kami telah bersarapan...sandwich jelah yang senang dengan air teh 'O'. Laju je diorang makan. Maklumlah semangat nak pergi berenang di kolam renang. Apakan daya hujan turun beserta guruh berdentum membantutkan hasrat kami semua. Dengan berat hati terpaksalah rancangan untuk mandi manda terpaksa ditunda. Walaupun tak dapat mandi di kolam renang tetapi mereka mandi manda di 'bath tub' yang ada kat bilik. Mujur ada pengganti.

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 10.00 pagi, hujan agak reda. Kami pun apa lagi teruslah terjun dengan riangnya. Aku yang dah lama tak berenang ni pun sakanlah dibuatnya. Anak-anak betul-betul gembira. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan kedatangan sekumpulan lotong yang cuba untuk mengambil makanan kami. Haru biru dibuatnya kami cuba menghalau mereka. Masing-masing keluar dari kolah renang untuk menyelamatkan barangan masing-masing. Oleh kerana, sudah kesejukan dan telah puas berenang maka kami mengambil keputusan untuk naik ke bilik sahaja.

Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari kami bertolak pulang. Hujan semakin lebat membantutkan hasrat kami untuk bermain layang-layang lagi di tepi pantai. Bukan rezeki anak-anakku agaknya. Insya-Allah aku berjanji pada mereka akan datang lagi lain kali.

Tuesday 6 December 2011

Kelebihan Hari Asyura (10 Muharram) - 06 Disember 2011

Assalamualaikum ......

Sedari pagi suamiku mengingatkan aku agar tidak lupa menyediakan bubur Asyura yang disukainya pada hari ini. Setiap tahun aku tidak pernah lupa untuk menyediakan bubur Asyura pada setiap 10 Muharam. Tiada sebab yang kukuh mengapa, namun ianya seperti mengikut amalan yang telah sebati sejak turun temurun. Sementelah rasa bubur Asyura ini memang amat aku sukai.

Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam kalender bulan Islam iaitu Hijrah yang diambil sempena peristiwa hijran Nabi Muhammad S.A.W daripada Makatul Mukarramah ke Madinatul Munawarah. Banyak keistimewaan bulan ini lebih-lebih lagi pada 10 Muharram.

Bertanya para sahabat: " Wahai Rasulullah, Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?"

Sabdanya :
* Allah menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram.
* Allah menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram.
* Diciptakan lautan pada 10 Muharram.
* Diciptakan Qalam ( pena untuk menulis amal manusia ) pada 10 Muharram.
* Diciptakan papan tulis ( Luh Mahfuz )pada 10 Muharram.
* Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharam.
* Dimasukkan Adam a.s. ke syurga pada 10 Muharram.
* Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram.
* Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram.
* Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram.
* Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram.
* Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram.
* Dikeluarkan Idris a.s. dari perut ikan nun pada 10 Muharram.
* Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram.
* Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram.
* Dianugerahkan takhta kerajaan kepada sulaiman a.s. pada 10 Muharram.
* Diciptakan Arasy pada 10 Muharram.
* Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram.
* Awal-awal rahmat yang diturunkan pada 10 Muharram.
* Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram.

Bersempena kedatangan 10 Muharram juga kita digalakkan untuk menambahkan pahala dengan melakukan amalan-amalan sunat antaranya :

1. Melapangkan masa/ belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan orang yang diredhoi.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/ mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun ini. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala".
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah sehingga 1000 X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatehah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca " has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak akan mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadilatnya diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat :"Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala". Fadilatnya - Diberi pahala seribu kali haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

Sesungguhnya terlalu banyak pahala yang boleh kita kaut sendainya hati kita sentiasa lunak untuk mengikuti sunah-sunah Nabi Muhammad s.a.w dan juga suruhan Illahi. Apakandaya, pada hari ini aku tidak dapat mengerjakan amalan puasa disebabkan masalah orang perempuan. Namun aku bersyukur kerana dapat menyediakan hidangan berbuka puasa buat suamiku yang telah mula berpuasa semenjak 1 Muharram tempohari. Hari ini merupakan kemuncak puasa Muharramnya dan aku amat gembira kerana dapat menyediakan bubur Asyura kesukaannya. Aku berdoa agar Allah memberkati usaha murniku itu...Amin.

Dari Aisyah r.a. katanya, " Biasanya orang Quraisy pada masa Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi S.A.W pun berpuasa ketika baginda tiba di Madinah. Baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)

Dari Salamah bin Akwa r.a dia menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W mengutus seorang lelaki suku Aslan pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa pada hari ini hendaklah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklah dia puasa juga sejak dia mendengar pengumuman ini sampai malam". (HR Muslim)

Dari Abu Qatadah Al - Anshari r.a katanya Rasulullah S.A.W ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapuskan dosa tahun lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(HR Muslim)

Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T, dan yang buruk itu adalah datangnya dari kelemahan diri ini sendiri...Wallahualam.

Monday 5 December 2011

BERMAIN LUMPUR DI SAWAH....

Sebenarnya aku masih kepenatan melayan kerenah anak-anakku. Namun aku sebenarnya sangat gembira. Gembira bilamana melihat mereka sangat teruja untuk bermandi manda dengan selut dan lumpur sepertimana aku pernah merasainya bertahun yang lalu. Ianya seolah-olah mengembalikan kenangan sewaktu zaman kanak-kanakku dahulu. Zaman kanak-kanakku yang serba kekurangan tapi penuh dengan keseronokan. Betapa aku amat menghargai segala memori itu yang tetap terpahat kukuh dihatiku...





Aku bangga bergelar anak sawah kerna sememangnya aku berasal dari daerah itu. Jika hari ini aku melarang anak-anakku untuk bermain di sawah atau memancing di parit atau berkubang sendirian tetapi sewaktu zaman kecilku dulu aku bebas melakukannya dengan penuh keseronokan. Bersama Bang Bawi dan Bang Ngas aku bebas berkejaran, berkubang semahu-mahunya sewaktu musim menuai. Selalunya mereka akan menarikku menggunakan pelepah kelapa tua keliling sawah.Emak dan bapak sibuk menanam padi, aku pula sibuk bermain. Selepas penat bermain kami akan makan bekalan yang emak buat di tepi batas. Hidangan yang amat aku sukai hingga kini ialah GETUK bersama SAMBAL BILIS, TIWUL, GATOT dan macam-macam lagi...Kekadang kami akan pergi ke PALONG (Tempat saliran air di sawah) dan mandi-manda di sana. Andainya musim buah pelam tiba lagi best, aku akan memanjat pokok sambil menikmatinya. Alangkah enaknya bila dapat menikmati buah yang segar dan lazat sambil ditiup hembusan bayu yang segar....





Ada kalanya aku ikut menggagau ikan pada lopak sawah selepas sahaja musim menuai. Aku tidak pernah tahu erti takut andainya aku tertangkat ular atau lain-lainnya. Yang aku tahu seronoknya apabila aku dapat menangkap ikan keli, ikan haruan, sepat dan puyu. Hasilnya memang amat mengkagumkan. Pastinya besan mak penuh dengan hasil tangkapan kami. Selepas itu kami akan terjun pula ke parit di depan rumah. Oh....alangkah indahnya waktu itu. Aku yang tidak berapa tahu berenang akan mnggunakan dua biji kelapa yang telah tua untuk mengapungkan diriku... Pendek kata segala aksi terjun junam telah kulakukan dari pangkin di tepi parit yang bapak buatkan. Atau kekadang aku sekadar bermain-main di gigi air sambil melihat rakan atau abang-abangku yang lain bermandi-manda.




Betapa aku sangat menghargai waktu-waktu itu. Yang pastinya waktu itu tidak kan kembali lagi. Yang kubawa selama ini adalah warna-warna semalam yang penuh dengan pelangi keindahan... Ianya kan terus terpateri dilubuk hatiku yang paling dalam....