Friday 7 June 2013

KEMBARA LUMUT DAN PULAU PANGKOR (24-26 MEI 2013)

Kenangan manis 
ASSALAMUALAIKUM....
 Alhamdulillah....Cuti Pertengahan tahun kali ini kami sekeluarga berpeluang untuk Jalan-jalan Cari Makan bersama semua keluarga suamiku ke Lumut dan Pulau Pangkor.

24 MEI 2013 ( HARI PERTAMA)


Bertolak dari rumah (Tanjong Karang) menuju ke Lumut . Perjalanan agak slow kerana jalan jem sebab ramai orang berpusu-pusu untuk balik kampung. Terpaksa bersabar sebab cuaca agak panas. Tiba di Sekinchan berhenti untuk solat Jumaat. Aku dan Aisyah duduk di kereta sahaja. Perjalanan diteruskan lagi sehingga R&R Teluk Intan untuk makan tengahari (walaupun agak lewat sebenarnya). Selepas itu meneruskan perjalanan lagi dan singgah solat di waktu Asar di sebuah masjid di Lekir. Hampar sampai ke Lumut nampaknya....hati agak tenang. Maklumlah kami ini tidak berapa arif jalan ke sana. Alhamdulillah dengan bantuan Fahimah (adik iparku) akhirnya kami sampai juga ke tempat penginapan kami iaitu 'QIARA HOMESTAY' di kawasan perumahan Venice. Rumah teres 21/2 tingkat yang serba serbinya lengkap dan mempunyai 5 buah bilik menanti kedatangan kami. Keluarga kami merupakan kumpulan kedua yang sampai ke sini. Hanya menanti keluarga Kak Yah, Kak Izah dan Fahmi sahaja lagi.


Keluarga kami yang besar menyebabkan kami layak untuk menghuni master bedroom yang mempunyai satu katil kelamin dan satu kati bujang serta toto juga disediakan. Alhamdulillah sungguh selesa dan lapang sekali.
Acara malamnya hanyalah BBQ di rumah sahaja menggunakan dapur gas...Tidak seperti selalu kami tidak menggunakan arang bagi menjimatkan masa.... Macam-macam ada... Ada sate, kambing bakar, ayam golek...udang, sotong.. dimakan bersama nasi impit ....aduyai kenyangnya rasa. Alhamdulillah.

25 MEI 2013 (HARI KEDUA)

Kak Yah telah menyediakan nasi lemak yang lazat....Mak mentuaku awal-awal lagi telah menyiapkan sambal bilis dari rumah. Mujur aku hanya perlu merebus telur sahaja. Keje senang. Hari ini agendanya adalah untuk bermandi manda sahaja...yahoo...aku pun sebenarnya rasa tak sabar...

Destinasi pertama adalah Marina Water Park, Lumut. Bayaran masuk untuk dewasa ialah RM 8.00 dan kanak-kanak RM 5.00. Sewa pelampung pula RM 2.00 untuk sejam. Deposit kena beri RM 10.00 setiap pelampung...mak ai..banyak juga ni. Tapi takpelah..sekali sekala apa salahnya.

Hazman dan Hazwan
Hazwan dan Hannan
Ani dan Asfa...
Hilang stressku...happy bersama Aisyah, Affaf & Hilman
Acara mandi-manda ini berlangsung hingga jam 1.00 tengahari. Kalau diikutkan...memang anak-anakku belum puas lagi. Tapi aku rasa sungguh tak larat. Panas+ lapar.... Destinasi seterusnya ialah piknik di Pantai Teluk Batik.

Geram je nak mandi lagi...sabarlah
Menikmati aiskrim yang lazat..
Minta sikit aiskrim Kak Yah...
Alahai comelnya Izzah Iman...
Apa yang seronok sangat tu Imah...
Destinasi seterusnya ialah pantai Teluk Senangin yang terletak lebih kurang 40 km dari pantai Teluk Batik. Jauh juga rupanya... Tapi tak apalah, sebab pantainya cantik dan ada banyak remis. Seronok betul dapat bermandi manda sambil mengutip remis...awesome sangat...

Fairuz, Asfa, Ani dan Nuha...
Mak...hanya memerhati sahaja
Kak Izah, Kak Yah, Imah dan Kang Asmon..bersantai-santai
Masing-masing tekun mencari remis
Ombak makin kuat nampaknya...
Acara mandi manda berakhir sebelum waktu Maghrib. Kena cepat sikit sebab Cik Abangku puasa. Kenalah cari kedai makan cepat untuk berbuka puasa. Tqvm sayang, sebab masih sanggup juga jala-jalan walaupun dalam keadaan berpuasa....

Kami dah lapar...cepatlah sikit...
Menunggu hidangan penuh sabar...
Sedih sebab hidangan lambat sangat...
Balik je ke rumah...aku terus lelap selepas solat jamak qasar Maghrib dan Isyak. Penatnya rasa badanku ini. Sampai rumah barulah teras kepenatannya. Tidak kuhiraukan apa yang berlaku di luar sana...Mata lebih penting...hihihi...

26 MEI 2013 (HARI KETIGA)

Harini kami bercadang untuk melawat sekitar Pulau Pangkor. Kenalah masak dan berkemas awal. Takut nanti lambat pulak balik ke Tanjong Karang. Apapun manusia hanya merancang...Allah yang menentukan. Sedar tak sedar masa terus berlalu. Pukul 11.30 pagi baru keluar dari rumah penginapan. Mak dan keluarga Fahmi tidak ikut serta. Apa-apa pun..kita ambik gambar dulu sebagai kenangan.

Izzah Iman yang comel...
Cucu Haji Mansor dan Hajah Rahmah
Keluarga Kak Faizah Mansor
Keluarga Kak Fathiah Mansor
Keluarga Fakhrudin Mansor
Keluarga Fahimah Mansor
Pualau Pangkor..tunggu kedatangan kami. Kami memilih menaiki feri melalui jeti Marina memandangkan jeti Lumut terlalu ramai orang. Alhamdulillah..feri berlepas ngam-ngam selepas kedatangan kami iaitu pukul 12.30 tengahari. Seronoknya sebab orang tidak begitu ramai...lapang dan bebas rasanya.

Sedia tiket  masing-masing... di Jeti Marina
Duduk paling depan sekali...
Bersama Aisyah, Hannan dan Hilman
Ramainya orang nak balik ke Lumut...
Jeti Pulau Pangkor...
Kami menyewa van dengan kadar RM 80.00 satu van untuk mengelilingi pulau. Kak Yah, Kak Izah dan Imah satu lagi van. Destinasi pertama ialah Kota Belanda... Walaupun cuaca panas terik, namun kami sungguh gembira menikmati panorama bersejarah di Kota Belanda ini.

Van yang membawa  kami keliling pulau...
Meriam di Kota Belanda..
Berlatar belakagkan kota Belanda..
Unik....
Kota Belanda...
Destinasi kedua adalah " Great Wall " atau Tokong Fu Lin Kong yang mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Kami hanya melihat sekitar kawasan luar sahaja. Paling teruja kerana gerai jualan di sini ada menjual beraneka topi yang menarik..

Taman di tepi tokong..

Teruja dengan aneka jenis topi
Pilih-pilih mana yang berkenan...
Sebelum berlabuh di Pantai Teluk Nipah, destinasi seterusnya ialah kilang sate.. Borong sikit untuk makan-makan sewaktu berkelah...

Kilang sate..
Perjalanan seterusnya adalah menuju Pantai Teluk Nipah. Tujuan utama adalah untuk bersantai-santai sambil makan-makan bekalan yang dibawa. Seronok juga menjamu mata dengan pemandangan laut yang sungguh mendamaikan....

Pantai Teluk Nipah
Santai-santai...
Tepat jam 5.30 petang, pemandu van kami datang mengambil kami untuk ke jeti. Kumpulan Kak Yah akan menyusul kemudian. Kami tunggu di Jeti ya..

Menunggu...
Setelah semua berkumpul, kami terus bergerak menunggu feri yang dijadualkan bergerak pada pukul 6.30 petang. Bye-bye Pulau Pangkor. In sya Allah...jika ada rezeki, kami akan datang lagi.

Menunggu feri yang masih belum tiba..
Sempat posing berdua.. Muka penat...
Anak sama je dengan bapak
 Selepas itu kami bergegas mencari tempat makan untuk cik abangku berbuka puasa..Akhirnya kami memilih  gerai makan di Waterfront lumut utuk menjamu selera sambil menikmati pemandangan laut yang sungguh mendamaikan..

Sepetang di Waterfront Lumut.
Menunggu hidangan..


Pilih..mana menu yang sesuai
Selepas acara makan-makan,kami terus bergerak untuk solat Jamak Qasar di masjid berdekatan. Seterusnya singgah di kedai-kedai jualan untuk membeli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang. Kami bertolak pulang lebih kurang pada pukul 10.30 malam. Aku hanya mampu berdoa agar perjalanan kami semua dilindungi dan dirahmati. Semoga kami akan selamat sampai ke destinasi kami...Amin ya Rabbal Alamin.

Akhirnya lebih kurang jam 12.00 tengah malam kumpulan kami sampai ke rumah masing-masing. Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah kerana memberikan kami kelapangan dan kesempatan untuk berjalan-jalan sempena cuti sekolah pada kali ini. Sesungguhnya percutian kali ini memang sungguh bermakna dan menghiburkan hati kami semua...In sya Allah..di lain waktu kami akan datang kembali. Wassalam

No comments:

Post a Comment