Thursday 26 September 2013

MAJLIS PENYERAHAN WATIKAH MEROTAN DAN PELANTIKAN PENGAWAS 2013 ( 200113)

BISMILLAHIRROHMANIRROHIM...
Barisan Lembaga Pengawas MKTJ 2013
Alhamdulillah ...dengan izinNya..Majlis Penyerahan Watikah Merotan dan Pelantikan Pengawas 2013 telah dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua rakan perjuangan yang bersama-sama mengembleng tenaga bagi menjayakan acara tahunan ini......

PENDAHULUAN

Seramai 63 orang pelajar SMK Tiram Jaya telah dilantik menjadi pengawas bagi sesi 201. Mereka terdiri daripada kalangan pelajar tingkatan 2 - 5 yang telah dipilih oleh guru Unit Disiplin melalui proses temuduga. Pelajar ini dilantik berdasarkan kecemerlangan akademik dan sahsiah.

 RASIONAL

Pengetahuan  dan persiapan bagi memahami tugas, tanggungjawab serta sahsiah sebagai seorang pengawas  perlu diberi  perhatian agar peranan dan sumbangan mereka untuk membantu mengawal disiplin di kalangan pelajar dapat dilaksanakan dengan jayanya.
            
MATLAMAT

Para    pengawas sekolah akan dapat membiasakan diri dengan tanggungjawab dan amanah yang telah diberikan dan dapat melaksanakannya selaras dengan aspirasi dan cita-cita Sekolah Menengah Kebangsaan Tiram untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani.
  
OBJEKTIF

         I.    Memperbaharui azam dan tekad untuk melaksanakan amanah dengan penuh dedikasi.

        II.    Mengembalikan dan menaikkan kembali semangat  pengawas .

       III.    Mempertingkatkan tahap disiplin di kalangan pengawas.

Berikut adalah AJK Induk dan AJK Pelaksana untuk majlis ini.

Ucapan Perasmian oleh En. Ab Aziz Asnawi

Pengerusi
En. Ab Aziz bin Asnawi
(Pengetua)

                                           Naib Pengerusi i      
Pn.Rohaida binti Maslan
(Penolong Kanan)

Naib Pengerusi ii
En. Ismail bin Sidek
(Penolong Kanan HEM)

Penyelaras
Tn. Hj. Mohamad Nasir bin Ismail

Setiausaha
Pn.Hjh. Siti Basroh bt Khayan

Pengacara Majlis
En. Mohd Ridzuan bin Kamarudin

PA. Sistem
En. Ismail binti Hj Mohd Yunus

Kawalan pengawas
Tn. Hj. Muslimin bin Fadzil
Pn. Norina bt Misbah
Pn.Radziah bt Ismail
Pn. Hjh. Halimah bt Sheikh Ahmad
Pn. Khadijatussaleha bt Selamat

Persediaan tempat
En. Tan Che Beng
En. Ishak bin Haini
En. Faham bin Kosiran
En. Muhammad Zuhairi bin Sukri

Sebelum acara Pelantikan AJK Tertinggi Pengawas Sesi 2013, telah diadakan satu acara yang tidak kurang pentingnya iaitu Penyerahan Watikah Merotan untuk para pentadbir dan semua guru Lembaga Disiplin Sesi 2013. Majlis telah disempurnakan oleh En. Ab Aziz bin Asnawi iaitu pengetua SMKTJ.
En. Tan Che Beng sedang menerima watikah merotan

Berikut adalah AHLI JAWATANKUASA TERTINGGI PENGAWAS SESI 2013

Barisan AJK Tertinggi Lembaga Pengawas 2013
Ketua Pengawas
Nur Hakimah bt Saidi

 Pen. Pengawas I
Nurshahidah bt Saleh

Pen. Pengawas II
Nurul  Fatin Nazwa bt Aslan

Setiausaha
Siti Hajar Irdhina bt Mohd Kharun

Pen. Setiausaha
Fatin Syamira bt Shamsull

Bendahari
Amrina Soleha bt Pramin

Pen. Bendahari
Najah bt Nor Muhamad Jun

AJK Tingkatan

Tingkatan 5 : Nuur  Atieqah bt Hanafi

Tingkatan 4 : Siti Hawa bt Mad Daud

  Tingkatan 3 : Mohamad Aidinur  Adha  bin Ahmad Yusof    
                         
Tingkatan 2 : Mohd Amreel Syakir bin Dahurin

  

Berikut adalah gambar-gambar sekitar majlis tersebut.

Pengawas Perempuan sedang berbaris
Pengawas lelaki sedang berbaris
Perarakan masuk pengawas
Ikrar Pengawas
Penuh semangat membaca ikrar

PENUTUP

Adalah diharapkan kepimpinan pengawas sesi 2013 dapat menunjukkan keterampilan diri yang cemerlang. Mampu menangani setiap masalah dengan penuh pertimbangan dan kematangan. Seterusnya dapat dijadikan role-model oleh pelajar-pelajar lain berdasarkan kecemerlangan daripada aspek sahsiah dan akademik.







No comments:

Post a Comment