Wednesday 25 September 2013

JAMUAN MAKAN MALAM PENGAWAS & PENGHARGAAN BUDI PENGAWAS TINGKATAN 5


ATURCARA MAJLIS

8.00 mlm -
Ketibaan Tetamu

8.15 mlm - 
Bacaan doa
Ucapan Ketua Pengawas 2012
Ucapan Ketua Unit Disiplin
Ucapan YDP PIBG
Ucapan Pengetua

9.00 mlm - 
Jamuan Malam
Persembahan multimedia
Cabutan Bertuah
Penyampaian Cenderahati dan Sijil

10.30 mlm - 
Majlis Restu Ilmu
Sesi fotografi

11.00 mlm - 
Bersurai
------------------------------------------------------------------------------------------
Pada tahun ini, terlalu banyak kenangan yang tercinta oleh guru-guru dan AJK Lembaga Disiplin kerana dapat merealisasikan banyak acara yang dirancang sebelum ini. Syukran  ya Allah kerana memudahkan urusan kami. Terima kasih yang tidak terhingga kepada rakan-rakan seperjuangan yanag bertungkus-lumus bagi memastikan acara pada malam tersebut dapat berlangsung dengan jayanya.

Teristimewa buat Kak Jat yang sentiasa bermotivasi dan mempunyai idea hebat dalam merancang acara ini sehingga ianya dapat dilaksanakan. Terima kasih kerana menghadiahkan kami kenangan yang begitu indah ini.

Barisan pentadbir yang telah memberikan sokongan padu sama ada dari segi moral mahupun material. Sesungguhnya sokongan kalian itu menaikkan lagi semangat dan azam kami agar dalpat melaksanakan amanah yang diberi dengan jayanya. Terima kasih kepada pengetua, En. Ab Aziz Asnawi, PK Pentadbiran, Tn. Hj. Che Bibodin bin Hj Omar, GKMP Bahasa, Pn. Hjh Halikah bt Osman dan GKMP Sains dan Matematik, Pn. Musliha bt Sabar kerana sudi datang memeriahkan lagi majlis kami. Tidak lupa kepada YDP PIBG iaitu Tn. Hj. Sidin bin Taukhit yang sudi menyokong permohonan kami untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM 400 dan seterusnya dapat hadir ke majlis kami ini.

Buat Ridzuan, tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga akak ucapkan di atas kerja keras dan usaha gigih yang diberikan dalam menyiapkan buku program dan juga persembahan multimedia. Maafkan akak sebab selalu mendesak untuk memberikan sesuatu yang terbaik bagi para jemputan kita. Yang pastinya akak memang kagum dengan hasilnya. Memang sungguh cantik.

Buku Program dan VCD ole-ole untuk para tetamu
Persembahan multimedia dan tuannya...

Terima kasih tidak terhingga buat guru-guru ahli Lembaga Disiplin yang sudi datang pada malam tersebut. Terima kasih Kak Halimah...mungkin inilah Jamuan Akhir Tahun Pengawas yang akak dapat sertai kerana akak akan bersara pada 1 Oktober akan datang. Semoga majlis ini akan meninggalkan memori indah buat akak di masa-masa akan datang.

Kenangan indah bersama Kak Halimah
Terima kasih buat Ustaz Nasir dan Cikgu Ishak Haini yang sudi datang dan menyumbang hamper untuk cabutan bertuah. Terima kasih juga buat Ustazah Rosmalinda yang sudi membantu bahagian hadiah dan sijil untuk Tingkatan 5 yang diraikan. Tidak lupa buat Deja dan Norina yang bersusah payah mencari hadiah cabutan bertuah walaupun dengan peruntukan yang terbatas. Buat gurulain yang ikut sama sekali dalam majlis ini, sebenarnya kami amat berbesar hati. Terima kasih Liza dan suami Azizi serta Arbaiyah kerana sudi memeriahkan lagi majlis kami yang tidak sepertinya ini. Semoga anda semua berpuas hati dengan layanan dan hidangan yang disediakan pada majlis tersebut.

Majlis berakhir lebih kurang pukul 11.15 malam. Semua murid balik dengan menaiki bas ke sekolah dan dipantau oleh Kak Jat. Terima kasih banyak-banyak kak Jat kerana sudi bersusah payah menunggu semua murid sehingga semuanya selamat diambil oleh ibu bapa masing-masing.

Saya bagi pihak Lembaga Disiplin SMKTJ ingin sekali mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlii. Jasa kalian amat dihargai dan akan dikenang selamanya. Ampun maaf dipinta andainya ada sebarang kekurangan. In sya Allah pihak kami akan cuba memperbaikinya di masa-masa akan datang. Wassalam

No comments:

Post a Comment