Saturday 19 October 2013

MAJLIS KORBAN SMKTJ

Alhamdulillah...pada tanggal 17 Oktober 2013 bersamaan 12 Zulhijjah 1434 H, pihak sekolahku telah mengadakan acara korban seperti tahun-tahun yang lalu. Tahun ini sebanyak 2 ekor lembu telah dapat dikorbankan hasil kerjasama guru-guru di sekolah ini.


Kerja-kerja melapah sedang dijalankan

Pagi-pagi lagi acara menyembelih lembu telah dapat dilaksanakan. Ini amat penting kerana pengurusan yang pantas akan memudahkan AJK Memasak Sup Tulang memulakan tugasan mereka dengan cepat supaya sup dapat dihidangkan pada masa yang telah ditetapkan. Tahun ini aku patut mengucapkan terima kasih pada Ustaz Saifullah kerana tidak meletakkan aku sebagai ketua tukang masak. Rasanya ramai lagi cikgu-cikgu lain yang berkebolehan...bagilah mereka pula peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing.

Tahniah kepada AJK Memotong dan Melapah Daging sebab mereka telah bertungkus-lumus melasanakan tugas yang diberi dengan begitu cekap sekali. Alhamdulillah dan terima kasih kepada anak-anak didik yang sudi membantu sama.


Kerja-kerja memotong daging sedang dijalankan


Tidak lupa ucapan terima kasih  buat geng memasak tulang sup yang diketuai oleh Kak Sariah, Kang Bohari, Kak Azmi, Faiz dan tak lupa sahabatku Ustazah Zaini dan guru-guru lain yang membantu dan bertungkus lumus sepanjang pagi bagi memastikan sup tulang special dapat disiapkan cepat agar ia dapat dinikmati oleh semua guru dan kakitangan sekolah menjelang jamuan makan tengah hari.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah mengambil bahagian dalam acara KORBAN pada tahun ini. Rezekinya melimpah untuk turut sama dinikmati oleh seluruh warga SMKTJ. Selain dapat menikmati hidangan sup tulang yang sungguh lazat... semua murid akan diberikan ole-ole nasi putih + daging masak lada hitam yang sungguh sedap. Hidangan special ini khas dimasak oleh pihak kantin yang diketuai oleh Kak Anidah Surip.
Daging black pepper lagi sedap bila dimasak di
bawah pokok bunga tanjung
Gaya tukang masak amatur...hihihi..
 Aktiviti masak-memasak daging masak lada hitam dan masak nasi disediakan oleh pihak kantin. Manakala aku dan geng AJK pembungkusan makanan akan membungkus makanan sebanyak 450 bungkus..anggaran bilangan anak didik yang hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Siap sudah daging masak lada hitam....
Daging masak lada hitam + kacang yang sedap..
Kerja-kerja pembungkusan telah dimulakan seawal jam 12.00 tengahari. Terima kasih ditujukan buat murid perempuan tingkatan 3 berlian dan 3 zamrud yang telah membantu membungkus makanan.Alhamdulillah nasi dan daging memang mencukupi untuk dibuat bungkusan dan untuk jamuan guru...Semua anak didik SMKTJ dapat menikmati juadah yang lazat ini walaupun mungkin lauknya agak jimat cermat. Apapun...bersyukurlah di atas rezeki yang Allah berikan.





Menjelang pukul 1.00 tengah hari semua kerja-kerja pembungkusan tlah dapat dibereskan.Inilah yang dinamakan berkat kerjasama....Segala yang payah akan menjadi mudah dan segala yang berat akan menjadi ringan.  Murid-murid telah dipanggil untuk mengambil makanan tepat pada jam 1.30 tengah hari. Ada sebilangan murid yang terus menikmati hidangan di sekolah dan sebahagian besarnya menikmatinya di rumah. Bungkusan yang ada memang ngam-ngam betul dengan bilangan murid...syukur ya Allah. Semua guru dan kakitangan sekolah juga dapat menikmati jamuan makan tengah hari di kantin. Menu istimewa ialah nasi daging ( idea Kak Anidah tokey kantin), daging masak lada hitam + kacang dan sup tulang special. Tak lupa terima kasih kepada Pn. Masringah yang telah menyumbang air limau asam boi yang betul-betul kaw...Mereka memang betul-betul menikmati hidangan yang disediakan..Aku tumpang seronok je...Bila dah penat makan pun dah tak lalu...lagi-lagi bau sup lembu...peningku datang lagi...

Apapun aku bersyukur sangat kerana semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang selalu ringan tulang untuk membantu . Semoga apa yang kita lakukan ini akan dinilai sebagai amal jariah untuk bekalan kita di hari kemudian. Hanya padaMU kami berserah dan hanya padaMU kami menyembah...Aamin

No comments:

Post a Comment