Wednesday 5 December 2012

KENANGAN AISYAH HUMAIRA DI SRA SG TENGI KANAN

Anakku, Aisyah Humaira'...maafkan ayah dan ibu kerana terpaksa mengambil keputusan untuk memindahkanmu dari SRAI BB Kuala Selangor ke sekolah baru yang berhampiran dengan rumah kita iaitu SK Dato' Manan dan SRA Sungai Tengi Kanan. Ibu tau..perpisahan dengan teman-teman amatlah memilukan. In sya Allah ..lama kelamaan kau akan biasa dan akan temui penganti rakan yang baru.

Tahniah anakku walaupun terpaksa berpisah dengan kawan-kawan di sekolah lama namun kau masih mampu bertahan dan seterusnya mengukir kejayaan mendapat MUMTAZ ( 91.8% )pada peperiksaan PSRA yang lalu...
Muka Aisyah ada pada banner yang memperolehi keputusan MUMTAZ..Tahniah anakku
Aisyah adalah antara 11 orang pelajar yang mendapat keputusan MUMTAZ.
Aisyah sedang beratur untuk menerima hadiah.
Aisyah sedang menerima hadiah daripada Penyelia Dun SG Burong iaitu Ustaz Judi
Aisyah selepas menerima hadiah...
Bergambar kenangan bersama rakan-rakan selepas acara penyampaian hadiah.
Bergambar kenangan berdua selepas acara penyampaian hadiah. Terima kasih anakku...berkat kejayaanmu, kita berdua berpeluang mengikuti rombongan ke LANGKAWI dan PADANG BESAR pada 27-28 Nov yang lepas....

No comments:

Post a Comment