Wednesday 5 December 2012

KEMBARA LANGKAWI ( 27-28 NOV )

Tepat jam 11.00 pm 26 Nov yang lepas aku dan anakku, Aisyah telah mengikuti rombongan SRA Sg Tengi Kanan ke LANGKAWI dan PADANG BESAR. Tak kusangka aku berpeluang ke sana lagi tapi itulah yang dinamakan rezeki. Terima kasih Aisyah..berkat kau mendapat MUMTAZ kau telah memperolehi hadiah menglancong ke Langkawi. Secara tidak langsung ibu pun dapat tempiasnya...Syukur...syukur... Maafkan ibu ya Anak-anakku yang lain kerana tidak dapat membawa kalian brsama kerana tidak ada tempat duduk lagi buat kita sekeluarga... InsyaAllah dilain kali andai ada rezeki kita akan pergi bersama-sama ya...
Di hadapan bangunan kereta kabel...Tempat pertama yang dilawati selepas acara sarapan
Bergambar sambil menunggu untuk naik kereta kabel... Cuaca memang agak terik ditambah pula dengan bilangan pelawat agak ramai. Oh...lamanyalah nak tunggu turn baik kereta kabel...sabor jelah
Pemandangan indah dari dalam kereta kabel....Asyik rasanya menyaksikan pemandangan laut yang indah dari dalam kereta kabel..
Di dalam kereta kabel.... Alhamdulillah bila dh kali kedua ni dh tak rasa gayat sangat yang ada cuma rasa seronok dan gembila ...
Kenangan bersama rakan-rakan di atas menara... Saja bergaya santai-santai sambil duduk-duduk menikmati panorama yang mengasyikkan...
Di atas menara, bergambar berdua dengan Aisyah...
Rasa gayat juga bila tengok kereta kabel lain... Rasa takjub pun ada bila memikirkan macamana mereka menyambung kabel-kabel ni dari satu gunung ke satu gunung...
Pemandangan air terjun yang indah..... Boleh dilihat sahaja dari kejauhan...
Aisyah dan rakan-rakannya yang mendapat keputusan MUMTAZ bergambar kenang-kenangan bersama di atas menara...
Tempat kedua yang dilawati ialah BERAS TERBAKAR...ingatkan kawasan bersejarah...rupa-rupanya tempat membeli belah pakaian dan perhiasan yang menawarkan harga berpatutan..
Bergambar kenangan dengan Ustazah Hasnah dan Ustazah Sumiah. Lega rasanya kerana aku telah mendapatkan ole-ole untuk cik abg dan anak-anak lelakiku...Tak lupa buat diriku sendiri..Rugi kalau tak membeli...
Destinasi seterusnya ialah KILIM GEOFOREST PARK....Tempat yang sungguh istimewa..
Kelihatan deretan bot-bot yang bersiap sedia untuk membawa pelancong yang datang. Anggaran harga untuk sebuah bot ialah RM 250. Namun kalau dikira berdasarkan individu lagi untung. Bayaran untuk org dewasa ialah RM 20 dan untuk kanak-kanak hanya RM 10 sahaja.
Bersiap sedia menaiki bot untuk meneroka kindahan dan keunikan KILIM GEOFOREST PARK
Papan tanda keselamatan KILIM GEOFOREST PARK untuk peringatan semua pengunjung yang datang ke sini...
Aisyah...Hani dan Tasha di bahagian paling hadapan bot....
Duduk di baris kedua paling tepi...bersama Ainur Izzati dan ibunya... Leka menikmati pemandangan yang indah sepanjang perjalanan...
Antara pemandangan indah sepanjang perjalanan...
Melawat kolam ternakan ikan...sedang menunggu seekor ikan pari betina yang di panggil FATIMAH timbul dipermukaan...nampaknya ikan tersebut masih malu-malu untuk muncul di hadapan kami..
Kenangan berdua dengan Aisyaj di kawasan kolam ternakan ikan..macam-macam ikan ada.. Belangkas pun ada...
Dalam perjalanan balik...sungguh gembira rasanya dapat melalui pengalaman ini...Laut adalah kesukaanku yang amat sangat... Sungguh sayang kerana aku tidak dapat mengabadikan kenangan ketika melawat ke Gua Kelawar kerana bateri kamera dan telefonku telah habis...sedih betul rasanya... Acara seterusnya ialah shopping di IDAMAN SURI DAN HJ ISMAIL GROUP..Sempatlah aku menyambar VISION dan COMFORTER impianku... Aduyai....Kena jimat-jimatlah juga ni...Nanti nak beli coklat lagi... Duit..duit..senangnya habis ya...
Masih sempat window shopping di Kedai Hj Ismail Group di Jeti Kuah sewaktu menunggu untuk menaiki feri pada pagi 28 Nov...
Aduh...cantik-cantiknya set vantage yang aku impikan...apa nak buat..duit pun tak berapa ada...Insya Allah lain kali ada rezeki bolehlah ku bawa balik...
Set NORITAKE yang hebat...Melihat harganya je aku dah berundur...Maunya tidak..Harganya satu set lebih kurang dengan sama jumlah gajiku sebulan...Takpelah dapat tengok je pun jadilah...
Aisyah sempat bergambar sebelum menaiki feri...
Pemandangan lautnya memang sungguh mempesonakan...
Timbunan beg di belakang feri..
Di dalam feri untuk kembali ke Kuala Perlis..Bye-bye Langkawi...
Kenangan di LANGKAWI mmg sungguh indah..walau sekejap cuma tapi banyak tempat-tempat menarik telah dilawati...InsyaAllah ada rezeki pasti aku akan kembali lagi ke sana bersama keluargaku...

No comments:

Post a Comment