Sunday 1 January 2012

ANAK SAUDARA BARU.....


2 hari menjelang tahun baru, keluarga suamiku menerima perkhabaran gembira kerana menerima ahli keluarga baru. Fahmi dan isterinya Atul mendapat cahaya mata pertama, seorang bayi perempuan yang comel yang dilahirkan secara pembedahan. Anakk-anakku menerima seorang sepupu perempuan yang masih belum bernama lagi. Kini jumlah cucu di pihak suamiku bertambah dari 11 orang kepada 12 orang. Keluargaku setakat ini paling ramai (4 orang lelaki dan seorang perempuan), Kak Izah (2 orang perempuan dan seorange lelaki), Kak Yah (hanya seorang anak perempuan dan Fahimah (2 orang anak perempuan)

Kebetulah semalam (31 Dis),kami sekeluarga berkesempatan menziarahi adik iparku Atul, dan baby girlnya yang sungguh comel dan baik sangat. Nasib ada Kak Yah dan Abang Asmon yang emenunjuk jalan arah ke Hospital Ampang Puteri. Kalau tidak alamat sesatlah kami dibuatnya.

Anak-anakku happy sesangat bila dapat emelihat sepupu barunya. Habislah babynya dikerjakan. Sampai naik sesak dibuatnya. Maklumlah keluarga kami sudah lama tiada baby. Anakku yang last setakat ini sudah berumur 7 tahun.Jadinya kalau nampak baby, anak-anakku memang suka sangat lebih-lebih lagi Aisyah yang sememangnya mendambakan adik perempuan untuk dijadikan teman sepermainan. Alhamdulillah baby ni baik sangat sebab tak mudah menangis walaupun suasana agak bising dan kelam kabut.


Aku sebenarnya suka sangat untuk nak dapat baby lagi apakan daya suamiku tidak berminat. Katanya cukuplah 5 orang yang ada setakat ini. Bukan bilangan yang banyak itu bagus, tapi yang penting adalah untuk memastikan semua 5 orang yang ku miliki kini dapat memperolehi kejayaan, kebahagiaan dan keberkataan dunia dan akhirat. Bukan mudah sebenarnya untuk mendidik anak-anak pada masa kini kerana cubaan dan dugaannya amat banyak. Akhirnya aku pun terpaksa bersetuju dengan kata-katanya itu.


Alhamdulillah setelah puas menatap baby girl yang baru, kami pun pulang ke Tanjong Karang. Perjalanan agak lancar walaupun GPS tidak dapat berfungsi sebab bateri lemah. Allah mempermudahkan perjalanan kami dan alhamdulillah kami sampai ke rumah lebih kurang pukul 11.00 malam

No comments:

Post a Comment