Keputusan PMR 2010 telah diumumkan pada hari Khamis bersamaan 22 Disember yang lepas. Seminggu sebelum itu Pn. Rohaidah selaku Guru Penolong Kanan telah menelefon aku agar datang ke sekolah pada hari tersebut untuk menguruskan slip peperiksaan untuk kelasku yang tersayang iaitu kelas 3 Nilam (kelas paling hujung).
Seawal jam 10.00 pagi aku telah bersedia untuk melihat keputusan keseluruhan PMr dan tentulah yang lebih utama aku ingin sekali melihat keputusan mata pelajaranku iaitu KHB ERT. Dub dap dup dap juga ku dibuatnya. Sebaik aku melangkah ke bilik mesyuarat, rasa kesyukuran ku panjatkan ke hadrat Illahi kerana memberikan aku hadiah keputusan yang cemerlang untuk mata pelajaranku. Alhamdulillah seperti tahun lepas, aku masih dapat mengekalkan keputusan 100%. Lebih membanggakan, terdapat peningkatan jumlah muridku yang mendapat A iaitu seramai 26 orang berbanding 20 orang tahun lepas dan 25 orang pada tahun 2009. Namun begitu terdapat penurunan dari segi gred puratanya iaitu 2.27 berbanding tahun lepas 2.16 dan tahun 2009 sebanyak 2.00. Apapun aku sangat bersyukur kerana Allah mengurniakan kejayaan buat anak-anak didikku. Kejayaan mereka merupakan kebahagian buatku.
Sekalung tahniah cikgu berikan buat 26 orang murid yang mendapat A untuk mata pelajaran KHB. Mereka adalah:
1) Anis Farhanaquyah Bt Anuar
2) Norshahidah bt Mohd Salleh
3) Nur Ainaa bt Abdul Rashid
4) Nur Hafifa Hazza
5) Nur Hakimah bt Saidi
6) Nur Safiqa bt Zaini
7) Nurazuwa bt Hussin
8) Nurul Shafika bt Nasir
9) Siti Maizatul Akmal bt Tamanuri
10) Siti Nurfallah bt Norzin
11) Zahin Annura bt Mohamad Komarun
12) Zakiah Safitri
13) Ainur Fitria bt Mohd Nazrum
14) Anis Syamimi
15) Masrul Ain
16) Nadiera bt Mahfuz
17) Nur Farah Izzati bt Samsul Kamal
18) Nur Liyana bt Rusli
19) Pua Ke Yong
20) Siti Amynina Najihah bt Mohd Rosty
21) Siti Kholisma bt Ali Fadilah
22) Siti Minah bt Halip
23) Siti Nor Mawardah
24) Siti Sarina bt Jalal
25) Tan Chiu Woon
26) Umi Amira bt Wagiman
Pelajar terbaik sekolah ialah Pua Ke Yong yang memperolehi 7A 1B dan Nur Ainaa bt Rashid yang memperolehi 7A 1B 1C. Secara keseluruhannya keputusan sekolahku ada sedikit peningkatan. Beberapa mata pelajaran mengekalkan keputusan 100% iaitu KHB ERT, KHB PERTANIAN dan BAHASA ARAB.Beberapa mata pelajaran meningkat naik antaranya BAHASA MELAYU, BAHASA INGGERIS, PENDIDIKAN ISLAM, MATEMATIK, SAINS dan KHB TEKNIKAL. Manakala beberapa mata pelajaran menurun keputusannya iaitu mata pelajaran GEOGRAFI, SEJARAH dan BAHASA CINA. Yang pasti barisan para guru telah berusaha sedaya upaya untuk memberikan yang terbaik untuk anak-anak didik yang dikasihi. Kita hanya mampu berusaha, yang selebihnya Allah yang berkuasa.
Sesi persekolahan 2012 bakal bermula tidak lama lagi. Moga aku akan sentiasa istiqamah untuk mendidik anak didikku dengan penuh keikhlasan, ketekunan dan memberikan mereka yang terbaik agar mereka akan memperolehi kejayaan yang cemerlang. InsyaAllah.
No comments:
Post a Comment