Sunday, 11 December 2011

CUTI-CUTI DI PANTAI REMIS, JERAM



Setiap kali cuti sekolah, aku dan keluarga memang suka nak bercuti-cuti menenangkan fikiran lebih-lebih lagi di hujung tahun begini. Maklumlah sepanjang tahun mecam-macam peristiwa dan asam garam kehidupan yang telah dilalui kekadang membuat hatiku berduka ada masanya pula kelam kelibut dibuatnya. Cuti sekolah yang panjang ini sebenarnya anugerah yang sangat bernilai kepadaku, suami dan anak-anak. Pada masa ini kami dapat berkumpul bersama dan bebas melakukan aktiviti yang disukai tanpa perlu kelam kelibut mengikut jadual persekolahan seperti selalunya. Oh... bahagianya hidupku rasakan.

Hujung tahun ini, memandangkan perbelanjaan kami agak terhad kerana sedang mengubahsuai rumah kami, maka kami hanya berjalan dan bercuti-cuti sekitar daerah kami sahaja. Walaupun dekat, tapi rasanya amat berbaloi kerana kami happy sangat.
Pada hari Rabu yang lepas (7 Dis ), Keluarga kami, keluarga Fahimah, mak mertua serta keluarga kak Fathiah telah berjanji untuk berkelah di Pantai Remis. Agenda utama adalah untuk bermain layang-layang. Sepagi itu aku punyalah kelam kelibut menyediakan kelengkapan untuk pergi berkelah. Nasih anak-anakku sudah agak besar, jadi mereka bolehlah menyediakan keperluan diri masing-masing. Mak Mertuaku telah mengagihkan tugasan memasak kepadaku untuk membawa ayam goreng rangup sebanyak 2 ekor. Semasa memasak lagi anak-anakku dan anak-anak buahku telah meratahnya dengan begitu lahap sekali. Biarlah, nanti diorang juga yang akan memakannya pun.

Paling kelakar, sewaktu aku ingin mengambil anakku Aisyah yang aku titipkan di rumah Kak Adah selepas balik dari tiusyen sekolahnya, tanpa disangka-sangka bateri kereta suamiku konglah pulak. Cuba start dua tiga kali pun tak berjaya. Akhirnya kami meminta pertolongan dari anak saudaraku Afif untuk mengecas baterinya. Siap pukul lima katanya. Terpaksalah kami menunggu dua jam setengah lagi. Anak-anakku kesedihan kerana sudah tidak sabar untuk bermain layang-layang dan bermandi manda. Hidangan untuk berkelah juga kami keluarkan dan makan di rumah kak Adah sebab perut pun dah mula berkeroncong. Sambil-sambil tu aku layan cerita Bella Calamidades. Redho ajelah....

Pukul 5.30 petang kami sampai ke Pantai Remis, Jeram. Anak-anak keriangan dan terus bermain air dan ada yang bermain layang-layang. Aku dan suami hanya duduk memerhati. Namun hatiku begitu berbunga melihat laut luas dan desiran ombak juga pemandangan laut diwaktu petang. Walaupun pantainya tidak begitu indah tetapi bagiku, waktu yang kulalui bersama suami dan anak-anak begitu bermakna. Tidak lama kemudian Fahimah, Kak Yah dan anak-anak mereka turut serta. Makin meriahlah jadinya.

Hampir pukul 7.00 malam kami pulang ke tempat penginapan iaitu di Pantai Indah Bayview Resort yang letaknya berdekatan untuk bersiap-siap solat Maghrib dan selepas itu ada acara BBQ. Kami menginap di bilik No 1, Tingkat 9, Blok 1 (menghadap laut). Selepas Isyak kami pun bertolak ke tepi pantai untuk acara BBQ. Ada grup lain yang telah memulakan acara ini lebih awal.


Jenuh juga kami nak menghidupkan bara untuk memanggang ikan, sotong dan udang yang telah diperap oleh Fahimah. Habislah segala daun-daun kering dan surat khabar yang dibakar namun hasilnya tidak memberangsangkan. Akhirnya dengan muka berani, Kak Yah meminta jasa baik grup sebelah untuk memberi sedikit minyak diesel mereka. Selepas menggunakan minyak tersebut barulah kami berhasil menghidupkan bara. Kalau tak, alamat satu malam kami mengipas-ngipas tanpa hasil. Tanpa melengahkan masa kami pun terus memanggang semuaikan, sotong dan udang. Harumnya bau. Masing-masing bekerjasama untuk mengipas. Punyalah lama persediaan untuk menyediakan bara, namun bila bab makannya sekejap je. Rasa macam tak berapa berbaloi tapi yang pentingnya kami semua sangat enjoy.

Esok paginya pagi-pagi lagi kami telah bersarapan...sandwich jelah yang senang dengan air teh 'O'. Laju je diorang makan. Maklumlah semangat nak pergi berenang di kolam renang. Apakan daya hujan turun beserta guruh berdentum membantutkan hasrat kami semua. Dengan berat hati terpaksalah rancangan untuk mandi manda terpaksa ditunda. Walaupun tak dapat mandi di kolam renang tetapi mereka mandi manda di 'bath tub' yang ada kat bilik. Mujur ada pengganti.

Alhamdulillah, lebih kurang pukul 10.00 pagi, hujan agak reda. Kami pun apa lagi teruslah terjun dengan riangnya. Aku yang dah lama tak berenang ni pun sakanlah dibuatnya. Anak-anak betul-betul gembira. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan kedatangan sekumpulan lotong yang cuba untuk mengambil makanan kami. Haru biru dibuatnya kami cuba menghalau mereka. Masing-masing keluar dari kolah renang untuk menyelamatkan barangan masing-masing. Oleh kerana, sudah kesejukan dan telah puas berenang maka kami mengambil keputusan untuk naik ke bilik sahaja.

Lebih kurang pukul 12.30 tengah hari kami bertolak pulang. Hujan semakin lebat membantutkan hasrat kami untuk bermain layang-layang lagi di tepi pantai. Bukan rezeki anak-anakku agaknya. Insya-Allah aku berjanji pada mereka akan datang lagi lain kali.

No comments:

Post a Comment