Sunday, 25 December 2011

PERKAHWINAN NORA & LOKMAN (SEPUPU)

Hari ini bersamaan 25 Disember, adalah hari perkahwinan sepupuku iaitu Nora dan pasangannya Lokman.Nora merupakan anak Paman Masngot dan Bibik Salmiah yang ketiga daripada 5 orang adik beradik. Nora melangkah bendul dua orang kakak kembarnya iaitu Faridah dan Faizah. Tidak mengapalah. Jodoh, ajal maut semuanya ketentuan yang maha Esa. Maka andainya jodoh kita telah tiba, bersyukurlah. Andainya jodoh masih belum ada maka berusahalah sambil berdoa agar Allah ketemukan kita dengan pasangan yang sesuai dan sekufu.

Sebelum itu, seawal jam 10.00 pagi aku dan anak perempuanku Aisyah, menghadiri jemputan Kak Azmi yang mebuat majlis bersunat untuk anaknya yang kedua. Selepas itu aku pun beregegas ke rumah Pamanku ini yang terletak di Blok D, Sawah Sempadan. Di sana sudah ramai saudara maraku yang yang telah tiba.

Riuh rendah kami dibuatnya. Gembira sungguh rasanya kalau dapat berkumpul bersama sambil bertukar-tukar cerita. Nuning dan anak-anaknya maintain macam selalu. Sekarang ini sedang menyambung pelajaran. Syabas Nuning, teruskan usahamu sehingga berjaya.

Bibik Kamariah...rindu sungguh aku padanya. Walaupun dia makcikku, tapi dia sebaya denganku. Kiranya geng baik punya. Seperti aku, bibik juga seperti apam yang naik cukup sewaktu musim cuti sekolah ini. Bibik berhajat sekali menunaikan umrah pada tahun ini dengan Paman Khafi setelah permohonan untuk menunaikan haji pada tahun ini ditolak di saat-saat akhir. Aku sesungguhnya sangat memahami keinginan dan kerinduan Bibik kepada Bumi Mekah dan Medina.

Eli dan Jamil sekeeluarga tiba selepas kami. Dia akan mengikuti suaminya yang akan bekerja di Calgary, Kanada pada bulan dua nanti. Mungkin ini pertemuan terakhir kami sebelum dia dan keluarganya berhijrah ke sana. Sekurang-kurangnya mereka sekeluarga akan tinggal di sana untuk tempoh 2 tahun. Eli sanggup berhenti kerja semata-mata untuk mengikut suaminya berhijrah.

Lela, suami dan anak kecilnya Fazli datang tidak lama kemudian. Tidak banyak yang kami ceritakan kerana anaknya merengek kerana mengantuk. Umi isterinya Madi datang dengan ramah tamahnya seperti selalu. Lama sungguh tidak berjumpa kerana mereka sekeluarga tinggal jauh di Kota Tinggi. Hanya musim cuti sekolah mereka akan balik ke sini.

Pengantin tiba tika jam menghampiri jam 1.00 petang. Pasangan pengatin dampak sepadan dan secocok dengan persalinan rona peach. Tidak lama setelah pengantin tiba, akupun balik ke rumah sambil menumpangkan Kang Alin, Kak Su dan Farah balik ke rumah sawah.

Apapun aku gembira kerana dapat berkumpul bersama-sama keluarga seebelah bondaku. Alhamdulillah Mbah Paijam iaitu Mak Tiri bondaku telah sihat semula setelah diserang penyakit strok pada awal tahun lepas.Aku lihat dia sudah boleh berjalan dan bercakap dengan elok semula seperti dahulu. Daripada 7 orang adik beradik, hanya tinggal 3 orang sahaja yang masih hidup. Paling awal Bibik Ibah, meninggal tahun 2000 ketika aku dalam pantang Aisyah. Paman Muhammad meninggal tahun 2004, Paman Haiti tahun 2008 dan arwah bondaku pada tahun lalu. Kini hanya tinggal Bibik Asiah, Paman Masngot dan Bibik Misnah yang tinggal.

Kepada merekalah aku mencurahkan kasih sekarang. Melihat mereka bagaikan aku melihat bondaku sendiri. Kalau boleh aku ingin melayan orang-orang yang disayangi oleh bondaku dengan sebaik-baiknya. Hanya ini yang dapat aku lakukan tanda kasih dan sayangku pada bondaku...

No comments:

Post a Comment