Assalamualaikum ......
Sedari pagi suamiku mengingatkan aku agar tidak lupa menyediakan bubur Asyura yang disukainya pada hari ini. Setiap tahun aku tidak pernah lupa untuk menyediakan bubur Asyura pada setiap 10 Muharam. Tiada sebab yang kukuh mengapa, namun ianya seperti mengikut amalan yang telah sebati sejak turun temurun. Sementelah rasa bubur Asyura ini memang amat aku sukai.
Bulan Muharram merupakan bulan pertama dalam kalender bulan Islam iaitu Hijrah yang diambil sempena peristiwa hijran Nabi Muhammad S.A.W daripada Makatul Mukarramah ke Madinatul Munawarah. Banyak keistimewaan bulan ini lebih-lebih lagi pada 10 Muharram.
Bertanya para sahabat: " Wahai Rasulullah, Apakah kelebihan 10 Muharram berbanding dengan hari-hari yang lain?"
Sabdanya :
* Allah menciptakan langit, bintang dan sebagainya pada 10 Muharram.
* Allah menciptakan gunung-ganang pada 10 Muharram.
* Diciptakan lautan pada 10 Muharram.
* Diciptakan Qalam ( pena untuk menulis amal manusia ) pada 10 Muharram.
* Diciptakan papan tulis ( Luh Mahfuz )pada 10 Muharram.
* Diciptakan Adam a.s. pada 10 Muharam.
* Dimasukkan Adam a.s. ke syurga pada 10 Muharram.
* Dilahirkan Ibrahim a.s. pada 10 Muharram.
* Diselamatkan Ibrahim a.s. dari api Namrud pada 10 Muharram.
* Diselamatkan anaknya Ismail a.s. dari sembelihan pada 10 Muharram.
* Ditenggelamkan Fir'aun pada 10 Muharram.
* Dilahirkan Isa a.s. pada 10 Muharram.
* Dikeluarkan Idris a.s. dari perut ikan nun pada 10 Muharram.
* Disembuhkan penyakit Ayub a.s. pada 10 Muharram.
* Diangkat Isa a.s. ke langit pada 10 Muharram.
* Dianugerahkan takhta kerajaan kepada sulaiman a.s. pada 10 Muharram.
* Diciptakan Arasy pada 10 Muharram.
* Awal-awal hujan yang turun dari langit pada 10 Muharram.
* Awal-awal rahmat yang diturunkan pada 10 Muharram.
* Diselamatkan bahtera Nuh a.s. daripada tenggelam pada 10 Muharram.
Bersempena kedatangan 10 Muharram juga kita digalakkan untuk menambahkan pahala dengan melakukan amalan-amalan sunat antaranya :
1. Melapangkan masa/ belanja anak isteri. Fadilatnya - Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.
2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya - Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.
3. Menahan marah. Fadilatnya - Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan orang yang diredhoi.
4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya - Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.
5. Menyapu/ mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang diusapnya.
6. Bersedekah. Fadilatnya - Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.
7. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya - Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.
8. Mandi sunat. Fadilatnya - Tidak sakit (sakit berat) pada tahun ini. Lafaz niat: "Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala".
9. Bercelak. Fadilatnya - Tidak akan sakit mata pada tahun itu.
10. Membaca Qulhuwallah sehingga 1000 X. Fadilatnya - Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.
11. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya - Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: "Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala". Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatehah dibaca Qulhuwallah 11X.
12. Membaca " has biallahhu wa nik mal wa keel, nikmal maula wa nikmannaseer". Fadilatnya - Tidak akan mati pada tahun ini.
13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadilatnya diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.
14. Puasa. Niat :"Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala". Fadilatnya - Diberi pahala seribu kali haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.
Sesungguhnya terlalu banyak pahala yang boleh kita kaut sendainya hati kita sentiasa lunak untuk mengikuti sunah-sunah Nabi Muhammad s.a.w dan juga suruhan Illahi. Apakandaya, pada hari ini aku tidak dapat mengerjakan amalan puasa disebabkan masalah orang perempuan. Namun aku bersyukur kerana dapat menyediakan hidangan berbuka puasa buat suamiku yang telah mula berpuasa semenjak 1 Muharram tempohari. Hari ini merupakan kemuncak puasa Muharramnya dan aku amat gembira kerana dapat menyediakan bubur Asyura kesukaannya. Aku berdoa agar Allah memberkati usaha murniku itu...Amin.
Dari Aisyah r.a. katanya, " Biasanya orang Quraisy pada masa Jahiliyah berpuasa pada hari Asyura dan Nabi S.A.W pun berpuasa ketika baginda tiba di Madinah. Baginda juga berpuasa pada hari Asyura dan menyuruh orang lain berpuasa juga". (HR Muslim)
Dari Salamah bin Akwa r.a dia menceritakan bahawa Rasulullah S.A.W mengutus seorang lelaki suku Aslan pada hari Asyura dan memerintahkan kepadanya supaya mengumumkan kepada orang ramai, "Sesiapa yang belum puasa pada hari ini hendaklah dia berpuasa dan siapa yang telah terlanjur makan hendaklah dia puasa juga sejak dia mendengar pengumuman ini sampai malam". (HR Muslim)
Dari Abu Qatadah Al - Anshari r.a katanya Rasulullah S.A.W ditanya orang tentang puasa hari Arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Dapat menghapuskan dosa tahun lalu dan tahun yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari Asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "Dapat menghapus dosa tahun yang lalu".(HR Muslim)
Segala yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T, dan yang buruk itu adalah datangnya dari kelemahan diri ini sendiri...Wallahualam.
No comments:
Post a Comment