Kenangan indah bersama teman seperjuangan..... Kenanga, Siti Basroh, Anidah, Cikgu Hasnah, Hani, Kak Jasimah, Kak Salwati dan Misnah |
Alhamdulillah...akhirnya
Majlis Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dan Majlis Perpisahan Pn. Rohaidah
Maslan bersama murid-murid dapat dilaksanakan akhirnya pada hari Jumaat
bersamaan 14 Jun 2013. Walaupun banyak dugaan dan cabaran dalam menjayakan majlis
ini...akhirnya ia dapat dilaksanakan berkat berjasama dan pengorbanan semua
pihak yang telah dipertanggungjawabkan dalam menjayakan majlis ini.. Selama
seminggu ini...kami pihak AJK telah bertungkus lumus berganding bahu bagi
memastikan perjalanan majlis yang dirancang akan berjalan lancar.
Menerima hadiah beg tangan Bonia dari murid-murid SMKTJ |
Terima kasih yang tidak
terhingga buat teman-teman seperjuangan yang telah membantu tanpa jemu...walau
keletihan...walau kepayahan..walau dalam kelesuan. Maafkan diri ini yang sering
meminta pertolongan atau dengan kata lain memaksa dalam kelembutan kepada
kalian. Tidak berniat untuk melakukan sedemikian tetapi sebenarnya aku amat
percaya dengan kebolehan dan dedikasi kalian.
Terima kasih Kak
Jat...sebab sanggup bersusah payah merancang dari awal dan mengumpul
hadiah-hadiah istimewa dari semua kelas untuk diserahkan kepada guru dan
pembantu guru kelas masing-masing. Walaupun dalam paksa rela..akhirnya semua
kelas telah dapat menghantarnya walaupun di saat-saat akhir. Apa yang kita mahu
sebenarnya adalah untuk mendidik murid-murid kita untuk menghargai guru
masing-masing. Sama ada ikhlas atau tidak...biarlah Allah yang menilainya...
Buat Ridzuan...berjuta
kemaafan akak pohon sebab telah memaksa dirimu untuk menjadi penyelaras bagi
majlis ini. Walau dalam ketidaksukaan kau sanggup menerimanya juga sehingga
demam-demam dibuatnya. Akak tau memang akak salah sebab merancang di saat-saat
akhir. Tapi akak sebenarnya percaya , kau boleh
melaksanakannya....Alhamdulillah.. semua yang dirancang dipermudahkan oleh
Allah dan akak sangat bersyukur. Terima kasih Ridzuan. Hanya Allah yang dapat
membalas segala pengorbananmu itu...
Terima kasih kepada
Cikgu Hasnah Husin dan pengawas PSS yang telah bertungkus lumus menyediakan
pentas yang indah dan ceria. Juga buat Pn. Norina Misbah dan Pembimbing Rakan
Sebaya yang telah menguruskan persiapan pentas. Jasa kalian amat
dihargai...Tanpa kalian, pastianya majlis ini tidak dapat dijayakan
dengan sepenuhnya.
Terima kasih Ustaz Yusri
dan rakan-rakan yang sanggup bersusah payah menunggang kuda ke sekolah demi
untuk membuat gimik seperti yang dikehendaki oleh pihak kami. Segala kerjasama
kalian amat kami hargai. Tahniah kepada pengetua yang telah memberanikan diri
untuk mencuba menunggang kuda...
Buat semua AJK pengawas,
setinggi-tinggi terima kasih cikgu ucapkan di atas usaha dan kerjasama kalian.
Walaupun acapkali dibebel....tapi kalian masih tetap senyum sokmo...Semangat
kerjasama yang kalian tunjukkan amat cikgu kagumi. Semoga kalian akan terus
bekerjasama dan berusaha untuk menaik tarafkan lagi perkhidmatan pengawas di sekolah
kita...
Terima kasih juga kepada
Cikgu Ishak Haini selaku Pengerusi Kelab Guru yang sanggup menaja sarapan di
kantin...Alhamdulillah semua guru dapat menikmati roti canai yang lazat yang
dijodohkan dengan air Teh 'O' yang sedap. Bila perut dah kenyang barulah rasa
seronok nak menyambut hari guru...
Terima kasih juga kepada
kumpulan 'Pot Luck' untuk bulan Mei/ Jun ( Kak Anidah, Kak Jasimah, Kak
Zawiyah, Umi Rasidah, Zaini, Husna, Kalai, Cikgu Rosli, Ainil, Diri sendiri)
kerana telah menaja jamuan makan tengahari pada hari ini. Menunya juga sungguh
lazat...apalagi bila dimakan waktu perut lapar.... Awesome sangat...Nasi hujan
panas+ Ayam masak kurma + sambal udang + daging masak hitam + sayur acar mentah
+ sayur campur + jeli kelapa + kek lobak (telah di sponsor oleh Kak Halimah )
-Terima kasih banyak ya Kak. Moga lebih murah rezeki dan diberi kejayaan,
kebahagiaan dan keberkatan dalam hidup. In sya Allah.
Seusai majlis berakhir...kupanjatkan setinggi-tinggi kesyukuran kepadaMu Ya Allah kerana memberi kelancaran pada perjalanan majlis ini. Semoga semua warga SMK Tiram Jaya berpuashati dengan apa yang telah dipersembahkan dan mohon maaf di atas segala kekurangan. Yang baik hanyalah dari Allah dan yang buruk itu adalah datangnya dari kelemahan diri sendiri...Wassalam
Rasanya tidak sah sesuatu majlis kalau tidak ada sesi bergambar... Taraaa...
Aksi gwiyomi paling comel.... |
Kenangan bersama Kak Rohaidah |
Lagi aksi gwiyomi ... |
Assalamualaikum.. akk, bole x sy nak mintak softcopy latihan topikal tingkatan 5...email sy, imazana77@yahoo.com
ReplyDelete