Sunday, 16 June 2013

PROGRAM JATI DIRI (12062013 )


Terkadang kita terpaksa merasa ikhlas dalam melakukan pekerjaan walau dalam keterpaksaan. Terkadang kita terpaksa akur dengan arahan walaupun hati rasa kegeraman. Apapun...moga Allah memberikan keberkatan selalu dalam setiap pekerjaan yang ku lakukan. Ampunkan diri ini ya Allah kerana sering rasa tidak puas hati dengan bebanan tugas yang diberi...Adakalanya mulut berkata iya...tetapi hati tetap berkata-kata...

Sebenarnya aku bukan tidak mahu menghantar murid-murid bermasalah ini ke SMK Sungai Burong, tetapi masalahnya ialah aku sangat sibuk untuk membuat persiapan sambutan hari guru peringkat sekolah yang akan berlangsung pada 14 Jun 2013 ( Jumaat ). Andainya aku membazirkan masaku sehari...ini bermakna ada banyak kerja yang tertangguh...Ya Allah tolonglah aku...Sebagai hambanya yang kerdil...aku hanya mampu berserah dan berdoa semoga Allah permudahkan segala urusanku. In sya Allah jikalau kita mudahkan urusan orang lain, nanti Allah akan mudahkan urusan kita pulak...

Sesi LDK yang dikendalikan oleh fasilitator

Murid tekun menjalankan aktiviti

Murid dikehendaki lebih fokus tentang masa depan
Program ini adalah anjuran PPD Kuala Selangor. Sasaran utamanya adalah murid-murid yang mempunyai masalah seksual atau yang seumpamanya.Tujuan utamanya adalah untuk memberikan kesedaran kepada murid-murid tersebut dengan mengadakan LDK (Latihan Dalam Kumpulan) yang dibimbing oleh seorang fasilitator yang terdiri daripada guru-guru kaunseling sekolah yang terlibat.

Program ini sebenarnya adalah gabungan Unit Bimbingan dan Kaunseling dan Unit Disiplin setiap sekolah.Aku ini sebenarnya mewakili Unit Disiplin manakala Cikgu Angsar mewakili Unit Bimbingan dan Kaunseling. Hanya 10 buah sekolah sahaja yang terlibat untuk program Jati Diri ini yang terdiri daripada SMK. Kuala Selangor, SMK. Sungai Burong, SMKA Kuala Selangor, SMK. Pengkalan Permatang, SM Teknik, SMK. Dato' Harun, SAM Tanjong Karang dan SMK Tiram Jaya. Manakala sekolah-sekolah yang lainnya akan mengikuti siri program yang kedua  iaitu Program Kembali Ke Sekolah yang akan dijalankan pada 19 Jun 2013 di sekolah yang sama.

Seramai 10 orang murid dari sekolahku yang terdiri daripada 5 orang murid perempuan dan 5 orang murid lelaki telah terpilih. Cikgu Angsar telah membawa murid lelaki manakala aku membawa murid perempuan.
Sebenarnya program seumpama ini sangat bermanfaat buat murid-murid yang bermasalah ini. Dengan berjumpa ramai kawan dari sekolah lain, mereka boleh berkongsi maklumat dan pendapat. Di samping itu, mereka juga boleh memperolehi input baru yang sangat berguna untuk diguna pakai di masa depan. Asalkan mereka ini lebih fokus kepada pelajaran berbanding percintaan...

Alhamdulillah...di sini aku sempat berkenalan dengan beberapa guru disiplin perempuan yang sama-sama ditugaskan menjadi ajk pada program tersebut. Takdelah aku boring dibuatnya. Malah banyak perkara baru yang dapat dikongsi bersama. Sesungguhnya kita perlu sentiasa positif dan  ikhlas dalam melakukan sesuatu pekerjaan. Kita merancang....Allah juga merancang. Namun perancangan Allah adalah yang terbaik buat kita. Wassalam

No comments:

Post a Comment