Monday, 10 June 2013

SAAT DIRI DIUJI...

ASSALAMUALAIKUM.....


Hari ini hari pertama persekolahan setelah cuti pertengahan tahun selama dua minggu. Aku bangun sepagi-pagi yang boleh demi untuk menyediakan sahur untuk suami dan dua anak bujangku. Lagipun aku adalah guru bertugas minggu ini, Jadi aku perlu datang ke sekolah seawal pagi agar aku dapat membuat persiapan untuk acara perhimpunan pagi. Seboleh-bolehnya aku ingin semuanya berjalan dengan lancar. Kain bajuku juga telah ku gosok beberapa hari yang lalu...tinggal saja baju sekolah Hilman sahaja. Aku telah siap menggosok bajunya sehingga hari Rabu. Mujur juga Hannan masih lagi cuti kerana luka berkhatannya masih belum sembuh sepenuhnya. Kutitipkan Hannan di rumah mak sebelah bersama bekalan ikan sepat bakar dan juga bilis goreng kering. Pagi-pagi itu juga aku telah menjadi jururawat dengan mencuci lukanya dengan pencuci antiseptik dan membubuh ubat pada lukanya. Walaupun pedih...sabar ya nak...biar cepat kering lukanya. Pendek kata hari ini semangat dan auraku untuk kembali bertugas sungguh berbunga-bunga...Segala urusan dipermudahkan  Allah...Alhamdulillah.

Tiba di sekolah...aku terus sahaja meminta pertolongan pengawas untuk menyusun kerusi dan menyediakan PA sistem....Alhamdulillah semua murid memberikan kerjasama dan perjalanan perhimpunan rasmi berjalan lancar..Yang paling kelakar ialah aku ini sering saja tersasul-sasul bila bercakap di depan orang ramai...inilah kelemahanku. Walau telah hampir 17 tahun menjadi guru, tetapi kelemahan yang satu itu sukar untuk ku buang. Aku sangat malu bila berdiri di khalayak ramai...

Tiba-tiba ketenangan hatiku hari ini terganggu dek kerana urusan yang mengejut terpaksa kupikul. Adakalanya Allah uji kita di saat kita tidak menyangka atau tidak bersedia. Aku seakan dikejutkan dari lena bilamana Ustaz Nasir meminta aku untuk mengenalpasti individu yang bertanggungjawab untuk mengendalikan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2013...Jeng-jeng-jeng..Siapakah dia ???? Akhirnya kutemui bahawa beliau kini sedang cuti bersalin dan individu lain yang mengendalikannya sebelum ini tidak merancangnya secara terperinci...Ya Allah ..berilah aku kekuatan dan jalan agar aku dapat melaksanakan tanggungjawab ini dengan mudah...Rabbi Yassir Wala Tuassir..Robbi Tammim Bil Khoir..Mudahkan aku Ya Allah dalam setiap urusanku...




Masuk je Bengkel Masakan...deria bauku telah menangkap bau yang kurang menyenangkan....Ya Allah najis kucing atau tupai merata-rata...Ada pulak bangkai burung...Patutlah baunya harum semerbak...Apapun..tarik nafas dulu barulah mulakan langkah seterusnya....Ambil sapu dan terus menyapu sambil berisyttifar....Sekurang-kurangnya dapat gak pahala. Lepas tu sirap Ajak Fabulosa sebanyak-banyaknya pada najis tersebut...biar kurang baunya... Tinggal dulu sebentar... pegi kelas dulu...nanti sambung balik operasi..

Terima kasih sahabat..kerana sudi membantu merancang untuk acara sambutan hari guru walaupun permintaanku ini agak mendadak. Aku rasa hanya engkau sahaja yang layak membantuku... Maafkan diri ini yang selalu menyusahkanmu...Apapun setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dari hatiku yang paling dalam kerana sudi membantuku di saat-saat genting ini. Tiada lain yang kuharapkan moga Allah memudahkan segala urusan kita dan semoga semua pihak yang terlibat akan memberikan komitmen yang terbaik...


Terima kasih juga kepada pengetua..kerana memberi kebenaran untuk menukar hari sambutan yang sepatutnya berlangsung pada hari Rabu ( 12 Jun ) bermula dari jam 11.30 pagi kepada hari Jumaat (14 Jun) satu hari sepenuhnya...Lega sikit rasanya kerana segala persiapan nampaknya masih lagi tunggang langgang. Sekurang-kurangnya dengan penundaan tarikh tersebut...dapatlah kami barisan AJK yang terlibat, mengemaskini dan merancang dengan lebih baik lagi hendaknya...

Tepat jam 2.20 petang pula menghadiri mesyuarat tergempar untuk AJK Sambutan Hari Guru yang baru dilantik. Terima kasih kepada guru-guru dan pelajar-pelajar yang hadir memberikan kerjasama. Aku sudah tidak dapat banyak bercakap lagi kerana kepalaku sudah mula berdenyut-denyut..Aku sebenarnya tidak lalu makan lantaran terlalu bersusah hati.... Makanya perutku rasa lapar...angin sudah naik ke kepala.....Ya Allah janganlah migrainku datang... Alhamdulillah...setelah melelapkan mata sepetang...malam ini tenagaku dan semangatku telah pulih kembali...In sya Allah segala yang dirancang akan dapat dilaksanakan akhirnya...Apapun perjuangan ini perlu diteruskan... Semoga aku melakukan semua ini ikhlas kerana mengharapkan redho dan rahmat dariMu ya Allah bukan untuk menunjuk-nunjuk ataupun untuk membanggakan diri di hadapan orang lain...


No comments:

Post a Comment