....03122013...Selasa....
Pagi yang agak cerah ku tunggu anak-anak didikku semenjak jam 9.00 pagi lagi... Hai manalah diorang ni... Setelah agak penat menunggu akhirnya....ada gak 4 orang buah hatiku yang hadir... Tahniah Akma, Sawalina, Nadia dan Minah kerana bersemangat untuk menimba ilmu dan berkongsi ilmu... yang penting kalian sudi hadir ke kelas cikgu...
Harini merupakan hari yang agak penting sebenarnya sebab cikgu nak bagi skema untuk soalan-soalan yang cikgu rasa mungkin akan keluar pada esok hari... Pada yang tidak hadir tu ...aku hanya mampu berserah dan berdoa agar mereka semua terang hatinya dan dapat menjawab semua soalan dengan mudah...Aamiin...
Tarikh : 04122013
Hari : Rabu
Masa : 8.00 - 9.00 pagi
Kertas : ERT 1
Sebenarnya aku tidak bertugas untuk sesi pagi ini...Tapi aku datang juga untuk memberikan sokongan kepada anak-anak didikku yang seramai 16 orang yang terdiri daripada 2 orang jejaka hencem dan 14 orang sicantik manis. Diorang ni aku tengok cool memanjang...Tak de langsung ciri-ciri kerisauan di wajah mereka... Gementar sungguh rasa hatiku...Hanya aku mampu berdoa agar mereka akan bersungguh-sungguh menjawab soalan hingga tamat masa yang diperuntukkan... Tidak lupa aku ajarkan mereka dengan doa agar mereka diberikan kemudahan dan petunjuk disaat mereka dalam kebuntuan atau kesamaran...
Aku patah balik semula ke rumah setelah anak didikku masuk ke dewan peperiksaan...Aku perlu balik untuk membuat donat yang belum sempat aku sempurnakan tadi... Bolehlah nanti aku bawa ke ke sekolah buat anak didikku merasa waktu senggang antara kertas 1 dan kertas 2 yang lebih kurang ada 40 minit... Alhamdulillah.... akhirnya dengan sepenuh kelajuan yang boleh aku lakukan donat-donatku yang gebu dapat aku siapkan... Apalagi patah balik lagi semula aku ke sekolah.... Haahaha..anak-anak didikku rupa-rupanya sedang tekun mengulangkaji di bilik masakan...Stop dulu sayang... makanlah dulu donut cikgu yang gebu ni... kalau tak, nanti kempunanlah pulak...
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Kertas : ERT 2
Masa untuk meneruskan lagi perjuangan seterusnya... Moga-moga apa yang selalu kita bincangkan akan keluar... Buatlah sehabis baik...Jangan sekali-kali keluar dari dewan peperiksaan hingga habis masa... Tunggulah...Inilah kertas peperiksaan kalian yang terakhir, jadi berjuanglah habis-habisan agar kalian tidak akan menyesal dikemudian hari...
Bertuah punya budak.... rupa-rupanya dua orang pelajar lelakiku telah keluar awal...Bila aku tanya katanya soalannya senang...woww...hebatlah diorang ni...Moga-moga betullah apa yang mereka katakan tu...Harap-harap dapatlah mereka menjawabnya sehabis baik...
Alhamdulillah...ada beberapa soalan yang keluar memang telah dibincangkan selalu... Tiada lain yang kuharapkan selain dari semua anak didikku dapat menjawab dengan sebaik-baiknya semua soalan dan seterusnya lulus dengan cemerlang...Ya Allah tolonglah....janganlah ada yang gagal...
Paling best...saat aku dan anak-anak didikku bergambar sakan di sekitar sekolah... Aku juga terikut-ikut sama kalau tang bergambar ni... Macam-macam gaya ada...Inilah kenangan terakhir kami..In sya Allah di lain kali kita akan ketemu lagi ya...Hanya kejayaan kalian yang cikgu harapkan..
No comments:
Post a Comment