Kenangan bersama keluarga Kak Amah dan Abang Hassan |
Dalam penerbangan menuju ke Sandakan |
Dalam hidupku...inilah pertama kali aku bakal menaiki kapal terbang... lagi hebat secara bersendirian dan tiada pengalaman... Yang pasti, aku sebenarnya amat berterima kasih kepada arwah emak dan bapak yang mengizinkan aku ke Sandakan bersendirian. Kepercayaan dan keterbukaan mereka memang amat aku hargai.
Sebenarnya banyak pengalaman lucu+kelakar disepanjang perjalananku ke sana. Masa check in lagi aku dah menggelabah habis. Bila petugas kaunter nak semak tiket..aku beri dia bungkusan rempeyek yang mak nak bagi kat anak cucunya kat Sandakan... Nasih baik petugas tu senyum je. Mungkin memahami situasiku agaknya... Lagi haru bila aku perlu memilih pintu untuk menaiki bas menuju ke kapal terbang... Macamana aku nak baca papan kenyataan ni.. lintang pukang aku cuba memahami tiket yang aku pegang. Alhamdulillah...berkat muka tak malu akhirnya aku selamat berdiri di dalam shuttle bus menuju ke kapal terbangyang akan berangkat ke Kota Kinabalu...Kat situ transit sekejap dan seterusnya akan berangkat ke Sandakan.. Tak putus-putus aku panjatkan kesyukuran... Maklum masa tu musim cuti tahun baru cina...Ramai penumpang berbangsa cina...Sampai takut aku dibuatnya...kalau-kalau aku tersalah naik kapal terbang yang menuju ke China atau Hong Kong...
Alhamdulillah... setelah lebih kurang 2 jam setengah dalam penerbangan...akhirnya aku mendarat di Lapangan Terbang Sandakan. Keluarga kakakku telah siap sedia menunggu...gembira sungguh rasanya kerana dapat menjejakkan kaki ke daerah ini akhirnya... Aku terus di bawa ke rumah mertuanya yang terletak berdekatan dengan LTS. Tidak silap aku nama kampungnya ialah Kampung Sungai kayu... Sepanjang perjalanan aku lihat rumah-rumah di sini mempunya tiang-tiang yang agak tinggi.. Tidak tahu untuk tujuan apa sebenarnya...
Saat paling menggembirakan adalah ketika aku dibawa ke rumah kakakku yang terletak di Pulau Timbang. Sebenarnya kakakku ini bertugas sebagai seorang guru di Pulau Timbang manakala abang iparku yang bernama Abang Hassan adalah guru besar di pulau tersebut. Untuk ke sana kami perlu menaiki bot laju yang bertolak dari Batu Sapi. Memang sangat mengujakan, kerana aku sememangnya agak obses dengan lautan. Walaupun obses tapi aku sebenarnya amat gementar bilamana kami terpaksa menempuh perjalanan yang agak jauh dengan alunan ombak yang agak kuat yang kadangkala menyebabkan botku ini tegak berdiri... Subhanallah... Ya Allah... selamatkanlah dan lindungilah kami semua...Sedang kami semua tiada kelengkapan jaket keselamatan...Mulutku ini tidak hentinya komat kamit membaca ayat-ayat Quran yang dapat kuingati. Debaran dalam hati...usah ditanya. Tapi aku lihat keluarga kakakku cool je semuanya. Padahal keempat-empat orang anak saudaraku itu semuanya kecil-kecil lagi... Mungkin mereka sudah terbiasa melalui pengalaman yang sebegini...Aku tapi memang tabik spring pada pemandu bot yang sememangnya cekap mengawal bot yang kami naiki... memang betul-betul berpengalaman. Akhirnya setelah menempuh perjalanan lebih kurang setengah jam, akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju iaitu jeti Pulau Timbang...
Pengalaman di pulau ini memang sungguh indah dan hebat sekali. Maklumlah...selalunya aku berkubang dan bermain selut di sawah padi sahaja. Tapi di sini aku dapat bermesra dengan pantai hampir setiap hari. Ini yang membuatkan aku sungguh gembira + teruja...
Menjala udang... |
Bersantai-santai di jeti.. |
Setelah puas bergelumbang di pantai... kini tibalah masanya untuk berjalan-jalan di sekitar tempat-tempat menarik sekitar bandar Sandakan... kali ini kami pergi ke Tanah besar dengan menumpang bot nelayan pula... Slow and steady je bot ni bergerak... Seolah-olah ia tahu aku sangat teruja menaikinya dan ingin menikmati saat-saat ini sepuas-puas hatiku... Berbalam-balam Pulau Timbang ku tinggalkan. Sayonara ... bisikku di dalam hati...In sya Allah kalau ada rezeki aku akan kembali lagi ke sini...
Paling best kat sini adalah tentang basnya... kalau di semenanjung biasanya penumpang akan menunggu bas, tetapi di sini agak berlainan sedikit kerana pemandu bas sanggup menunggu penumpang.... Pernah suatu hari aku dan keluarga kakakku sedang berjalan menuju ke jalan besar untuk menaiki bas ke bandar Sandakan. Pelik sungguh aku rasakan bilamana pemandu bas dan penumpang lain begitu sabar menunggu kami.... Memang aku betul-betul pelik. Sabarnya dikau sang pemandu..
Kakakku tidak melepaskan peluang untuk membawaku ke Pusat Pemulihan Orangutan Sepilok yang terletak di Hutan Simpan Kabili Sepilok. Betul-betul teruja melihat Orangutan yang bebas bergayut-gayutan menunjukkan aksi masing-masing kepada para pelancong yang datang.
SK. Ladang Sandak |
Berlatar belakangkan Bandar Sandakan |
Perjalanan ini sesungguhnya menghadiahkanku sebuah pengalaman yang sungguh berharga... Kata orang jauh berjalan luas pandangan...luas juga pengalaman...bertambah luas juga pengetahuan. Wassalam
Salam pn siti. Singgah di sini kerana rindukan sekolah lama sy sk ladang sandak. Oh ya tdk diceritakan bagaimana boleh sampai ke sk sandak..sy mohon utk save gmbr yg ada papan tanda sek ya.
ReplyDelete