10 Zulhijjah 1434H bersamaan 15 Oktober 2013...kusambut kedatangan Aidil Adha dengan penuh rasa kesyukuran. Walau kali ini adik beradikku tidak dapat berkumpul bersama-sama atas kekangan masa namun aku tetap bersyukur kerana ada keluarga sendiri untuk aku teduhi kasih sayang mereka. Kesedihan memang ada di mana-mana namun kugagahi jua untuk terus melangkah ke hadapan dengan penuh ketabahan.
Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, sudah menjadi tradisi keluarga suamiku untuk melaksanakan ibadah korban seekor lembu. Walau pada mulanya aku tiada mood untuk melihatnya namun kerana anak-anakku begitu teruja maka aku pun ikut serta juga.
|
Hazman dan Hazwan sudah pandai memotong daging |
Alhamdulillah, Hazman dan Hazwan sudah pandai memotong daging. Sehari sebelum raya, masing-masing dah sibuk membeli pisau baru yang tajam. Tak sangka pula mereka memang bersungguh-sungguh menolong memotong daging... Syabas anak ibu.
|
Yang lain-lain timbang daging |
Anak-anak ibu yang lain pula sibuk menimbang daging dan memasukkan ke dalam plastik untuk diagihkan kepada jiran tetangga. Hebat sungguh kalian bekerjasama. Sekejap je dah beres semua keje.
|
Ibu datang tolong tengok je |
Hahaha...ibu saja je datang jenguk. Nasib baik semua anak ibu rajin-rajin belaka.
|
Acara melapah kulit lembu ... serahkan pada yang pakar |
Kang Izam sedang tekun melapah bahagiah kepala dan bahagian organ dalaman yang lain. Hanya orang yang mahir sahaja boleh melaksananya dengan cepat dan pantas.
|
Cik Abang tengok je...belum mahir lagi |
Nampaknya cik abangku...tengok-tengok je dulu. Lain kali cuba buat ya.
Alhamdulillah menjelang pukul 2.00 ptg semua kerja-kerja memotong dan mngagihkan daging dan tulang selesai berkat kerjasama saudara mara dan jiran tetangga. Tugasku tak lain tak bukan ialah kena basuh tulang lembu untuk dibuat sup. Alhamdulillah menjelang zohor, sup pun sudah siap untuk dihidang...
No comments:
Post a Comment