Tuesday, 22 October 2013

MAJLIS PERSARAAN PN. HJH HALIMAH SHEIKH AHMAD

Masa berlalu begitu pantas...pejam celik pejam celik tahun 2013 sudah hampir ke penghujungnya. Saat yang ditunggu-tunggu oleh Kak Halimah akhirnya tiba juga. Tanggal 1 Oktober yang lepas merupakan hari terakhir beliau bertugas sebagai penjawat awam setelah berkhidmat selama 25 tahun dalam bidang pendidikan. Beliau memilih untuk bersara pada usia 55 tahun. Tentunya banyak kenangan suka duka yang beliau telah lalui sepanjang perjalanan hidupnya sebagai seorang guru.

Majlis persaraan beliau peringkat sekolah telah diadakan pada 11 Oktober yang lepas. Majlis ini dikendalikan oleh Kelab Kebajikan Guru SMK. Tiram Jaya. Bermula awal pagi lagi telah berlangsungnya acara bacaan yassin yang dipimpin oleh Ustaz Nasir Ismail. Doa yang dibaca amat syahdu. Setelah itu guru-guru dan murid berehat sebentar untuk bersarapan sebelum menyambung acara yang seterusnya.

Tepat jam 9.00 pagi semua guru berkumpul di dataran perhimpunan untuk acara perarakan mengiringi Kak Halimah dan pasangannya. Belum apa-apa lagi kita sakan bergambar ya.


Ala-ala peragawati gitu...


Setelah itu acara persembahan silat dimulakan dan seterusnya guru-guru mengambil tempat duduk. Majlis dimulakan dengan doa yang dibacakan oleh Ustaz Nasir Ismail. Seterusnya ucapan ketua murid yang dibacakan oleh Hakimah Saidi, setelah itu diikuti oleh ucapan pengetua dan diakhiri oleh ucapan kak Halimah sendiri. Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku dilanda kepiluan dan kesayuan yang teramat sangat saat kak Halimah membacakan amanat-amanat yang ditujukan buat rakan dan anak-anak didiknya yang ditinggalkan. Terasa aku begitu syahdu lantas kebanjiranlah air mataku... Puitis sekali bahasa Kak Halimah ...

Paling best acara persembahan oleh anak-anak didik kami. Tapi yang tak berapa best bilamana tumpuanku terganggu kerana caterer sudah sampai pada jam 10.30 pagi. Maka diriku dan geng jamuan + geng potluck pun terpaksalah menyusun atur makanan di Pusat Sumber Sekolah yang telah kami hias secantik yang mungkin. Yang penting susun atur mesti cantik dan hidangan mestilah kelihatan menarik. Terima kasih kepada semua geng jamuan yang telah bertungkus lumus menghias PSS semenjak hari Khamis lagi. Temanya ala-ala hutan rimba.. Kepada Pn. Musliha...terima kasih bebanyak kerana sudi meminjamkan kepada kami rimbunan bebunga dan dedaunan yang cantik bagi merealisasikan impianku ini menjadi kenyataan. Tidak lupa terima kasih kak Jat kerana sudi mengangkut segala lampu-lampu hiasa raya yang ada kat rumah bagi memastikan tema ala-ala i-city kita tu menjadi... Memang meriah betul dibuatnya... Apa-apapun sebelum tetamu datang..mari kita bergambar dulu ya...



Acara terakhir adalah bersalam-salaman antara Kak halimah dengan anak-anak murid. Sesi ini paling sedih kerana lagu iringan yang diputarkan sungguh mengusik hati dan perasaan. Sesi bersalaman untuk guru-guru adalah selepas jamuan di PSS. Sebelum acara berakhir, sesi bergambar untuk semua guru telah dijalankan. Sempatlah kami posing dulu.

Bab bergambar ni mmg seronok...
In sya Allah, majlis persaraan kedua, khas untuk guru-guru dan kakitangan SMK. Tiram Jaya sahaja akan di jalankan di Coffe House De Palma, Kuala Selangor pada 24 Oktober 2013. Jumpa lagi di sana...Wassalam

No comments:

Post a Comment