Tuesday, 22 October 2013

MAJLIS PERSARAAN PN. HJH HALIMAH SHEIKH AHMAD

Masa berlalu begitu pantas...pejam celik pejam celik tahun 2013 sudah hampir ke penghujungnya. Saat yang ditunggu-tunggu oleh Kak Halimah akhirnya tiba juga. Tanggal 1 Oktober yang lepas merupakan hari terakhir beliau bertugas sebagai penjawat awam setelah berkhidmat selama 25 tahun dalam bidang pendidikan. Beliau memilih untuk bersara pada usia 55 tahun. Tentunya banyak kenangan suka duka yang beliau telah lalui sepanjang perjalanan hidupnya sebagai seorang guru.

Majlis persaraan beliau peringkat sekolah telah diadakan pada 11 Oktober yang lepas. Majlis ini dikendalikan oleh Kelab Kebajikan Guru SMK. Tiram Jaya. Bermula awal pagi lagi telah berlangsungnya acara bacaan yassin yang dipimpin oleh Ustaz Nasir Ismail. Doa yang dibaca amat syahdu. Setelah itu guru-guru dan murid berehat sebentar untuk bersarapan sebelum menyambung acara yang seterusnya.

Tepat jam 9.00 pagi semua guru berkumpul di dataran perhimpunan untuk acara perarakan mengiringi Kak Halimah dan pasangannya. Belum apa-apa lagi kita sakan bergambar ya.


Ala-ala peragawati gitu...


Setelah itu acara persembahan silat dimulakan dan seterusnya guru-guru mengambil tempat duduk. Majlis dimulakan dengan doa yang dibacakan oleh Ustaz Nasir Ismail. Seterusnya ucapan ketua murid yang dibacakan oleh Hakimah Saidi, setelah itu diikuti oleh ucapan pengetua dan diakhiri oleh ucapan kak Halimah sendiri. Entah kenapa tiba-tiba sahaja aku dilanda kepiluan dan kesayuan yang teramat sangat saat kak Halimah membacakan amanat-amanat yang ditujukan buat rakan dan anak-anak didiknya yang ditinggalkan. Terasa aku begitu syahdu lantas kebanjiranlah air mataku... Puitis sekali bahasa Kak Halimah ...

Paling best acara persembahan oleh anak-anak didik kami. Tapi yang tak berapa best bilamana tumpuanku terganggu kerana caterer sudah sampai pada jam 10.30 pagi. Maka diriku dan geng jamuan + geng potluck pun terpaksalah menyusun atur makanan di Pusat Sumber Sekolah yang telah kami hias secantik yang mungkin. Yang penting susun atur mesti cantik dan hidangan mestilah kelihatan menarik. Terima kasih kepada semua geng jamuan yang telah bertungkus lumus menghias PSS semenjak hari Khamis lagi. Temanya ala-ala hutan rimba.. Kepada Pn. Musliha...terima kasih bebanyak kerana sudi meminjamkan kepada kami rimbunan bebunga dan dedaunan yang cantik bagi merealisasikan impianku ini menjadi kenyataan. Tidak lupa terima kasih kak Jat kerana sudi mengangkut segala lampu-lampu hiasa raya yang ada kat rumah bagi memastikan tema ala-ala i-city kita tu menjadi... Memang meriah betul dibuatnya... Apa-apapun sebelum tetamu datang..mari kita bergambar dulu ya...



Acara terakhir adalah bersalam-salaman antara Kak halimah dengan anak-anak murid. Sesi ini paling sedih kerana lagu iringan yang diputarkan sungguh mengusik hati dan perasaan. Sesi bersalaman untuk guru-guru adalah selepas jamuan di PSS. Sebelum acara berakhir, sesi bergambar untuk semua guru telah dijalankan. Sempatlah kami posing dulu.

Bab bergambar ni mmg seronok...
In sya Allah, majlis persaraan kedua, khas untuk guru-guru dan kakitangan SMK. Tiram Jaya sahaja akan di jalankan di Coffe House De Palma, Kuala Selangor pada 24 Oktober 2013. Jumpa lagi di sana...Wassalam

MESYUARAT PENATARAN PBS TINGKATAN 3 MATA PELAJARAN KHB ERT

Geng Guru-guru KHB ERT Daerah Kuala Selangor
TARIKH          : 18, 19, 21 dan 22 Oktober 2013
MASA             : 8.00 pagi - 4.30 petang
TEMPAT         : PKG Kuala Selangor dan PSS SMK Bukit Kuching Tengah

Alhamdulillah hari ini selesai sudah Mesyuarat Penataran PBS Tingkatan 3 bagi mata pelajaran KHB ERT. Lega rasanya kerana banyak info yang penting berkaitan pbs yang telah dapat di timba sepanjang 4 hari ianya berlangsung.
Khusyuk mendengar taklimat...
Terima kasih tidak terhingga buat JU KHB ERT iaitu Kak Norlela dan JU KHB PK iaitu Kak Faridah kerana berkongsi maklumat yang sangat berguna kepada kami semua. Dikesempatan itu juga kami gunakan untuk bertukar-tukar soalan percubaan spm 2013 dari negeri-negeri lain. Bak kata orang sambil menyelam minum air.

Kumpulan kami telah mendapat tugasan untuk membuat borang eviden untuk Tajuk Bab 4 iatu Tempat Kediaman. Nasib baik hanya 6 eviden sahaja. Mudah sikitlah keje kami. Terima kasih kepada geng kumpulan iaitu kak Jat dan Kak Salamah yang banyak memberikan idea-idea kreatif. Apa yang penting...Kerjasama.

Secara keseluruhannya, rasa amat bersyukur dan gembira kerana berpeluang menimba ilmu dan berkongsi maklumat dengan rakan-rakan yang lain. Banyak perkara baru yang kupelajari.  Semoga aku akan lebih bersemangat dan bersedia untuk melaksanakan PBS KHB ERT Tingkatan 3 pada tahun hadapan. Yang pasti banyak borang dan persiapan lain yang perlu dilakukan sepanjang cuti hujung tahun nanti. Mudahkanlah segala urusanku ya Rabb...kerana sesungguhnya hanya kepadaMulah telpat aku bergantung...


Saturday, 19 October 2013

MAJLIS KORBAN SMKTJ

Alhamdulillah...pada tanggal 17 Oktober 2013 bersamaan 12 Zulhijjah 1434 H, pihak sekolahku telah mengadakan acara korban seperti tahun-tahun yang lalu. Tahun ini sebanyak 2 ekor lembu telah dapat dikorbankan hasil kerjasama guru-guru di sekolah ini.


Kerja-kerja melapah sedang dijalankan

Pagi-pagi lagi acara menyembelih lembu telah dapat dilaksanakan. Ini amat penting kerana pengurusan yang pantas akan memudahkan AJK Memasak Sup Tulang memulakan tugasan mereka dengan cepat supaya sup dapat dihidangkan pada masa yang telah ditetapkan. Tahun ini aku patut mengucapkan terima kasih pada Ustaz Saifullah kerana tidak meletakkan aku sebagai ketua tukang masak. Rasanya ramai lagi cikgu-cikgu lain yang berkebolehan...bagilah mereka pula peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing.

Tahniah kepada AJK Memotong dan Melapah Daging sebab mereka telah bertungkus-lumus melasanakan tugas yang diberi dengan begitu cekap sekali. Alhamdulillah dan terima kasih kepada anak-anak didik yang sudi membantu sama.


Kerja-kerja memotong daging sedang dijalankan


Tidak lupa ucapan terima kasih  buat geng memasak tulang sup yang diketuai oleh Kak Sariah, Kang Bohari, Kak Azmi, Faiz dan tak lupa sahabatku Ustazah Zaini dan guru-guru lain yang membantu dan bertungkus lumus sepanjang pagi bagi memastikan sup tulang special dapat disiapkan cepat agar ia dapat dinikmati oleh semua guru dan kakitangan sekolah menjelang jamuan makan tengah hari.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada guru-guru yang telah mengambil bahagian dalam acara KORBAN pada tahun ini. Rezekinya melimpah untuk turut sama dinikmati oleh seluruh warga SMKTJ. Selain dapat menikmati hidangan sup tulang yang sungguh lazat... semua murid akan diberikan ole-ole nasi putih + daging masak lada hitam yang sungguh sedap. Hidangan special ini khas dimasak oleh pihak kantin yang diketuai oleh Kak Anidah Surip.
Daging black pepper lagi sedap bila dimasak di
bawah pokok bunga tanjung
Gaya tukang masak amatur...hihihi..
 Aktiviti masak-memasak daging masak lada hitam dan masak nasi disediakan oleh pihak kantin. Manakala aku dan geng AJK pembungkusan makanan akan membungkus makanan sebanyak 450 bungkus..anggaran bilangan anak didik yang hadir ke sekolah pada hari tersebut.

Siap sudah daging masak lada hitam....
Daging masak lada hitam + kacang yang sedap..
Kerja-kerja pembungkusan telah dimulakan seawal jam 12.00 tengahari. Terima kasih ditujukan buat murid perempuan tingkatan 3 berlian dan 3 zamrud yang telah membantu membungkus makanan.Alhamdulillah nasi dan daging memang mencukupi untuk dibuat bungkusan dan untuk jamuan guru...Semua anak didik SMKTJ dapat menikmati juadah yang lazat ini walaupun mungkin lauknya agak jimat cermat. Apapun...bersyukurlah di atas rezeki yang Allah berikan.





Menjelang pukul 1.00 tengah hari semua kerja-kerja pembungkusan tlah dapat dibereskan.Inilah yang dinamakan berkat kerjasama....Segala yang payah akan menjadi mudah dan segala yang berat akan menjadi ringan.  Murid-murid telah dipanggil untuk mengambil makanan tepat pada jam 1.30 tengah hari. Ada sebilangan murid yang terus menikmati hidangan di sekolah dan sebahagian besarnya menikmatinya di rumah. Bungkusan yang ada memang ngam-ngam betul dengan bilangan murid...syukur ya Allah. Semua guru dan kakitangan sekolah juga dapat menikmati jamuan makan tengah hari di kantin. Menu istimewa ialah nasi daging ( idea Kak Anidah tokey kantin), daging masak lada hitam + kacang dan sup tulang special. Tak lupa terima kasih kepada Pn. Masringah yang telah menyumbang air limau asam boi yang betul-betul kaw...Mereka memang betul-betul menikmati hidangan yang disediakan..Aku tumpang seronok je...Bila dah penat makan pun dah tak lalu...lagi-lagi bau sup lembu...peningku datang lagi...

Apapun aku bersyukur sangat kerana semuanya berjalan dengan lancar. Terima kasih buat rakan-rakan seperjuangan yang selalu ringan tulang untuk membantu . Semoga apa yang kita lakukan ini akan dinilai sebagai amal jariah untuk bekalan kita di hari kemudian. Hanya padaMU kami berserah dan hanya padaMU kami menyembah...Aamin

Friday, 18 October 2013

RAGAM KORBAN...

10  Zulhijjah 1434H bersamaan 15 Oktober 2013...kusambut kedatangan Aidil Adha dengan penuh rasa kesyukuran. Walau kali ini adik beradikku tidak dapat berkumpul bersama-sama atas kekangan masa namun aku tetap bersyukur kerana ada keluarga sendiri untuk aku teduhi kasih sayang mereka. Kesedihan memang ada di mana-mana namun kugagahi jua untuk terus melangkah ke hadapan dengan penuh ketabahan.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, sudah menjadi tradisi keluarga suamiku untuk melaksanakan ibadah korban seekor lembu. Walau pada mulanya aku tiada mood untuk melihatnya namun kerana anak-anakku begitu teruja maka aku pun ikut serta juga.

Hazman dan Hazwan sudah pandai memotong daging
 Alhamdulillah, Hazman dan Hazwan sudah pandai memotong daging. Sehari sebelum raya, masing-masing dah sibuk membeli pisau baru yang tajam. Tak sangka pula mereka memang bersungguh-sungguh menolong memotong daging... Syabas anak ibu.
Yang lain-lain timbang daging
 Anak-anak ibu yang lain pula sibuk menimbang daging dan memasukkan ke dalam plastik untuk diagihkan kepada jiran tetangga. Hebat sungguh kalian bekerjasama. Sekejap je dah beres semua keje.
Ibu datang tolong tengok je
Hahaha...ibu saja je datang jenguk. Nasib baik semua anak ibu rajin-rajin belaka.
Acara melapah kulit lembu ... serahkan pada yang pakar
 Kang Izam sedang tekun melapah bahagiah kepala dan bahagian organ dalaman yang lain. Hanya orang yang mahir sahaja boleh melaksananya dengan cepat dan pantas.
Cik Abang tengok je...belum mahir lagi
Nampaknya cik abangku...tengok-tengok je dulu. Lain kali cuba buat ya.

Alhamdulillah menjelang pukul 2.00 ptg semua kerja-kerja memotong dan mngagihkan daging dan tulang selesai berkat kerjasama saudara mara dan jiran tetangga. Tugasku tak lain tak bukan ialah kena basuh tulang lembu untuk dibuat sup. Alhamdulillah menjelang zohor, sup pun sudah siap untuk dihidang...

ERTI PENGORBANAN....

Entah kenapa...aku merasakan kesayuan yang teramat saat menjelang hari raya Aidil Adha pada tahun ini. Banyak yang aku sedihkan dan aku kenangkan... Mungkin juga kerinduan yang amat mendalam terhadap arwah bonda...mungkin juga kerinduanku yang tidak bertepi pada dua Tanah Suci... Yang pasti air mata ini sangat murah harganya hingga aku terpaksa membazirkannya ...umpama kolam takungan yang telah pecah...airnya mengalir tanpa henti....

Isytigfarku padamu ya Rabb... Ampunilah segala dosa-dosaku ini... Kesedihan ini menjadikan aku sangat lemah dan ada kalanya lalai dalam melaksanakan tanggungjawabku kepadaMu...

Walau apa yang kurasakan...Aidil Adha tetap datang menghampiri. Mengingatkan aku tentang erti pengorbanan...Tiada yang lebih hebat selain kisah ketaatan dan kepatuhan kepada Illahi sehingga sanggup mengorbankan puteranya sendiri...

Kisah Pengorbanan Nabi Ibrahim

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi di mana dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, "Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur sahaja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu , maka wajiblah dituruti". Apabila mendengar kata-kata ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, "Ayahku..sekiranya ini merupakan wahyu dari Allah S.W.T., aku sedia merelakan diriku untuk disembelih."

Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Kisah Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai ke pengetahuan orang ramai sehingga menyebabkan mereka takut. Ada di kalangan mereka yang mnyngka Nabi Ibrahim sudah gila kerana sanggup hendak menyembelih anaknya sendiri.

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang telah diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang hendak dituju berkatalah anaknya...."Wahai ayahku, aku fikir cara yang terbaik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelingkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat pada leherku.

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.

Tetapi alangkah terperanjatnya apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat Allah S. W. T.

Kisah ini telah kita pelajari sejak berkurun lamanya. Cuba menghayati pengajaran yang boleh dijadikan iktibar untuk renungan diri sendiri. Pengorbanan....bukanlah semudah kata melafazkannya. Ianya memerlukan kekuatan, kesabaran, keikhlasan jua keimanan yang tebal di dalam dada untuk melaksanakannya. Semoga kita semua dapat menjadikan kisah ini sebagai renungan agar kita lebih menghayati erti sebenar pengorbanan...