YA ALLAH...SEMOGA CINTAKU KEPADAMU DAN KEPADA KEKASIHMU MELEBIHI CINTAKU KEPADA DUNIA INI DAN SELURUH ISINYA...
Monday, 9 April 2012
AMALI MASAKAN...
Waktu ini memang perutku sungguh penuh...kekenyangan gara-gara merasa semua masakan yang dimasak oleh anak-anak didikku dari kelas 5 Zamrud dan 5 Jed. Hari ini merupakan amali masakan bagi mereka mendapatkan markah untuk kerja kursus ERT. Mereka terbahagi kepada 3 kumpulan...ahli-ahli ikut geng-geng kesukaan masing-masing. Kalau masak tak sama-sama satu geng, takutnya nanti gaduh pulak...paling haru masakan jadi hangit pulak.
Kumpulan 1 diketuai oleh Fazira. Mereka terdiri daripada Fazli, Suaidi Syafik, Hidayah dan Asmira. Tema grup diorang ni ialah sajian untuk majlis hari jadi.
Sedari semalam mereka telah berbincang dan menyediakan peralatan yang akan digunakan hari ini. Menu mereka terdiri daripada mee kari, nugget, agar-agar laici, kek harijadi dan air bersoga...tak lupa gula-gula dan jajan lainnya...mantap betul kumpulan diorang ni.
Kumpulan kedua pulak diketuai oleh Sofea dan geng-geng lainnya terdiri daripada Norhidayu, Fikri dan Radzi. Tema kumpulan mereka ialah sajian perayaan-hari raya. Masakan diorang ni walaupun simple je tapi sedap walaupun agak masin sikit. Walaupun lelaki pandai gak anak muridku memasak ya. Menu diorang ni ialah nasi impit, kuah lodeh, ayam goreng berempah, rendang kerang, puding laici dan air sirap...meletup betul rasa masakan diorang ni...
Rasa bangga gak tengok anak didikku yang lelaki rajin memasak dan tidak kekok kat dapur. Sekurang-kurangnya nanti, kalau berjauhan dari mak bapak diorang taklah nanti kebulur pulak dibuatnya.
Kumpulan ketiga pulak diketuai oleh Siti Rohani. Grup lain terdiri daripada Aishah, Zubaidah, Syafikah, Saralah, Pua Suat Yong dan Tee Yee Shian. Kiranya grup diorang ni berbilang bangsa. Alhamdulillah diorang boleh ngam.
Masak-masak pun diorang sempat lagi bergaya depan kamera...cayalah.
Diorang punya menu ialah laksa, nugget, kek pelangi dan air laici. Simple je tapi laksanya memang kaw-kaw. Sesuailah dengan tema grup diorang iaitu sajian untuk hari ulangtahun perkahwinan ibu bapa.
Nampaknya semua kumpulan dapat menyediakan sajian mengikut tema yang telah ditetapkan. Sedap pun sedap. Pendek kata bolehlah kalau nak jadi chef junior kat rumah sendiri. Yang pasti aku sungguh berpuas hati...Tak sangka mereka sebenarnya sungguh berbakat dan kreatif.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment