Tuesday, 15 November 2011

KEPUTUSAN PSRA....

Tercatat sudah iaitu pada hari ini keputusan peperiksaan PSRA diumumkan....
Sebenarnya aku terlupa yang 15 November 2011 adalah hari ini bersamaan hari Selasa. Kelupaan ini mungkin disebabkan banyaknya tugasanku yang belum selesai sedangkan sesi persekolahan pada tahun ini akan berakhir beberapa hari lagi.

Pagi-pagi hari aku telah kelam kabut datang ke sekolah untuk menyediakan bahan-bahan untuk anak-anak didikku yang mengikuti Program Masakan Aneka Kuih Tradisional dengan kerjasama Kolej Komuniti Tanjong Karang. Nasib baik semalam aku telah mengambil sebahagian bahan masakannya daripada Kedai En. Samsudin. Haru juga dibuatnya kalau pagi ini aku baru mengambilnya. Tq Kak Ramiza (isteri En. Samsudin) yang sudi menghantar keledek pagi-pagi buta untuk membuat kuih cucur badak.

Terima Kasih Kak Jat sebab sentiasa ada untuk membantu. Begitu juga Kak Nidah, jasamu akan kukenang kerana sudi menggantikanku harini. Memang aku terlupa sangat untuk pergi bermesyuarat ke PPD Lama harini. Mujur aku teringat pagi-pagi ini. Kelam kelibut aku memecut kereta untuk ke sana. Mesyuarat harini adalah berkenaan taklimat Modul Pencegahan HIV yang telah disampaikan oleh Dr. Aimi Nazri Mahat dari Pusat Kesihatan Dr. Azizah Wahab dari Pusat Kesihatan Kuala Selangor. Banyak maklumat dan info berguna tentang HIV, AIDS dan Penyakit Kelamin yang aku perolehi harini. Acaranya padat dari jam 8.30 pg hinggalah jam 5.00 petang.




Anak-anakku terpaksa aku minta jasa baik Kak Adah untuk mengambilnya. Tq Kak Adah sebb sentiasa sudi membantu ketika aku dalam kecemasan. Hariku sebenarnya tidak begitu tenteram memikirkan mereka. Aku rela tidak menjamah kudapan petang semata-mata agar aku dapat cepat-cepat mengambil mereka di rumah Kak Adah.

Setibanya aku di sana, dari jauh anakku HAZWAN mmelaporkan padaku bahawa keputusan peperiksaan PSRA telah keluar harini dan DIA mendapat JAID JIDDAN bukannya MUMTAZ seperti yang aku dan dia harapkan.....Walaupun aku sedikit kecewa namun aku tetap bersyukur sebab peratusnya agak tinggi iaitu 88.6%.Aku hanya mampu memberikannya kata-kata semangat agar dia akan lebih bersungguh-sungguh pada masa hadapan.

HAZMAN....kembar HAZWAN pula alhamdulillah mendapat keputusan MUMTAZ dengan peratusnya sebanyak 92.0%. Syukur alhamdulillah aku panjatkan kepada Allah s.w.t di atas kejayaan anak-anakku. Ketahuilah anakku....tiada hadiah paling bermakna bagi ibumu selain dari KEJAYAANMU.....

Anak-anakku....ini baru langkah pertama dalam hidupmu....Jadikanlah ia sebagai dorongan dan perangsang untukmu melakar kejayaan gemilang di masa hadapan. Ketahuilah ibu dan ayah akan mendoakan kejayaan, kebahagian dan keberkatan akan mengekori setiap langkah kalian. Amin....

No comments:

Post a Comment