Peserta Kem Kepimpinan Pengawas SMKTJ 2013 |
Masa yang ditunggu-tunggu telah tiba akhirnya. Lebih kurang pukul 3.30 petang waktu tempatan pada tanggal 08 Mac 2013 bersamaan hari Jumaat penghulu hari yang mulia, rombongan kami yang seramai 44 orang murid dan 4 orang guru telah memulakan perjalanan menuju ke Kem Slim Sungai Pauh, Cameron Highland. Terima kasih diucapkan kepada ustaz Nasir kerana sanggup menjadi imam mendoakan agar perjalanan kami ini dirahmati dan beroleh keberkatan dari Illahi. Selamat pergi dan In Sya Allah selamat kembali. Terima kasih buat Kak Nidah dan Baby yang sudi pergi sama rombongan ini. Kepada Kak Jat, berbanyak terima kasih diucapkan di atas segala sokongan juga pertolonganmu selama ini. Tiada kata -kata yang mampu saya ucapkan, namun hanya Allah jua yang mampu membalasnya. Buat Ridzuan, terima kasih sebab sudi jadi bodyguard merangkap pemandu kami.
Tapak perkemahan kami |
Khemah peserta |
Selepas itu kami melihat acara pertama pada malam itu iaitu sesi perkenalan yang dikelolakan oleh En.Mohd Radzi bin Abdul Samad dan adiknya En. Zaidi. Selepas sesi perkenalan semua peserta dikehendaki untuk memasang khemah mengikut kumpulan masing-masing Oleh kerana panggilan bantal sudah melambai-lambai, kami tinggalkan mereka dan kembali semula ke rumah untuk beradu...
Aduyai....lenaku disapa oleh tangisan dan rengekan anak manja Kak Jat ....Farid. Aku cuba berkali-kali memejamkan mata namun aku tidak berdaya. Kasihan sungguh bila mendengar sedu sedan Farid yang sungguh hiba memanggil-manggil nama ayahnya... Kak Jat yang dalam keletihan sudah tidak mampu menahan kesabaran...Sesungguhnya anak-anak adalah ujian bagi kita semua. Mereka selalu sahaja akan menduga benteng kesabaran ibu bapa....Maka sabarlah kerana itu ada ubat yang paling mujarap...
Setelah penat menangis...kenyang makan maggi dan nescafe panas...alhamdulillah Farid dapat tidur...Makanya kami semua pun dapat tidur juga walau jam sudah menunjukkan pukul 4.30 pagi. Dapatlah juga barang sejam dua kami melelapkan mata...
Hari Kedua
Pagi-pagi esoknya kami dikejutkan dengan semboyang nyaring yang menandakan waktu solat subuh hampir tiba. Bangunlah mata...berjagalah dikau demi merebut rahmat Illahi...Maka bermulalah hari kedua yang serba mengujakan... Selepas solat subuh kami pun bersarapan nasi goreng kampung bersama telur + sosej goreng. Sedap + nikmat + bersyukur = kenyang + alhamdulillah. Slot pertama hari ini dimulai dengan sesi motivasi. Peserta dikehendaki melakukan tugasan secara berkumpulan dalam masa yang singkat. Ini memerlukan mereka sentiasa peka dan bekerjasama di antara satu sama lain. Kami guru-guru hanya mengawasi sahaja. Penat menunggu apalagi aku pun mula membayar hutang tidur malamku yang tidak berapa lena.
Selesai acara makan tengahari dan solat Zohor, slot kedua bermula di mana kali ini peserta didedahkan dengan kemahiran mengenal peribadi seseorang. Kali ini, kami guru-guru pengiring tidak dapat menemani para peserta kerana kami telah merancang program kami sendiri....seronoknya......
Lepas Zohor...ada acara jalan-jalan pun bermula dengan menggunakan khidmat pemandu pelancong yang tidak dibayar. Terima kasih Ridzuan sebab sudi melayan kerenah kami. KEA FARM tempat tujuan kami kerana aku memang mengidam untuk membeli bunga mawar yang segar. Hujan rintik-rintik mula membasahi bumi... Sesampai di sana kami pun terus sakan membeli belah strawberi + teh Cameranian Valley + Bunga Mawar aneka warna = Happy sangat........ Perjalanan kembali ke tapak perkhemahan kurang lancar kerana jalan jem... Maaf Ridzuan sebab terpaksa membazir waktu petangmu gara-gara melayan kerenah kami..... Akak tau, dalam hatimu mesti ada rasa geram + terpaksa + malas kan. Tapi demi menghormati kami, kau turut juga kehendak hati kami. Kerana jasa baikmu itu, akak doakan moga engkau akan berjumpa dengan orang yang baik juga yang akan membahagiakanmu di dunia juga akhirat...Amin.
Bunga mawar aneka warna - kenangan indah dari Cameron Highland |
Slot ketiga petang ini digantikan dengan aktiviti yang menekankan tentang ciri-ciri seorang pemimpin yang ideal.
Slot Keempat ialah ” Jalan-jalan ke Pasar Malam
Berinchang”. Peserta dan guru pengiring dibawa menaiki bas ke Pasar Berincang yang menjual aneka
barangan seperti buah-buahan segar dari tanah tinggi, aneka makanan yang sedap
juga pakaian yang menarik dengan tawaran harga yang berpatutan.
Bersedia untuk ke Pasar Berinchang |
Slot kelima dan terakhir pada hari ini ialah aktiviti” Solusi”. Peserta
diajak untuk bermuhasabah diri disamping mengingatkan mereka tentang amanah dan
tanggungjawab yang harus dipikul oleh setiap peserta kursus sekembalinya mereka
nanti ke sekolah.Mereka diingatkan supaya dapat menjalankan amanah sebagai
pengawas sekolah dengan penuh dedikasi dan punya daya kepimpinan yang tinggi
dan boleh dijadikan idola pelajar lain dalam pelbagai aspek seperti pencapaian
akademik, kokurikulum mahupun budi pekerti yang mulia. Aktiviti yang sepatutnya dijalankan pada
waktu ini adalah ’Misi Rahsia” yang tertunda pada petang hari tadi tetapi masih
tidak dapat dilaksanakan berikutan hujan masih lagi turun mencurah-curah dan
ramai di kalangan peserta yang kurang sihat berikutan cuaca yang amat sejuk.
Pada malam ini semua peserta tidak dapat tidur di khemah masing-masing berikutan khemah mereka telah dimasuki air. Peserta lelaki tidur di dalam bilik manakala peserta perempuan tidur di ruang tamu. Cuaca pula bertambah sejuk berikutan hujan yang berlarutan sejak petang tadi....Ya Allah kuatkanlah aku dan semua anak-anak didikkku ini. Sihatkanlah dan selamatkanlah kami Ya Allah...Mudahkanlah segala urusan kami Ya Allah.... Malam ini tidurku agak lena kerana Farid kurang meragam...
Hari Ketiga
Pagi yang mulia dimulai dengan solat subuh
berjemaah dan kuliah subuh.
Slot terakhir pada hari ini ialah aktiviti
rekreasi iaitu ’ Flying Fox”. Semua peserta dan guru pengiring begitu teruja
kerana telah dapat melaksanakan aktiviti ini dengan jayanya.
Menunggu fasilitator memasang tali keselamatan |
Peserta perempuan teruja untuk mencuba Flying Fox |
Menunggu acara Flying Fox |
Bersama Hazman dan Hazwan |
Izzuan, Fisal, Hazman, Syukri dan Hazwan |
Acara terakhir ialah mengemaskan khemah dan kawasan
sekitarnya sebelum acara penutupan program yang telah disempurnakan oleh En.
Azman selaku wakil dari Waja Diri Adventure Team. Selepas acara bergambar
beramai-ramai dan makan tengah hari peserta berangkat pulang ke SMK. Tiram Jaya
dengan semangat dan keyakinan diri yang semakin tinggi di dalam diri
masing-masing.
Acara Penutupan Program |
Peserta lelaki - 10 orang sahaja |
Hakimah - wakil peserta menerima sijil penyertaan dari En. Azman |
Semoga dengan adanya program seumpama
ini para pengawas dapat menjadi seorang insan yang lebih berkualiti. Di samping
itu mereka juga harus sedar tentang tugas-tugas mereka agar tiada percanggahan
dengan aktiviti sekolah dan harian mereka.
Pihak sekolah juga berharap agar dari kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu pengawas dalam menghadapi cabaran hidup dan bersedia menghadapi liku-liku kehidupan agar beroleh kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Akhir kata semoga berjaya dan selamat menjalankan tugas.
Pihak sekolah juga berharap agar dari kursus ini sedikit sebanyak dapat membantu pengawas dalam menghadapi cabaran hidup dan bersedia menghadapi liku-liku kehidupan agar beroleh kejayaan yang cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi. Akhir kata semoga berjaya dan selamat menjalankan tugas.
No comments:
Post a Comment