YA ALLAH...SEMOGA CINTAKU KEPADAMU DAN KEPADA KEKASIHMU MELEBIHI CINTAKU KEPADA DUNIA INI DAN SELURUH ISINYA...
Wednesday, 5 December 2012
SAYONARA SRAI BANDAR BARU KUALA SELANGOR
Akhirnya keputusan ini terpaksa aku ambil juga setelah lama memikir-mikir baik buruknya. Lalu tarikh 9 November 2012 merupakan tarikh akhir untuk kedua-dua org anakku iaitu Hannan dan Hilman untuk bersekolah di SRAI BB KUALA SELANGOR....
Selama 8 tahun ini aku dan suamiku bergilir-gilir mengambil anak-anakku yang seramai 5 org. Namun tahun ini hanya tinggal 2 org shj lantaran 3 org lagi telah bersekolah lain.
Terima kasih tak terhingga kepada semua guru-guru yang telah membimbing dan mendidik anak-anakku selama ini. Jasa kalian akan kami kenang selama-lamanya dan hanya Allah yang dpt membalasnya..
Sebagai kenang-kenangan terakhir aku mengabadikan gambar dua orang anakku ini di sekolah mereka agar boleh dijadikan kenangan di masa hadapan...
Hilman sedang beratur untuk mengambil hadiah matapelajaran terbaik.
Hilman bergambar dengan hadiahnya...
Hilman dan rakan-rakan sekelasnya bersama hadiah masing-masing.
Hilman dan rakannya yang bernama Lokman Hakim
.
Hannan sedang beratur untuk mengambil hadiah mata pelajaran terbaik
Hanan bergambar bersama Hilman selepas menerima hadiahnya...
Mengabadikan kenangan bersama Hannan dan Hilman..
Kebetulan bertemu rakan lama ..Rosidah Hassan. Anaknya pun sama bersekolah di sini.
Terima kasih SRAI BB KUALA SELANGOR kerana telah mendidik dan mengajar kami..
Di hadapan papan tanda sekolah...
Di hadapan sekolah...tempat selalu main-main...selamat tinggal semua...
CATATAN DISTI : 8 NOVEMBER 2012/ KHAMIS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment