Monday, 10 October 2011

DEBARAN PEPERIKSAAN UPSR DAN PSRA....

     Tanggal 26-29 September 2011 adalah tarikh keramat kepada 2 orang anak kembarku. Suatu tarikh yang amat penting yang akan menjadi titik tolak kepada mereka untuk melangkah jauh ke hadapan. Ayuhlah sayang, berjuanglah kalian dengan sepenuh hati kalian kerana ibu dan ayah sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Berjuanglah dengan penuh keazaman dan jangan mudah berputus asa kerana kejayaan itu sentiasa menjadi  milik orang-orang yang berusaha....

Menuju dewan peperiksaan...
Ahmad dan Hazwan sedang beratur....
    Ibu amat tahu kalian telah mengharungi dugaan menghadapi peperiksaan UPSR dengan penuh kesungguhan. Kalian bersabar tinggal dan bermalam di sekolah selama 4 hari 3 malam bermula pada 12 September sehinggalah 15 September 2011 bersama rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih kepada guru-guru kalian di SRAI Kuala Selangor yang telah berusaha gigih membantu dan menjaga sepanjang masa peperiksaan tersebut. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan kalian. kalian berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk memastikan kejayaan anak-anak didik kalian. Semoga Allah memberikan mereka semua kejayaan di dunia juga di akhirat sana.


Makan roti dan teh panas....sedap betul...
    Ibu dan ayah sentiasa berdoa untuk kejayaan kalian berdua. Kalian adalah merupakan anak-anak sulung kami dan merupakan contoh ikutan untuk adik-adik kalian. Maka sebab itulah ibu dan ayah telah berusaha bersungguh-sungguh secara fizikal dan spiritual untuk memastikan kejayaan kalian. Tiada lain yang kami harapkan...hanyalah untuk memastikan kalian beroleh kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Tiada hadiah paling bermakna bagi kami selain daripada kejayaan kalian....

Gaya-gaya sewaktu peperiksaan

   Anak-anakku Ahmad dan Hazwan.....semoga nanti dikala keputusan peperiksaan diumumkan, akan ada khabar gembira buat ibu dan ayah. Namun, walau apa jua keputusannya nanti, ibu dan ayah akan redha kerana kami sedar akan kemampuan kalian. Semoga kejayaan akan menjadi milik kalian....Amin

Lega....habis dah periksa....



No comments:

Post a Comment