Monday, 10 October 2011

PUISI UNTUK CIKGU TOHA....

Khamis tanggal 13 Oktober 2011, kami seluruh warga sekolah SMKTJ akan meraikan hari persaraan pengetua yang kali sayangi iaitu Tn. Hj Mohamad Toha bin Mohamad Ali. Walaupun beliau hanya sementara sahaja berhidmat di sini iaitu semenjak bulan November 2010 tetapi beliau pernah berkhidmat di sekolah ini sebagai Guru Penolong Kanan dari tahun 1990 sehingga 1998. Belia kemudian telah berkhidmat di Kementerian Pelajaran di Putrajaya sebelum kembali semula berkhidmat di sekolah ini sebagai pengetua pada November tahun lepas. Beliau merupakan seorang pengetua yang sungguh budiman dan bertimbang rasa. Penuh berkhemah dan sentiasa berlapang dada dengan masalah anak-anak buahnya. Beliau sentiasa memaniskan mukanya tidak kira masa atau di mana-mana sahaja. Sesungguhnya persaraannya nanti suatu kehilangan yang amat dirasai... Sebegai mengenang jasa dan sumbangan beliau setiap guru dikehendaki menghantar catatan kenangan sebagai hadiah persaraan beliau nanti. Guru adalah Dian menerangi Kehidupan insani Dengan nasihat berguni Setiap hari Guru adalah Obor semangat Di mana keazaman meresap Keyakinan tertancap Berkat bimbingan dan nasihat Yang akhirnya memberikan rahmat Guru adalah Serikandi pertiwi Yang mentarbiah insani Dengan seikhlas hati Menuju redho Illahi Guru adalah Penyuluh harapan Menjadi perintis jalan Yang memandu insan Mengenal hari depan Dengan penuh wawasan Terima kasih Cikgu Toha... Hadir menyeri di taman SMKTJ Walau hanya seketika Cuma... Tapi ikatan ukhwah sesama kita Akan terjalin selamanya... Semoga nantinya... Cikgu akan sentiasa.... Dipayungi rahmat keberkatan..... Disirami hujan keimanan...... Disinari cahaya kejayaan...... Diharumi bunga-bunga kebahagiaan.... Semoga setiap langkah kita Yang seterusnya Semoga setiap hembusan nafas kita Setiap ketika Hanyanya untuk beribadah kepadaNya... Hanyalah untuk memuji-muji namaNya...

JAMUAN RAYA SRAI BB KUALA SELANGOR...

     Tanggal 30 September  2011 bersamaan dengan hari Jumaat yang mulia anak-anakku bangun pagi dengan penuh keceriaan kerana hari ini mereka akan meraikan jamuan Hari Raya merangkap jamuan Akhir Tahun...... Walaupun bulan Syawal telah berlalu namun mereka semua cukup gembira merayakannya.
Hannan, Hilman dan Aisyah..
Hannan...
Hilman...
Aisyah....
Hazwan...
Ahmad....
Hannan dan Ibu.....
Gaya-gaya anakku...sebelum ke sekolah...

     Seawal pagi aku dengan penuh semangat yang berkobar-kobar telah memasak mee goreng mamak yang paling istimewa untuk dibawa oleh semua anak-anakku. Tiada juadan istimewa lain yang mampu aku buatkan cukuplah setakat mee goreng saja...Lagipun anak-anakku memang amat meminatinya... Setelah siap semuanya, akupun memasukkan mee goreng tersebut ke dalam empat bekas yang berbeza. Kuhias sesedap mungkin agar anak-anakku berpuas hati dan gembira dengan juadah yang ku sediakan buat mereka...Sebagai ibu, aku cukup gembira kalau dapat menyediakan sesuatu yang istimewa kepada mereka.....

     Anak-anak lelakiku sedondon berbaju Melayu coklat cair dan bersamping hitam...Cuma sampin Hilman berlainan warna kerana sampinnya missing somewhere.. nasib baik dia mahu memakai sampin lain yang matcing denan bajunya... Kesian dia... Tapi dia tetap comel dan happy sangat walaupun sampinnya lain dari yang lain...
Anak-anak lelakiku di hadapan sekolah....

Aisyah...di hadapan sekolah

    Balik dari sekolah, anak-anakku rancak bercerita tentang jamuan kelas masing-masing. Mereka menunjukkan bekas mee goreng masing-masing yang telah kosong. Puas hatiku kerana dapat memberi kegembiraan buat anak-anakku...


DEBARAN PEPERIKSAAN UPSR DAN PSRA....

     Tanggal 26-29 September 2011 adalah tarikh keramat kepada 2 orang anak kembarku. Suatu tarikh yang amat penting yang akan menjadi titik tolak kepada mereka untuk melangkah jauh ke hadapan. Ayuhlah sayang, berjuanglah kalian dengan sepenuh hati kalian kerana ibu dan ayah sentiasa memberi sokongan yang tidak berbelah bagi. Berjuanglah dengan penuh keazaman dan jangan mudah berputus asa kerana kejayaan itu sentiasa menjadi  milik orang-orang yang berusaha....

Menuju dewan peperiksaan...
Ahmad dan Hazwan sedang beratur....
    Ibu amat tahu kalian telah mengharungi dugaan menghadapi peperiksaan UPSR dengan penuh kesungguhan. Kalian bersabar tinggal dan bermalam di sekolah selama 4 hari 3 malam bermula pada 12 September sehinggalah 15 September 2011 bersama rakan-rakan seperjuangan. Terima kasih kepada guru-guru kalian di SRAI Kuala Selangor yang telah berusaha gigih membantu dan menjaga sepanjang masa peperiksaan tersebut. Sesungguhnya hanya Allah yang dapat membalas segala jasa dan pengorbanan kalian. kalian berkorban masa dan tenaga semata-mata untuk memastikan kejayaan anak-anak didik kalian. Semoga Allah memberikan mereka semua kejayaan di dunia juga di akhirat sana.


Makan roti dan teh panas....sedap betul...
    Ibu dan ayah sentiasa berdoa untuk kejayaan kalian berdua. Kalian adalah merupakan anak-anak sulung kami dan merupakan contoh ikutan untuk adik-adik kalian. Maka sebab itulah ibu dan ayah telah berusaha bersungguh-sungguh secara fizikal dan spiritual untuk memastikan kejayaan kalian. Tiada lain yang kami harapkan...hanyalah untuk memastikan kalian beroleh kejayaan di dunia dan juga di akhirat. Tiada hadiah paling bermakna bagi kami selain daripada kejayaan kalian....

Gaya-gaya sewaktu peperiksaan

   Anak-anakku Ahmad dan Hazwan.....semoga nanti dikala keputusan peperiksaan diumumkan, akan ada khabar gembira buat ibu dan ayah. Namun, walau apa jua keputusannya nanti, ibu dan ayah akan redha kerana kami sedar akan kemampuan kalian. Semoga kejayaan akan menjadi milik kalian....Amin

Lega....habis dah periksa....