Sunday, 19 February 2012

PROGRAM MOTIVASI IBU BAPA DAN BUAL BICARA PIBG 2012


Pada tanggal 17 Feb 2012 bersamaan hari Jumaat petang jam 2.30 ptg telah berlangsungnya Program Motivasi Ibu Bapa dan Bual Bicara PIBG di Sek. Ren. Agama Sungai Teengi Kanan. Tempat anak perempuanku yang sedang berada dalam darjah 6 menimba ilmu. Sebenarnya anakku ini baru saja ku tukarkan dari sekolah lamanya iaitu Sek. Ren. Agama Integrasi Kuala Selangor. Sekolah di mana anakku selama ini menimba ilmu dan membina persahabatan yang erat bersama-sama teman seperjuangannya. Walau berat sebenarnya keeputusan yang aku dan suamiku lakukan, namun deemi masa depannya, kami kuatkan hati dan bulatkan fikiran agar anakku ini dapat berpindah ke sekolah lain.

Sebenarnya, Aisyah anakku masih dalam musim penyesuaian diri dengan persekitaran dan rakan-rakan yang baru. Mujurlah dia cepat menyesuaikan dirinya. Sebagai ibu aku cuba sedaya upaya untuk membantunya menyesuaikan diri dan menyeediakan segala kemudahan untuknya belajar di sekolah baru agar dia lebih ceria dan bersemangat untuk hadir ke sekolah.

Pada petang Jumaat yang peenuh berkat itu, alhamdulillah Allah gerakkan hatiku dan mudahkan perjalananku untuk menghadiri Program Motivasi Ibu Bapa dan Bual Bicara bersama PIBG. Aku akui memang mataku amat berat untuk mendengar ceramah yang disampaikan oleh Imam Masjid Ar Raudhah, Tanjong Karang iaitu Uztaz Azim bin Basri. Tajuk ceramah beliau pada petang itu ialah " Ibu Bapa Cemerlang Anak Gemilang".
Nasib baik Ustaz Azim telah menyampaikan ceramah dengan disulami deengan lawak jenaka. Kalau tidak, alamatlah lena aku dibuatnya.

Selepas acara Ceramah motivasi, semua murid dikehendaki membuat ikrar akur janji. Mereka melafazkan ikrar dengan penuh semangat yang berkobar-kobar. Ayuh anakku, berjanjilah agar dikau akan melakukan yang terbaik dalam peperiksaan PSRA yang akan berlangsung pada 24 - 27 September 2012. Doa dan harapan ibu akan sentiasa mengiringi setiap langkahmu...

Yang hebatnya, bukan anak-anak sahaja yang perlu membuat akur janji di hadapan ibu bapa masing-masing tapi rupa-rupanya ibu-bapa pun kena membuat akur janji di hadapan anak masing-masing....aku rasa sungguh terharu..

Inilah ikrar ibu bapa yang sama-sama kami baca, walau tak berapa kuat tapi ianya tulus ikhlas dari hatiku yang paling dalam...

Bahawa kami
ibu bapa dan penjaga murid
tahun 6 2012 sekolah ini
berjanji dengan sedaya upaya kami
untuk membantu pihak sekolah
dalam usaha-usaha
mendidik anak-anak kami
ke arah MUMTAZ dalam PSRA
dan menjadi anak-anak
yang soleh dan solehah


Sesungguhnya usaha dan keazaman sekolah ini untuk meningkatkan kecemerlangan dalam peperiksaan PSRA yang akan datang amat dialu-alukan. Sebagai ibu, aku sudah pastinya akan menyokong setiap usaha ini dengan bersungguh-sungguh.

Tibalah masa untuk beerdiskusi dengan pihak sekolah dan PIBG. Ada beberapa cadangan dari ibu bapa untuk memantapkan dan memajukan lagi pendidikan untuk anak-anak kami yang akan menduduki peperiksaan PSRA. Apa yang baik aku setuju sahaja.

Majlis bersurai lebih kurang pada jam 6.00 petang. Itupun setelah anakku selesai mengemaskan kelasnya. Bagus juga cara ustazah dan ustaz mereka ni. Takdelah susah nanti masa hari Isnin nak kemas-kemas kelas. Semuanya dah beres. Syabas... Semoga segala usaha dan keeazaman semua pihak akan menghasilkan kejayaan yang gemilang untuk anak-anak kami semua. Insya Allah...