Alhamdulillah....hujan yang ditunggu-tunggu telah turun dengan lebatnya saat ini.
Mendung yang sejak dari pagi tadi diiringi angin yang bertiup kencang rupa-rupanya
membawa hujan rahmat yang mencurah-curah...
Alhamdulillah...tanah yang kering kontang dan gersang ketandusan kini kembali subur.
Pokok-pokok yang layu dan kehausan kini begitu segar. Suasana alam sekeliling begitu
redup dan damai sekali. Ahh...sunggup sejuk dan nyaman kurasakan. Sesungguhnya
hujan itu rahmat....hujan itu nikmat.
Seluruh alam bertafakur dalam diam tanda kesyukuran kepada Tuhan atas nikmat yang
telah diberikan.
YA ALLAH...SEMOGA CINTAKU KEPADAMU DAN KEPADA KEKASIHMU MELEBIHI CINTAKU KEPADA DUNIA INI DAN SELURUH ISINYA...
Tuesday, 21 June 2011
PENYUCIAN HATI
Suatu waktu dahulu, aku dan anak-anakku mampir ke Masjid Sultan Ibrahim, Kuala Selangor untuk bersolat asar. Masjid agak dekat di hati kami anak beranak kerana lokasinya berdekatan dengan sekolah anak-anakku. Jadinya jika waktu solat telah hampir maka kami akan selalu singgah untuk sama-sama solat berjemaah.
Petang itu, seusai solat dan berdoa, Pak Imam memberi sedikit tazkirah. Alunan suaranya lembut tetapi mantap memberikan sedikit santapan rohani untuk hambanya yang sentiasa dahagakan peringatan. Walaupun ringkas namun cukup bermakna.
Tajuk tazkirah Pak Imam ialah Cara-cara Untuk Menyucikan Hati.....
tidak kira siang atau malam. Janganlah kita melalak-lalak, menyanyikan lagu-lagu syaitan yang
mengasyikkan. Sesungguhnya Al Quran mampu menggilap hati-hati yang berkarat dan nantinya akan
memberikan syafaat di hari qiamat.
Sedangkan berzikir akan dapat mengikis kekotoran jiwa dan memberi ketenangan.Basahkanlah bibir kita
dengan sentiasa berzikir kerana ia adalah jambatan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
Petang itu, seusai solat dan berdoa, Pak Imam memberi sedikit tazkirah. Alunan suaranya lembut tetapi mantap memberikan sedikit santapan rohani untuk hambanya yang sentiasa dahagakan peringatan. Walaupun ringkas namun cukup bermakna.
Tajuk tazkirah Pak Imam ialah Cara-cara Untuk Menyucikan Hati.....
1) Membaca Al Quranul Karim.
Andainya kita sepi dan ingin menghiburkan hati, apalah salahnya kita mengalunkan lagu-lagu Al Quran tidak kira siang atau malam. Janganlah kita melalak-lalak, menyanyikan lagu-lagu syaitan yang
mengasyikkan. Sesungguhnya Al Quran mampu menggilap hati-hati yang berkarat dan nantinya akan
memberikan syafaat di hari qiamat.
2) Zikrullah
Dalam waktu senggang, berzikirlah kepada Allah. Elakkan mengumpat kerna ia hanya mengundang dosa. Sedangkan berzikir akan dapat mengikis kekotoran jiwa dan memberi ketenangan.Basahkanlah bibir kita
dengan sentiasa berzikir kerana ia adalah jambatan untuk mendekatkan diri kepada Allah.
3) Qiamullail dan solat-solat sunat
Qiamullail bukan setakat menyucikan dosa kita, bahkan ia menjadikan kita mulia di dunia dan lebih-lebih
lagi di akhirat nanti. Di dalam qiamullail terkumpul dua cahaya iaitu cahaya solat dan cahaya Al Quran.
Menjaga qiamullail bersama-sama dengan solat Dhuha, Sunat Awwabin, Sunat Tahiyyatul Masjid dan
Solat Terawih adalah jalan pintas mendekatkan diri kepada Allah.
4) Al-Istighfar
Sebenarnya Allah amat menyukai dan gembira dengan mulut hamba-hambanNya yang sentiasa beristighfar
serta menyedari seluruh perbuatannya dilihat oleh Allah. Jadikanlah 70 kali atau 100 kali istighfar setiap
hari demi untuk mengikut sunnah Nabi S.A.W. Sesungguhnya istighfar merupakan salah satu cara
untuk menyucikan jiwa bahkan kesannya akan lebih meresap ke dalam jiwa.
5)Takutkan Allah dan menangis.
Menangis bukan sahaja bila hati kita berduka atau rasa kecewa sesama manusia. Namun menangis kerna
keinsafan takutkan Allah itu lebih bermakna. Takutkan Allah kerna kita mengenangkan saat kematian yang
semakin menghampiri. Juga takutkan Allah tentang pembalasan di hari akhirat nanti. Menangis kerana
takutkan Allah boleh menggugurkan dosa hamba seperti gugurnya dedaun yang kering.
6) Berdoa
Doa merupakan senjata orang mukmin. Sesungguhnya Allah itu sentiasa dekat dan akan mengabulkan
doa hamba-hambaNya. Dengan berdoa hati akan menjadi tenang dan lapang.
Kesimpulannya, sekiranya Al Quran dibaca dengan rohnya, hati dan bibir tidak pernah kering dengan mengingati Allah, Qiamullail di tengah malam yang hening dan murahnya air mata kerana takutkan Allah, sentiasa beristighfar serta sentiasa menghulurkan tangan untuk berdoa kepada Allah, Insya-Allah hati akan sentiasa tenang dan redha dengan setiap ketentuan yang telah ditetapka olehNya.
Sekadar renungan buat diriku yang serba kekurangan.
5)
Monday, 20 June 2011
PERJALANAN SUCI ( kENANGAN HAJI 1430 HIJRAH )
Berlatarbelakangkan Masjidil Haram |
Adalah perjalanan yang suci
Menuju redho Illahi
Perjalanan yang sentiasa kuimpi
Perjalanan yang kunanti-nanti
Seumur hidupku ini...
Perjalanan ini...
Menuntut pengorbanan yang tinggi
Kesabaran yang sentiasa diuji
Keikhlasan yang tidak berbelah bagi
Persaudaraan yang tulus suci
Jua persahabatan yang sejati...
Hadirku di sini...
Di bumi ambia yang kucintai...
Adalah untuk mengabdikan diri
Mensucikan hati
Jabal Rahmah |
Moga kekhilafan diri
Hamba yang hina ini
Dapat Kau ampuni...
Di sini
Ku jejaki sirah para nabi
Ku terokai bumi yang gersang ini
Ku bayangkan sejarah Islam yang suci
Kukagumi para syuhada yang berani
Sanggup berkorban
Jiwa dan raga
Jua seluruh harta benda
Demi Islam tercinta
Demi kasih kepada nabinya
Muhammad, nabi junjungan mulia...
Kusyukuri nikmatmu Ya Rabb..
Memberiku suatu kesempatan
Kaabah |
Hadir dibumiMu yang amat barokah
Mensucikan diri dan beramal ibadah...
Ya Rabb...
Jemputlah aku lagi
Untuk hadir di bumi yang suci
Kerna rindu ini
Sentiasa bersemi
Dan cintaku ini
Tak mampu dipisahkan lagi...
Moga nanti....
Keredhoaan yang kuingini
Dapat kumiliki
Berkat rahmatMu ya Illahi....
Subscribe to:
Posts (Atom)