Menjadi guru memang impianku sejak kecil. Sejak azali agaknya. Kalau cikgu tanya tentang cita-citaku, tiada lain jawapannya....GURU... Terima kasih tidak terhingga kepada guru-guru yang pernah mengajarku dari sekolah rendah hinggalah aku tamat menengah.
Antara guru-guru aku di sekolah rendahku iaitu SK Parit Serong yang masih ku ingat ialah Cikgu Rahman (dah pencen),Cikgu Mohd Arif (dah pencen), Cikgu Zulkifli, Cikgu Yusuf, Teacher Geraldine dan Cikgu Zaiton ( guru paling garang dan suka pakai kasut tumit tinggi). AlFatehah buat arwah Cikgu Kamsah yang telah meninggal dunia, kerana telah mengajar aku dalam bidang sukan bola jaring sehingga aku berjaya membantu sekolahku menjadi johan daerah sebanyak tiga tahun berturut-turut. Jasamu cikgu kan tetap ku kenang.
Sekolah menengahku bermula di SMK. Tiram Burok, namun sekarang ni dah ditukar nama kepada SMK. Tiram Jaya. Di sini zaman remajaku bermula dan di sini banyak kenangan manis tercipta. Di sini aku amat aktif sekali. Banyak sekali aktivi yang aku ikuti sama ada dalam bidang persatuan atau sukan. Antara guru-guruku yang masih aku ingati di sini ialah Cikgu Muslimin (kini guru cemerlang Sejarah ), Cikgu Jamaludin, Cikgu Hasnah, Cikgu Rosli, Cikgu Shamsir, Cikgu Adnan ( kini Penolong kanan HEM di SK Sg Terap ), Cikgu Rosnah ( kini menjadi Pengetua di SMK Tunku Abdul Rahman Putra, Sabak Bernam ), Cikgu Ngimron ( dah pencen ), Cikgu Hamsiah, Cikgu Mahmudin ( kini Guru Besar di SK Parit Empat ) dan ramai lagi sebenarnya. Namun jodohku di sekolah ini tidak lama kerana harus berpindah ke sekolah lain selepas SRP (Sijil Rendah Pelajaran) kerana di sekolah ini tiada aliran Sains untuk tingkatan 4. Walau aku amat menyayangi guru-guru dan sekolah disini, namun demi masa depanku, aku mesti berhijrah.
SMK Dato' Harun jadi destinasiku seterusnya. Walau aku tidak berapa gembira di sini, tapi aku bersyukur dapat berkenalan dengan ramai kenalan dan guru-guru baru yang sedia membantu dari segi pelajaran. Antara guru-guru di sekolah ini yang masih ku ingat ialah Cikgu Rohana (mengajar Geografi Ting 4), Cikgu Rahman Suratmin (mengajar Geogragi Ting 5), Cikgu Sahabudin (mengajar Matematik Tambahan Ting 4) kini menjadi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Hulu Langat, Cikgu Hamid dan Cikgu Yaakob (mengajar Matematik Tambahan Ting 5 ), Cikgu Kamsah (mengajar Fizik Ting 5), Cikgu Latifah ( kini Penolong HEM di SMK Sultan Sulaiman )-mengajar
B. Melayu dan jadi guru tingkatan 5S1 tahun 1990.Seterusnya, Cikgu Aspuriah yang mengajar kimia Ting 5 ( kini menjadi Guru Penolong Kanan di SMK. Raja Muda Musa), Cikgu Suhaimi, Cikgu Ishak, Cikgu Yusuf Sipir, Cikgu Ismail Jamalus, Cikgu Masrul, Cikgu JJ, Teacher Halijah, Cikgu Norliza Nusi, Cikgu Unaizah, Cikgu Samiah dan ramai lagi cikgu-cikgu yang namanya telah hilang dari mindaku. Maafkan aku cikgu. Bukan niatku untuk melupakan kalian. Jasa dan pengorbanan kalian amat aku hargai dan menjadi sumber inspirasi kepadaku untuk menjadi seorang guru yang berdedikasi dan ikhlas dalam mendidik anak bangsaku agar menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Guru adalah....
Dian menerangi
Kehidupan insani
Dengan nasihat berguni
Setiap hari......
Guru adalah.....
Obor semangat
Di mana keazaman meresap
Keyakinan tertancap
Berkat bimbingan dan nasihat
Yang akhirnya...
Memberikan rahmat...
Guru adalah...
Mawar kembang pagi
Mewangi di taman hati
Dengan kasih abadi
Memimpin insan-insani...
Guru adalah....
Serikandi pertiwi
Yang mentarbiah insani
Dengan seikhlas hati
Menuju redho Illahi....
Guru adalah....
Penyuluh harapan
Menjadi perintis jalan
Yang memandu insan
mengenal hari depan
Dengan penuh wawasan...
Terima kasih guru-guruku...
Takkan terucap segala jasamu
Takkan terbalas segala pengorbananmu
Dalam mendidikku
Dan menjadikan aku
Manusia berilmu
Seperti dirimu....
Disti,
22/02/2011